Edisi Campak Belakang.
Benda sudah lama aku fikirkan, daktiga juga sudah lama mendengar rengekan aku yang mengajak mereka ke Pesta Buku Atarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Gigih aku belajar bagaimana hendak pergi dengan bas dan MRT-LRT sahaja. Mudah bukan, daktiga bukan kecil lagi yang perlu berdukung dan berstroller.
Kepada tuan asben juga sudah lama ku persembahkan surat rasmi agar dia setuju melepaskan pemergian kami, restu tu penting kerana ini kali pertama perjalanan kami berempat sahaja dengan diketuai aku selaku emak, yang ikut sama boleh jadi blur tiba-tiba. Dihantar oleh Khaida ke stesen MRT seawal sembilan pagi. Sediakan wang kecil secukupnya, untuk membeli token di mesin tiket, beli token je pun riuh bila dengan daktiga ni.
Si bijak pandai yang tidak mendengar kata, pergi beli token Sg. Buloh-Titiwangsa, patut terus je la beli Sg. Buloh-PWTC. Belum apa-apa dah bingung, berkat buang malu pergi bertanya, sampai jugalah di PWTC. Bila pergi dengan daktiga ni, yang sangat dikisahkan adalah makan. Letih berjalan daripada stesen LRT PWTC ke tempat pameran barangkali, walhal sebelum itu lagi dorang dah minta makan, ku sabarkan ajalah.
Setel mengenyangkan perut, tiba masa untuk meredah lautan manusia dalam ruang pameran. Normallah, ramai walaupun pergi pada bukan hari cuti. Cuti sekolah kan? rezeki pergi awal, dapatlah ruang untuk berjalan. Target Auni, hendak lengkapkan siri komiknya, target Adli hanya makan dan cuci mata, target Arrizqi? keychain, jika mampu semua dia nak borong beri pada kawan-kawannya, eh dak ni! Target aku? jumpa Ustaz Syaari Abd Rahman dan cari komik Nazim.
Sebenarnya jika tidak ramai orang, mudah sahaja mencari dua booth tersebut namun bila ketinggian kau pun dah sama je dengan daktiga, maka semuanya jadi tidak tergapai. Jalan macam keretapi. Dua tiga kali turun-naik eskulator. Marilah briskwalk ditengah lautan sambil dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, jumpa booth Tadabbur Centre, rezeki sekali dapat jumpa Ustaz Syaari Ab Rahman yang kebetulan masuk booth. Tidak, aku sendiri sudah tahu dia akan datang, maka di situlah aku menunggu. Selama ini hanya ikut tadabbur Al Quran di Youtube dan Instagram sahaja, so kali ni jumpa sendiri, memang lena tidurku nanti.
Mari kita cari booth DKV (Daie Kreatif Venture) pula, aku hendak beli komik Nazim: Kisah Pejuang MDD. Pusing-pusing, sempat ada yang check-in tandas, dapat juga beli komik itu yang selama ini hanya ikut di Instagram.
Berjalan keluar daripada keramaian memang melegakan, apatah lagi daktiga sudah fokus dengan Sunway Putra Mall, hendak kesejukkan dan kerehatan katanya. Banyaklah rehat, yang berehat aku menjaga beg penuh buku, dorang bertiga sudah hilang dalam Mr. DIY. Aku menunggu Nurul Nabihah, teman sewaktu aku berkerja dahulu. Selesai dia dan tugasnya, dia datang kepada aku. Terus mengajak minum. Orang semakin ramai, kerana waktu makan tengahari tiba. Kami hanya lepak di sebuah cafe sebelum Biha tinggalkan aku naik ke pejabatnya semula.
Aku bawa daktiga berjalan lagi, masuk Noko, kepada Biha aku khabarkan kami di sini. Kedai saka begini memang digemari daktiga. Biha muncul dengan senyumannya, dia ni sentiasa cantik. Menunggu Lee Dong Wook masuk meminang katanya. Aku berkenalan dengannya di stesen LRT Masjid Jamek sehingga aku tumpangkan dia pergi dan balik kerja sama-sama semasa kami satu pejabat yang sama dahulu. Dia juga selalu menemankan aku pabila tuan asben berkerja di luar daerah kerana kediaman kami berhampiran.
Selesai berpamitan, dapat pesanan tuan asben meminta kami pulang awal. Dia hendak memandu kereta yang ku tinggalkan di sekolah Khaida. Okey anak-anak, let's go home, kita kena naik bas. Nanti lambat. Balik terus selepas singgah di kedai roti untuk bekalan. Di stesen LRT PWT terus beli tiket PWTC-Sg. Buloh (dah pandai sikit), korek segala syiling yang ada. Dah macam rombongan cikKiah pergi PWTC. Turun MRT, hujan reda sedikit. Masa untuk menunggu bas pula. Masing-masing guna kad pengenalan sahaja yang sudah ku tambahnilainya. Hanya Arrizqi menggunakan kad touch and go.
Ambil kereta di sekolah Khaida dan balik rumah. Tiba sahaja di rumah, tuan asben sudah siap dengan Dinner Attire, dia ada dinner bersama team nya. Hoye! sambung me time, ahahaha! Alhamdulillah kenangan yang tidak dilupakan, hadiah ulangtahun ke empat puluh gitu.
Album: Pengalaman tidak bisa dipelajari, tetapi harus dilalui.
Nombor dua mesti lain. |
My love, heart and soul. |
4 comments:
Seronok lah daktiga tu ye...jalan- jalan pi pameran buku...
yg 1st dgn 2nd steady je, just follow. yg 3rd tu la, bising ja.
memang best kalau dpt spend masa bergelumang pilih buku hehhehe
lepas ni kena pergi seorang diri, baru puas menjelajah.
Post a Comment