Tuesday, 30 June 2026

Anniversary: Masam-masam manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kita bersiap awal macam biasa, untuk melarikan diri ikut Nurul pergi kuliah Dhuha Ustazah Muzayyanah, hari anniversary kita layan emosi, tuan asben boleh tinggal hp dia di Melaka, lagi haru diminta kita ni beritahu "jiran" di sana tu, eh? kita sudahlah mula hendak emosi, namun cuba juga gagahkan jadi okey. Anniversary kot, kot lah tak sudi nak celebrate takyah la mengguriskan perasaankan? 

biasa layan di TV AL Hijrah.

Noorul & Nurul.

nasi. hanya kentang. nanas dan tembikai.

mesti shopping.

iklan gigi.

Jadi pergi cari udara luar seketika mengisi jiwa membetulkan emosi. Shopping dengan Nurul, hantar Nurul balik, dan ingat pesan Nurul terus balik jangan merajuk lama-lama. Jadi, balik rumah siram pepokok bunga, bagi ikan makan, bersih pasir kucing, masuk rumah terus pergi dapur.

"umie, umie~" tuan asben panggil, kita buat keras.
"saya merajuk" kita jerit dari dapur.
"laaa merajuk kenapa pula? petang ni lepas Zohor kita keluar" sarannya tapi tiada usaha hendak bangun dari sofa. 
"hendak pergi mana?" ahahahaa Syasya, dengar keluar terus mencair. 
"jalan-jalan" rasanya tiada la candle light lunch memandangkan dia pun macam tidak seperti biasa sebab tiadanya hp, kita pun rasa aneh bila dia tidak pegang hp.

Jadi, keluar juga lepas Zohor, layan si gino ni dulu and konon hendak naik Genting, alaaa~ jem panjang dan weols hanya ukur KL East Mall sahaja. Memang betul hanya jalan semata dan malam eskrem. Balik tapau kepsi untuk daktiga dan home. Betulla menua, hahaaa~ jomlah cari Ding Yu Xi, kasi healing habis, kehkeh.

gino.

ukur mall.

eskrem.


dapat lepas tuan asben get back his hp (balik Melaka)
rahsia gambar ni? photoshoot hari pertunangan dia dan dia. okbye~

Sekian kisah 27.6.2026 | Sabtu.
 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

3 comments:

Ako Retna said...

Hhahaha kita nak wish semoga cha sentiasa rasa hepi walau apa jua dugaan dan cabaran ... 18 tahun bukan waktu yg singkat tapi itu la yg DIA dah tentukan utk cha. Semoga perkahwinan 18tahun ditambah dengan perhubungan yg k ret sure lbh 18thn akan kekal selamanya ye. 🥰🥰 sentiasa doa yg baik² utk awak dan dak bertiga tu heheh

Roziah @ Cie said...

Kuatnya seorang ch@ masih mampu tersenyum. Semoga yang baik2 untuk awak ch@. Happy anniversary.

adnil linda said...

Madam manis tu biasa..apa pun tahniah untuk yang ke 18tahun..semoga ada lagi tahun² mendatang...yang baik² saja untuk sis dan keluarga.. aamin..