Akhir-akhir ini, aku craving dengan ais krim potong kacang merah, harga pun singgit dimakan sebaik sahaja selesai makan nasi. Stok dalam peti sudah habis, makanya petang semalam sebaik nampak kelibat Arrizqi balik sekolah, dengan tidak berfikir panjang memborong ais krim potong sampai RM6 dan entah apabenda lagi si Arrizqi beli jadilah RM12.50. Bila Adli masuk kereta aku tengah layan ais krim poli yang sudah bocor plastiknya, aih! melekit.
"wei, saya lupa la nak pergi sc tapi pergi beli ais-krim pulak." bebel aku sambil mata memerhati sekeliling, suasana masing terang dan perkarangan sekolah rendah itu agak lengang kerana sekolah rendah tutup hari ini.
"kalo balik rumah dulu, saya dah malas hendak keluar semula." menunggu pendapat Adli-Arrizqi.
"ajom pergi sc, sempat la umie!" Adli menjawab pantas.
"tak cair ke? satgi meleleh bagai." aku beralasan.
"boleh je umie, balik nanti boh la dalam cawan." Arrizqi di tempat duduk belakang menyampuk. Oke nampaknya semua hendak pergi sc.
Bila sampai sc, dapat parking cun-cun ja, Arrizqi tarik bakul seraya memilih coklat.
"boleh beli sampai berapa umie?" tanya Adli sebelum hilang di rak biskut.
"beli je la apa abang nak makan." aku menjawab, memang selalunya begitu. Paling tinggi pun RM200 sekali belanja. Bawa dak berdua ni, dorang akan membeli sambil mengira, masih dapat beli semua barang namun harganya masih di bawah RM200. Sampai pertengahan, rasa macam banyak pula hendak dibeli, dari bakul tukar troli. Arrizqi tolak, Adli jaga depan. Troli pasaraya biasa dengan ketidak synchronize nya.
Jalan-jalan cuci mata, aku beli apa yang tiada di rumah sahaja dan sendiri hendak makan, urusan bekalan stok kudapan serah pada daktiga, kerana mereka sahaja yang makan, jika aku pandai-pandai makanya tidak berusiklah makanan tu nanti.
Leka berjalan turun naik pasaraya, barulah teringat ais krim dalam kereta. Eh?
"wei ais krim cair, jom balik. Korang pergi kaunter dulu, saya nak cari minyak masak." aku menghilang di rak kawasan belakang dan Adli muncul.
"cepatlah, lepas ni turn adik" muka cuak si Adli, ahahahaaa. Ghisau kome ye!
Tiba giliran kami di kaunter bayaran Adli tarik aku menjauhi meja kaunter, dia dengan Arrizqi menguruskan barang-barang, aku hanya swap mydebitcard dan memandu pulang sahaja, ooogitu!
Balik rumah, Auni sambut barang dagangan di muka pintu. Arrizqi berlari menyelamatkan ais krim yang sudah cair.
"okey tak eskrem saya?" tanya aku memecah keriuhan didapur, mereka mengemas barang.
"ok tapi bentuknya dah jadi lain." jawab Arrizqi.
"ada satu batang kayunya dah hilang, tenggelam." terang Adli membelek ais krim. Aku melihat sahaja dari pintu tengah dapur. Biar sahajalah di peti tu, nanti-nanti bekulah semula. Alhamdulillah, selesai satu hari yang tenang. Hari sibuk bakal bersambung lagi nanti. Sekian cerita ais krim potong.
![]() |
eskrem potong sudah hilang sebungkus. |
![]() |
aku fikir, ceo drama china je pergi shopping smart macam ni, anak aku pun tergolong sekali rupanya. Yang belakang tu, hendak keluar kan baju pun dia minta permission masih lagi bertali leher. |
![]() |
tema black-white minggu ni, tudung bawu. |
6 comments:
nice la ootd in black n white!
comel sangat nie, umie bahasakan diri saya dengan anak2...patot lah orang igt adik beradik je...hihihi
Aiskrim kalau bungkusan macam ni takpe... dia tak cair keluar...
Mama Zharfan:
bahangnya pun leh tahan jugak.
adnil linda:
eh? hahaaa, tahla memang daripada dedulu suka guna "saya" dalam setiap perbualan.
uncle gedek:
itula, arrizqi said the same. takpe umie, cair dalam plastik.
Seronoklah umie ada geng shopping yang dah besar, boleh diharapkan. Kemain semart lagi abang tu. Gaya CEO ada dah tu. Aiskrim mencair tanpa batang tu yang tak syok tu. Kenalah makan aiskrim dalam cawan atau mangkuk. Hilang feel nak makan aiskrim potong. Sepadan tu tudung dan bajunya, terus nampak ayu.
kakAphizha (eh kakak ke ea?)- tolong tegur jika tak berkenan tau. Itu la, bawa dorang ni poket kena ada isi juga, pengerasnya mahal. Gigih nak makan eskem yg batangnya tenggelam. Cuma, tudung ni bidangnya kecik.
Post a Comment