Saturday, 1 November 2025

Diet Bermula Ke?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita mula awal, iyalah tu. Hari pertama aku niat berdiet, datang rezeki si Mazlina hantar popia sira, datang pula kakDiana hantar pulut serunding bilis. Duduk melepak dengan skuad sembang random, dibelanja pula mangga smooties. Belum lagi keluar rumah diberi kejutan rambutan tersangkut di pintu pagar. Sesungguhnya aku memang mampu berniat sahajalah.

Bak kata tuan asben, buatlah diet secara senyap-senyap. Lagi senyap bertambah tidak diam mulut aku mengunyah. Alhamdulillah rezeki. Jadi sudah masuk bulan November, tuan asben pun tidak pulang, daktiga juga sudah mula bercuti penggiliran SPM hanya Auni masih lagi ada paper terakhir Isnin nanti. Pada skuad sembang random juga telah diadakan mesyuarat terakhir, kita bertemu lagi pada sesi persekolahan akan datang, InShaaALLAH.

Bulan November, planner 2026 sepatutnya sudah bermula, tapiii isklaaa manatah semangat ni. Paling penting dan penuh harapan aku hendak habiskan quilling saiz A1, mesti~! sudah masuk setahun mengerjakannya. Lain-lain hal, tiada sangat. Tunggu cuti sekolah nanti, baru aku hendak terbang lepak Melaka ke, lepak Johor ke. 

Dashboard November.

Bakal planner 2026, recycle buku sekolah daktiga. Kulit daripada paperbag GIGI Coffee. Pembahagi bulan pun tidak sedia lagi, adeih~!

Atas: Fajjida gigih, edarkan kek birthday setiap orang skuad sembang random. Cuma Nurul je belum dapat lagi, ulangtahunnya bulan Disember nanti.
Bawah: Mangga Smoothie daripada Nurul. Pulut serunding bilis daripada kakDiana. Rambutan sangkut daripada Fajjida.

Quilling paper art, tinggal hujung-hujung. Lepas tu ambil masa lagi nak lekat dalam frame A1.

Popia Sira daripada Mazlina.

Sekian cerita biasa masih sibuk belajar mengatur menyeimbangkan kehidupan. Emosi bercampur baur, lagi-lagi bila kondisi badan tidak bergitu baik. Kena juga berdiet, BMI aku sudah mula tidak cantik, huaaaa~ semoga berjaya dan sihat selalu semua.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.