Sabtu, Siap mengemas balik Hulu Langat, lama sangat tidak bertemu dengan Abah dan Mija. Keletihan terasa sungguh bila keluar waktu petang ni. Kita bawa Alza, tA bawa Kelisa menuju personal bengkel di Ampang. Kelisa got problem tidak habis lagi.
Selesai makan malam dengan family, Mija datang minta permission untuk ikut sepupunya Alya, fikirkan kita juga sudah lama tidak berjumpa dengan mereka dan eh, rasa nak ikut. pula. Kepada tA, kita bagitau hendak ikut Mija. Si Mija kata hendak temankan Alya, rupanya Alya, Mija sudah berada dalam kereta yang dipandu Cha bersama Aisy, haaa penuh satu kereta. Meriah.
"akak join gen z malam ni" Cha meriuh.
"kak Syasya pun menten gen Z" kata Alya pula. Kita sengih saja sambil menanya ada handsock spare tak? berikutan lengan jubah asyik hendak melorot. Thank you Cha, borrowed me handsock.
Kita semua menuju Nanding, ke mana jugalah mereka di malam hari ini, ooo Family Mart. Yeay, mari kita cari biskut Kapal. At the end, biskut kapal, super ring dan kerepek brownies, ehehe~ Lepas Family Mart berjalan sedikit ke Mixue pula, makan food Family Mart dalam Mixue. Kita hanya tapaukan Brown Sugar Bubble Tea untuk daktiga, Mija dengan Taro Grape Tea tumpang wefie sambil menunggu Aisy pergi shopping di KK.
![]() |
| Aisy gi shopping. |
![]() |
| Us, Alya anak makLong, Cha & Aisy anak makTeh, dorang semua cousin Mija, dengan me dorang bau-bau bacang. Cause, arwah mak tA cousin arwah ummi Mija. Me ialah kakak ipar Mija. Haaa, family tree nya~ |
On way back, singgah kedai Ustaz untuk pasang my screen protector yang sudah arwah dek terkopek, terbang RM15 which means tA kata mahal sedangkan dia pun tiada usaha untuk tukarkan,walhal sudah dipesan semalam, maleh den. Selesai satu malam.
Ahad, elok tA balik Melaka, emak mengajak Adli pergi pasar malam, kita rempit ja uols. Thank you Adli, being sporting layan emak, total habis RM52 untuk makan berempat which means tA kata mahal lagi, hrmmm~ penatla gini. Lepas ni kita tak perlu repoort la ek? asyik kena bash camni je. Hendak pergi holiday pun gini, hendak bershopping pun gini, ikut ler nikah lagi tu boleh berjimat cermat, silakanlah. Fenat makNYAHHH~
![]() |
| Dia soh mak terbang bila sampai bumper, berlaga kepala la kekdahnya. |
![]() |
| hasil tangkapan. Auni: Ayam gunting RM10 Adli: murtabak daging 2 RM12, shawarma RM9 Arrizqi: nasi ayam RM 8 Emak: nasi ikan lelelelelele. RM 8 drink: air blueva RM 5 |
Doakan me okey, masuk mahkamah 7 Okt nanti, sudahlah kita suka nombor 7, may I got lucky7? ihiiii~ daaa seeya.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.




22 comments:
Aik jadi jugak bukan dah putus ke tu? Screen protector rasanya RM15 tu paling murah kalau kat kedai 😅.
Dari Family Mart cari biskut kapal sampai singgah Mixue, aktiviti spontan macam ni selalunya yang paling seronok dan jadi kenangan dengan anak-anak saudara.
Uncle rasa uncle tau kedai yg jual biskut2 kat nanding tu... jajan pun bayak kan?
dgn cha skali dh jd bdk genz sbb kecik molek juga orgnya....smoga dipermudahkan urusan mahkamah esok
Seronok keluar ramai² gini. Unplanned tapi jadi 👍🏻
Apapun urusannnya PH doakan agar dipermudahkan semuanya 🤲🏻
Enmgko pun dah macam gaya Gen Z gak laa Cha hehehehe..
Cha serah pada Allah semuanya ya.. inshaallah Allah sentiasa bersama orang yang sabar
cie: not officially. sebarang kemungkinan boleh jadi cie. sabar ye.
haaa... tu la, kita rasa da murah la tu.
syaz rahim: memasing dah kerja, ada kereta sendiri, menikmati zmn muda la kekdahnya. kita tumpanglah sekali.
ug: sg buloh ada kedai jajan viral. weols budak gen z masuk family mart dgn mixue je ni, mmg foodies gen z katanya. mujur kita dgn mija da kenyang hahaaa~
kak amy: kita mcm more genz banding real genz, daktiga semua genz.
puan hazel: itula, on the spot on the dot, masatu fikir jika tak mlm ni jumpa dak2 bertuah tu, bila lagi kan?
terima kasih ph. mudah2an amiiin.
sisLin: adeih~ jauh nau beza weols.
amiiin mudah-mudahan, terima kasih sisLin.
Aaahhh... Masih sesuai lagi masuk gen z nih 😄. Kalau saya memang tak pernah report pengeluaran ke hubby. Saya bagi tahupun, dia tak paham harga 🤣🤣🤣. Jadi better tak payah lah. Yang penting semua uang cukup untuk keperluan rumah 🤭.
Semoga dipermudah semuanya cha 🤗🤗.
Semua pun mahal.. sebab tu malas nak report detail.. hahaha.. yang penting, nak keluar gtaw.. hihihi
fanny: kita datang bercerita saja, sy dah tukar screen protector, dia la yg menanya harganya. kita bukan minta claim pun. tu yg menjawab soalan tu.
linda: okey, issue learned.
Janji bahagia tu je.....
kakEzna: ihiii~ inshaaAllah bahagia dgn cara masing2.
Stay strong ya. Moga dipermudahkan segala urusan Cha. Hugs
kak mulan: thank you so much kak, banyak hugs ni kak. kita da kena meet and greet ni.
life is too short to be not happy...so buat jer apa2 yg boleh bg kita happiness selagi tak langgar hukum syarak (mode ustazah plak mlm2 hahahaaha)
mama zharfan: iya setuju sekali.
Post a Comment