Bawal tapi bukan ikan; tudung bawal.
Markah bila hantar kertas soklan tanpa jawapan; markah kosong.
Hati bila banyak sangat emosi, sampai taktahu hendak diluahkan yang mana satu; hati kosong.
Air minuman yang diperlukan 2 liter hingga 3 liter sehari; air kosong.
Hati tanpa baca Al Quran dalam sehari; hati kosong.
Fikiran tanpa berfikir apa-apa: fikiran kosong.
Kain bila tanpa corak; kain kosong.
Tudung bawal tanpa sebarang corak; tudung bawal kosong. That's the point.
Lately, aku tersuka dengan tudung bawal kosong berbidang 50 dan ke atas, makin besar bidang makin aku suka - tak ustazah sangatkan? Sehingga hari ini, bawal di bawah saiz itu sudah banyak aku sedekahkan kepada orang lain, untuk Auni kita share sahaja bawal yang ada. Auni bukan sejenis suka melaram, dia ke arah apa adanya. Simple!
Satu kelemahan bawal kosong ni, bila sudah basuh jadi pening hendak perhatikan masa satu depan, mana satu belakang, disebabkan itu aku meletakkan butang katup sebagai penanda, guna apa yang ada depan mata, hehe.
Masih ada lagi warna yang belum di shopping kan, sabar dulu. Aku hendak cari warna emerald green, sudah tiga kali check-out bila sampai, warna tak sama dengan yang aku mahukan. Lain kedai, lain emeraldnya. Kenapalah mereka tidak gunakan kod warna sahaja? lebih tepat dapat warnanya.
![]() |
kena tanda, biar tempat pin tu setempat ja, barulah awning helok. |
![]() |
lipat je, letak dalam laci. kebanyakkan bawal corak daripada teman-teman. |
Kenapa bawal? sebab bila pakai shawl muka aku jadi bulat betul lepas tu kan melekat kat pipi, aaaa... rasa sesak sangat muka kita. Tapi, jika ride dengan tuan asben, kena pakai bawal style shawl atau pakai shawl, jika pakai bawal seperti biasa rosak awning boleh murung wooo, part pakai helmet tu, tuan asben tekan bior betul-betul elok di kepala, ergh! Biasanya dia akan tanya dulu nak naik kereta atau moto, cepat je la aku jawab kereta, hahahaaa! leh healing sebab ada driver. Kita dah selalu jadi driver daktiga, tudung pun elok, hati pun ikut munga-munga.
Camtula kan? banyak tudung macam banyak kepala, suka sangat. Elleh, tuan asben pun kepalanya satu helmetnya sampai 5, hahahaaa. Jadi, dia layankan saja. Sekian cerita, pabila warna bawal kosong tidak match dengan kurung yang dipakai, ergh!
![]() |
style paling suka. terpaling. |
![]() |
style bawal jadi shawl. biasa jadi bila bawal bidang kecik atau awning tak jadi. |
![]() |
shawl, bulat seperti pinggan wajahku itu. ahaaah! |
![]() |
style paling tidak rajin. Doakan aku sentiasa istiqomah, menutup aurat itu wajib bagiku! |
10 comments:
zaman skrg bawal dh up balik... sy pun lebih suka berbawal dh skrg
kakMim:
rasa muda 10tahun, hahahaaa... sebenarnya bawal ni mudah dan style, gitu.
saya memang setia dgn bawal! ada jugak beli bwl kosong few pieces kat shopee
Ada beli tapi macam tak kena pada muka.
tudung bawal ni bila pakai nmpk muda...suka tudung bawal yg bercorak...tudung bawal plain ada juga tp tk byk la...
Mesti Cha ni orang pengemas... kemas je susun tudung dalam laci. Macam kedai
Mama Zharfan:
bawal kosong sesuai dgn outfit bercorak. almost ur picture wearing bawal.
Mulan:
yg penting keyakinan. boleh tu.
mama tisya:
wah, tapi betul gak tu. kadang terjadi mcm budak sekolah sbb pakai bawal kosong warna sekolah. hahaaa...
uncle gedek:
tak rajin juga, cuma setiap kali mengatur tu fikir untuk mudah ambil semula.
tu lah bila dtg time malas, nak belit je jadi shawl hehehe
Sopan dan manis pakai begitu. Dulu zaman study suka pakai bawal. Tudung bawal banyak dah bagi orang. Sekarang suka pakai shawl dan tudung instant sekali inner tu, tak nampak macam tudung sarung sangat. Pakai shawl jenis loose dan comfy. Tak boleh pakai ketat-ketat tu. hihi...
anamizu:
belit bawal jadi shawl, pastu cam frust jika belakangnya pendek, aih! alih2 pakai macam biasa juga.
Aphizha:
sblm ni pakai je shawl boleh, bawal boleh, tudung bulat boleh cuma bila dah bertukar umur thn lepas, rasa nak pakai yg besar2, labuh2. entahla.
Post a Comment