Tuesday, 31 December 2024

Kesimpulan 2024.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulilllah, tuan asben bertukar ke empat puluh tahun hari ini, barulah sebaya dengan si isteri. Aku rasa macam biasa je hari terakhir 2024 ini, tiada aura tahun baru sungguh. Namun, azam hendak turunkan 2kg berat, masih lagi menyala. Hari ini masih lagi menghantar Arrizqi ke sekolah, cemburu sungguh dia abang dan kakaknya hanya bersekolah dua minggu sekali, sabar ye awak punya giliran akan tiba nanti.

Lepas hantar Arrizqi, aku lepak dalam kereta kejap buat video birthday dan selfie, rasa macam zaman bercinta pula bila hari-hari hantar selfie kepada tuan asben, aku suka betul.

Semalam Arrizqi membawa pulang segala sijil sekolah agama selepas ustazah habis rekod markah, dia tidak mahu ke mana-mana sekolah walaupun akademiknya cemerlang berbanding abang dan kakaknya. Dia hanya mahu ke sekolah yang sama dengan abang dan kakaknya. 

Aku? aku ni berangan je hendak hantar ke semua mereka ke asrama. Jawapan mereka? siapa nak temankan umie nanti? biarlah kita semua berkepit dengan umie. Kat asrama nanti takde umie. Umaigad, saja buat emak terharu.

Lagipun, mudah uruskan mereka jika semua di satu tempat yang sama, sebut urusan sekolah memang aku seorang yang uruskan mereka bertiga A to Z. Tanyalah tuan asben, apa nama kelas daktiga, hahaaa sudah pasti jawapannya tidak tahu. Dia hanya pantau, jika aku sudah tidak berkemampuan barulah dia membantu. Aku okey sahaja, urusan sekolah daktiga ni boleh membuang emosi negatif aku apabila berjumpa dengan teman-teman seangkatan. Boleh healing.

Pencapaian terbesar aku di tahun 2024, memandu sendiri balik Johor-Selangor, hanya dengan anak-anak. Menghadiri majlis reunion teman sekolah sambil holiday.

Dan terpaling besar apabila tayar kereta bocor sewaktu hendak menghantar Auni dan Arrizqi dan kebetulan tuan asben baru sahaja kembali ke tempat kerja. Ergh! Kereta kedua pula di bawa tuan asben, jadi kena selesaikan juga. Aku belajar daripada youtube, pam tayar menggunakan pam tayar basikal, hahahaaa... kelakar tapi itulah yang aku usahakan dengan Arrizqi pada hari itu sebelum membawa kereta tersebut ke bengkel. Arrizqi bagi aku ucapan tahniah kerana berjaya bertenang menghadapi hari sukar.

Satu pagi yang lain, Auni dan Adli perlu ke sekolah seawal tiga puluh minit sebelum waktu persekolahan bermula, bateri kereta pula breakdown. Owh my! time urgent begini terjadi pula kejadian yang tidak dijangka. Aku mencari teman-teman yang boleh membantuku. Alhamdulillah terima kasih Fajjida yang datang dengan segera tolong menghantarkan dakberdua tu ke sekolah sebelum dia menghantar anak-anaknya pula. Ramai yang menghulur tangan pagi itu, cuma waktunya seperti biasa, aku perlukan yang segera kerana Auni dan Adli sudah pun siap, alhamdulillah. Sebelum tuan asben balik, aku tumpangkan Mazlina pula untuk menghantar Arrizqi ke sekolah agama. Syukur dikelilingi teman yang baik.

Akhir September, tuan asben dapat pertukaran ke tempat kerja baru pula berlainan negeri, belum sampai dua minggu di tempat baru, dia telah membuat temujanji dan menjalani pembedahan lutut kanan melibatkan tempoh cuti sakit yang panjang. Sekali lagi aku perlu menyesuaikan dengan keadaan, susah juga hendak menormalkan situasi. Bila dah serasi, cutinya juga sudah tamat tempoh, lahaiii! Emosiku seperti roller-coaster ye.

Jadi, kesimpulan untuk tahun hampir setahun berjarak jauh, alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Mudah-mudah terus istiqomah dengan kebaikan-kebaikan. Sekian kesimpulan dan pencapaian yang aku rasakan besar pada tahun 2024, yang orang lain biasa-biasa je, but for me as introvert person, it's hard. Salam tahun baru 2025!

Album:

Reunion.

Drive.

Aidilfitri, entry dalam draft.

Ajak teman makan-makan.

Adegan tayar.

Join perarakan maulidurrasul.

Join selawat walk kampung orang lain.

New art project begin.

Me today! 

Tuan asben, happy birthday!

Monday, 30 December 2024

Hari Keluarga di Ladang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Khamis, tuan asben hantar wA menyatakan orang Pahang menjemputnya untuk sertai hari keluarga warga keselamatan bahagian Pahang- penempatan tuan asben sebelum bertukar ke Melaka pada hari Sabtu. Jika dia mengadu kepada aku, bermakna peluang untuk aku keluar sarang adalah cerah. Siapa sahajalah yang tidak teruja untuk pergi berseronok, sudah lama benar semenjak tuan asben cuti sakit dua bulan tempoh hari kami tidak ke mana-mana. Aku dan namanya holiday memang tidak geng, hari-hari melihat rumah, menguruskan daktiga, bagilah aku reward melihat luar kawasan. Jadilah!

Sedang tuan asben masih dilema, aku pun malas memasang harapan terlalu tinggi untuk pergi, jadi kita buat selamba sahaja sehingga aku bertanyakan sama ada dia balik atau tidak hujung minggu nanti macam biasa, dia kata lepas kerja dia balik. Sehingga malamnya dia bersuara:
"esok pagi kita gerak pukul 7.30pagi." yeay! ayuh kita ke Pahang walaupun balik hari manse-manse-mamanse... yahooo!

Perjalanan ambil masa dua jam lebih sahaja, kenderaan masih belum banyak dan aku mudah teruja dengan langit dan awan, I love clouds. Melihat suasana bukan ke pantai, bukan ke hotel- sebagaima hari keluarga biasa diadakan, akan tapi masuk jalan kampung, lalu tanah merah, lalu pula jambatan merentasi sungai dengan pemandangan kelapa sawit sahaja sehinggalah tiba di destinasi, Ladang Sg Mai, SD Guthrie. Ini baru rare, family day dalam ladang.

Melintasi post pengawal keselamatan kami di sambut anggota polis wanita dengan senyuman manis.
"tengok sikit muka tuan, ooo tuan Erwandi. Selamat datang tuan" sebaik tuan asben menurunkan tingkap, menjengah muka.
"tuaaaan!!!" dua lagi kakitangan lelaki sedang duduk bersembang menegur tuan asben. 
"ambil gambar sekejap tuan." kata anggota wanita tadi. Dengan aku sekali ikut pose, memang dasar. Perjalanan diteruskan, kali ni perjalanan seperti naik roller-coaster, naik dan turun bukit.
"apa nama ladang ni? ini bukan rumah dulukan?" aku bertanya, walaupun kelapa sawit namun tak sama. Kena sidai tiada jawapan, tuan asben fokus. Setelah melalui jalan berbukit dan bercenuram dengan pemandangan mashaALLAH cantik, sampai juga ke tempat hari keluarga, majlis telah bermula. 

Tn. asben terus beramah mesra dan mengajak ke meja bulat. Bermulalah perkenalan aku dengan isteri rakan tuan asben.
"haaa, dah pindah Melaka baru jumpa orang Pahang." kata kakNatrah ramah- dia perkenalkan diri dahulu. Aku duduk sahaja dengannya, dia isteri kepada Kapten bertugas di Selangor. Argh! aku tidak tahu pangkat-pangkat ni, aku masih terlalu junior. Sambil menonton acara-acara yang dipertandingan, kami di suruh makan. Menu secara potluck menjadikan penuh meja sebuah khemah. Aku memang pantang betul melihat makanan, ada hati mahu kurus. Tambahan, memang belum makan apa-apa lagi sewaktu bertolak tadi.

Daktiga ku ajak sekali dah macam kereta api semuanya berkepit dengan aku. Sedang menikmati acara sambil makan, tuan asben datang hantar lemang dan rendang ke meja, aih! mengundang betul ni. Aku kongsi makan dengan Adli manakala Auni dan Arrizqi menjaga perut masing-masing, dorang agak memilih.

Antara acara yang mendapat sambutan: Pakaian beragam kanak-kanak. Isi air dalam botol untuk pasangan suami-isteri. Straw tali berantai untuk suami-isteri dan juga kuiz untuk suami-isteri lagi, aku mencari tuan asben, konon nak masuk malangnya dia sudah hilang entah ke mana. Teka gula-gula dalam balang, cabutan bertuah dan karaoke. Simple, namun menjadi lebih meriah apabila kanak-kanak dibenarkan mandi kolam, hahahaa!

Habis makanan atas meja, datang pula tray hidangan untuk makan tengah hari, segala pujian kepada ALLAH jua, nasi putih bersama kari daging, ayam goreng, ulaman dan acar nenas timun. Semua kegemaran aku namun perutku sudah penuh. Aku diam menghadam makanan, sesekali kakNatrah bertanya itu dan ini, dia berbual dengan isteri SIC dari Kedah, kakZai. Tuan asben datang suruh makan nasi, daktiga pun dia check suruh makan.

Sudah selesai urusan bergambar dan matahari sudah terik, kami bergerak pulang, meredah jalan sama waktu datang tadi, aku ambil kesempatan mengambil beberapa keping gambar lagi, love langit, love awan. Masuk sahaja lebuhraya, mata pun sepoi-sepoi entah bila aku terlelap pun tidak sedar. Tahu-tahu tuan asben berhenti di rnr untuk solat Zohor dan membuang rasa mengantuk, perut kenyang kena penghawa dingin tambah badan penat, fuh! nikmat tidur tu awal-awal sudah melambai.

Aku masih tersengih melihat gambar-gambar di galeri, tapiii kenapa aku tidak bergambar dengan tuan asben ye? adeih! sudah teruja sangat jadi semua hilang ingatan. Cukuplah sekadar jadi ingatan, alhamdulillah.

Album: Care to nourish Dare to flourish.

Langit.






Hari ni ku puasa.

Shy-shy cat.

With kids. Bagus sorang ni, boleh diminta pertolongan.

Hari ini sudah mula dengan rutin biasa, hujan mengiringi keberangkatan aku menghantar Auni dan Arrizqi ke sekolah. Fighting! Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Thursday, 26 December 2024

Pameran Buku PWTC 2024.

Edisi Campak Belakang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Benda sudah lama aku fikirkan, daktiga juga sudah lama mendengar rengekan aku yang mengajak mereka ke Pesta Buku Atarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Gigih aku belajar bagaimana hendak pergi dengan bas dan MRT-LRT sahaja. Mudah bukan, daktiga bukan kecil lagi yang perlu berdukung dan berstroller.

Kepada tuan asben juga sudah lama ku persembahkan surat rasmi agar dia setuju melepaskan pemergian kami, restu tu penting kerana ini kali pertama perjalanan kami berempat sahaja dengan diketuai aku selaku emak, yang ikut sama boleh jadi blur tiba-tiba. Dihantar oleh Khaida ke stesen MRT seawal sembilan pagi. Sediakan wang kecil secukupnya, untuk membeli token di mesin tiket, beli token je pun riuh bila dengan daktiga ni. 

Si bijak pandai yang tidak mendengar kata, pergi beli token Sg. Buloh-Titiwangsa, patut terus je la beli Sg. Buloh-PWTC. Belum apa-apa dah bingung, berkat buang malu pergi bertanya, sampai jugalah di PWTC. Bila pergi dengan daktiga ni, yang sangat dikisahkan adalah makan. Letih berjalan daripada stesen  LRT PWTC ke tempat pameran barangkali, walhal sebelum itu lagi dorang dah minta makan, ku sabarkan ajalah.

Setel mengenyangkan perut, tiba masa untuk meredah lautan manusia dalam ruang pameran. Normallah, ramai walaupun pergi pada bukan hari cuti. Cuti sekolah kan? rezeki pergi awal, dapatlah ruang untuk berjalan. Target Auni, hendak lengkapkan siri komiknya, target Adli hanya makan dan cuci mata, target Arrizqi? keychain, jika mampu semua dia nak borong beri pada kawan-kawannya, eh dak ni! Target aku? jumpa Ustaz Syaari Abd Rahman dan cari komik Nazim.

Sebenarnya jika tidak ramai orang, mudah sahaja mencari dua booth tersebut namun bila ketinggian kau pun dah sama je dengan daktiga, maka semuanya jadi tidak tergapai. Jalan macam keretapi. Dua tiga kali turun-naik eskulator. Marilah briskwalk ditengah lautan sambil dipermudahkan urusan. Alhamdulillah, jumpa booth Tadabbur Centre, rezeki sekali dapat jumpa Ustaz Syaari Ab Rahman yang kebetulan masuk booth. Tidak, aku sendiri sudah tahu dia akan datang, maka di situlah aku menunggu. Selama ini hanya ikut tadabbur Al  Quran di Youtube dan Instagram sahaja, so kali ni jumpa sendiri, memang lena tidurku nanti.

Mari kita cari booth DKV (Daie Kreatif Venture) pula, aku hendak beli komik Nazim: Kisah Pejuang MDD. Pusing-pusing, sempat ada yang check-in tandas, dapat juga beli komik itu yang selama ini hanya ikut di Instagram. 

Berjalan keluar daripada keramaian memang melegakan, apatah lagi daktiga sudah fokus dengan Sunway Putra Mall, hendak kesejukkan dan kerehatan katanya. Banyaklah rehat, yang berehat aku menjaga beg penuh buku, dorang bertiga sudah hilang dalam Mr. DIY. Aku menunggu Nurul Nabihah, teman sewaktu aku berkerja dahulu. Selesai dia dan tugasnya, dia datang kepada aku. Terus mengajak minum. Orang semakin ramai, kerana waktu makan tengahari tiba. Kami hanya lepak di sebuah cafe sebelum Biha tinggalkan aku naik ke pejabatnya semula.

Aku bawa daktiga berjalan lagi, masuk Noko, kepada Biha aku khabarkan kami di sini. Kedai saka begini memang digemari daktiga. Biha muncul dengan senyumannya, dia ni sentiasa cantik. Menunggu Lee Dong Wook masuk meminang katanya. Aku berkenalan dengannya di stesen LRT Masjid Jamek sehingga aku tumpangkan dia pergi dan balik kerja sama-sama semasa kami satu pejabat yang sama dahulu. Dia juga selalu menemankan aku pabila tuan asben berkerja di luar daerah kerana kediaman kami berhampiran.

Selesai berpamitan, dapat pesanan tuan asben meminta kami pulang awal. Dia hendak memandu kereta yang ku tinggalkan di sekolah Khaida. Okey anak-anak, let's go home, kita kena naik bas. Nanti lambat. Balik terus selepas singgah di kedai roti untuk bekalan. Di stesen LRT PWT terus beli tiket PWTC-Sg. Buloh (dah pandai sikit), korek segala syiling yang ada. Dah macam rombongan cikKiah pergi PWTC. Turun MRT, hujan reda sedikit. Masa untuk menunggu bas pula. Masing-masing guna kad pengenalan sahaja yang sudah ku tambahnilainya. Hanya Arrizqi menggunakan kad touch and go.

Ambil kereta di sekolah Khaida dan balik rumah. Tiba sahaja di rumah, tuan asben sudah siap dengan Dinner Attire, dia ada dinner bersama team nya. Hoye! sambung me time, ahahaha! Alhamdulillah kenangan yang tidak dilupakan, hadiah ulangtahun ke empat puluh gitu.

Album: Pengalaman tidak bisa dipelajari, tetapi harus dilalui.






Nombor dua mesti lain.

My love, heart and soul.

Wednesday, 25 December 2024

Memunggah pakaian lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama berhajat mahu mengemas kabinet pakaian. Membuang yang tidak lagi boleh dipakai, menyumbang yang masih elok tetapi sudah tidak muat di badan. Tambahan kabinet tinggi berisi pakaian semakin membuak isinya. Marilah kita asingkan.

Aku keluarkan semua isi daripada kabinet masuk dalam bakul, penuh dua bakul pemberian Sha tempoh hari. Semuanya aku lambakkan di ruang tamu rumah. Penuh uols, baru syok mengasingkan sambil menonton Kill Me Love Me, jumpa crush baru Liu Xiuyi (ah tak sudah!). Satu biji bakul berisi baju kotor untuk didobi menjadikan aku mengangkat tiga biji bakul daripada tingkat atas ke tingkat bawah, acanerlah tidak sado.

Setel kerja rumah, mendobi dan masak untuk daktiga, aku mulakan operasi mengasingkan. Banyak siut! Aku asingkan ikut part, pakaian buang terus (rosak teruk), pakaian tidak muat, pakaian kanak-kanak, pakaian sekolah dan pakaian dalaman. Nampak macam sikit, tetapi makan masa seharian juga. Sambil lipat asing, sambil mengomel dan berbalas wA dengan tuan asben. Dia hanya mampu gelakkan saja tanpa mengetahui dirinya akanku kekerah untuk asingkan bahagian dia pula sebaik sahaja dia pulang nanti, muehehe!

Dengan di bantu Auni, kerja jadi cepat sikit, cepat tidak pun kena bersihkan ruang tamu ini juga, aku serabut tengok sudah gaya pasar lambak saja. Akhirnya siap mengasingkan pada jam sebelas malam, episod cinta Murong Jinghe dan Mei Lin belum juga tamat, panjang sungguh la sampai 32 episod. Ini Edzna Suri punya angkara menjebakkan aku.

Selesai mengasingkan, Adli ajak makan roti bakar buatannya. Tengah malam diajak emaknya makan, ini nak tidur jam berapa? isk. Dia membakar roti pun sampai ke ruang tamu, hahaaa! asal jumpa plug, nak berteman juga ye.

Alhasil mengasingkan dapatlah dua bungkus pakaian yang kategori buang terus, usah dicari lagi. Akan aku letakkan di tempat recycle nanti, tong recycle banyak di kawasan rumah ni. Empat beg, untuk diletakkan di tempat yang orang lain boleh ambil sahaja. Aku sudah letak label pada setiap helai baju untuk memudahkan pencarian. 

Tamat sahaja sesi persekolahan nanti, sesi mengemas buku pula. Memandangkan Arrizqi sudah naik sekolah menengah, maka kita akan say goodbye kan buku-buku sekolah rendah. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan baik-baik sahaja. Alhamdulillah!

Mana datang entah banyak sangat.

    Yang tidak muat.

Terima kasih atas jasanya, goodbye!

Tuesday, 24 December 2024

Keluar rumah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cuti sekolah bermula, aku macam biasa merangka agenda untuk dihabiskan sepanjang hari ini, masakan hendak berguling atas sofa dan Netflix sahaja? hrmmm... buang sawang tingkat atas, buang sawang tingkat bawah, okey capek. On Netflix, sambung marathon The Auditors. Entah macam mana aku boleh tersangkut dengan drama Korean ni, ianya terjadi secara random sahaja.

Pergi dapur, nyahbeku ayam buat coffee dan yoga sambil Netflix, aih! Syasya, semua benda hendak mudah sahaja. Jam ke angka 11.30am okey let's go perang dengan dapur. Sambil masak, sambil mengemas itu dan ini, Khaida wA mengajak keluar selepas waktu Zohor. On the spot minta permission dengan tuan asben. Lama aku kena sidai, sampai sudah dalam kereta Khaida baru tuan asben reply. Duduk dalam ladang kekdahnya, line tenet lambat sangat dapat capaiannya. Dia okey sahaja, ater isteri mithali, kenalah minta kebenaran juga, biar dia tahu di mana keberadaan isterinya.

Khaida jemput aku macam biasa, aku sudah keluar pintu masih juga hendak menelefon, aku layankan aja. Hujan renyai mula turun, daktiga mula dengan list dan senarai kiriman, aih! 

Kami ke bank dahulu, setelah berurusan dengan bank barulah ke kedai makan. Kiranya makan tengah hari sekaligus makan malam. Iya, aku intermidate fasting dek kerana pipi sudah mengembang. Makan sambil healing, bercerita itu dan ini. Tapi yang buat aku letih gelak, terbuka cerita tentang kisah kami waktu zaman belajar. Kami satu batch tapi berlainan course. Khaida kenal sekali tuan asben, cerita tentang keromantikkan tuan asben dan aku waktu itu. Dulu romantik ala drama dan now? hahahaaa romantik gaya mafia. Sorry asben! 

Sikgoreng kampung. Tomyam seafood. Mi bandung. Air jus epal dan teh o limau ais.

Khaida, dia tak bagi aku pindah.


Selesai makan, kami ke Speedmart dan NTShop berdekatan membeli kiriman daktiga dan kiriman untuk anak-anak Khaida juga. Cuti sekolah, stok kena sentiasa ada. Alhamdulillah, terima kasih Khaida. nanti kita pergi salon pula okey! Aku onz je, surirumah kan. Khaida is a teacher, so bila hendak keluar kena ikut jadual dia, hehe! 

Besrfriend: A friend is someone who understands your past, believes in your future and accepts you just the way  you are.

Friday, 20 December 2024

Hobi: Quilling Frame Size A3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Membelek media sosial digital memang melalaikan, namun aku buat juga. Satu hari sedang membelek seorang follower direct message bertanyakan tentang Quilling Frame. Aku ini tidaklah pakar sangat, belajar quilling pun daripada blog. Jadi apa yang ada dalam galeri, itulah kemampuan yang aku ada setakat 2024, ahahaaa!

Dia memberi aku cabaran membuat paper quilling saiz A3, lengkap dengan gambar contoh, buat sama persis. Alamak! aku, bila disuruh meniru memang pasti tidak akan sama. Sedangkan meniru hasil kerja sendiri pun tidak sama, apatah lagi meniru hadil tangan orang lain. Jenuh belajar mencetak gambar daripada saiz A4 kepada A3. Tidak mengapa, mari kita belajar. Masa beginilah hendak keluar segala skill. Aku sudah hampir sahaja hendak melukis sendiri, geram.

Setelah beberapa hari berlengas dengan menggambar dan mencetak, akhirnya proses quilling bermula, gulung tampal, buka balik, gulung lagi, tampal sampai hati puas sendiri. Masa berlari, hari berlalu, cuaca berganti selama hampir sebulan. Lama? buat seorang, tambah pula tugas hakiki hakikat ikut sekali, mahunya ambil masa lama. Temanku sudah tidak sabar hendak melihat hasilnya.

Aku minta tukar design, ikut design aku dan dia setuju, terima kasih ku ucapkan kerana sudi memberi kepercayaan, akan aku kerjakan sehingga ke titisan siap dan cantik. Siapa sahaja yang tidak suka cantik bukan?

Masa yang dinanti tiba, kami bertemu di sebuah cafe terletak di kawasan sama-sama dekat. Adil. Bagus juga dia pick-up, tidak susah payah hendak buat posting. Owh ye, temanku ini lelaki, aku kenal dia sebab planner asalnya, alih-alih dia tempah quillingku, mahu cuba air tangan aku kan? Kenal pun thru instagram ja, kali pertama jumpa. Aku bawa Auni temankan daripada tidak berbuat apa-apa balik sekolah. 

Macam biasalah, dia tengok aku dengan Auni, bagai adik dengan kakak. Yang aku tengok dia dah macam pelajar universiti saja. Kami duduk lepak minum sambil tangan dia gatal buka kotak frame yang telah siap. Alhamdulillah dia suka. Dan, sehari selepas itu dia minta aku buatkan saiz A1 pula, huaaa!

Sehingga sekarang aku sedang mengerjakannya, akanku kongsikan proses kerjanya nanti.

Gambar contoh.

My pattern.

We'ols looks young rite? ahaha! Hi Jalil.

Dah sangkut.

DALAM PERJALANAN:




Wednesday, 18 December 2024

Susun Komik Baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan asben senyap sahaja tidak memberitahu aku ada bungkusan kiriman tiktok sampai. Elok aku hendak buang sampah, ternampak bungkusan beralamatkan rumah kami, tapi nama penerimanya terlalu international diletakkan atas tong sampah yang bertutup. Aku hanya ambil dan letakkan sahaja di kebinet tempat tuan asben selalu berkubang.

Lupa seketika dengan bungkusan, aku melayan daktiga makan sambil berborak kosong. Mereka telah selesai main komputer game pusingan ke dua, perut lapar. Lepas Arrizqi cerita, Adli pula. Ada sahaja yang direcehkan. Auni diam sahaja hanya minta tinggalkan ayam goreng untuk dia makan nanti-nanti.

"umie, apa dalam tu?" tanya si Adli sebaik nampak bungkusan baru atas kabinet. 
"entah, macam buku. nama tu macam bukan abi, tapi rasa abi punya." aku terus mesej tuan asben bertanya. Tuan asben menyuruh aku buka untuk mengira jumlahnya. Melihat aku terkial-kial membuka, Adli datang membantu. Betul, komik tuan asben baru sampai.

Macam ada instinct, tahu-tahu sahaja aku baru mengemaskan rak bukunya, eh ada lagi yang baru sampai. Boleh aku sambung ulang baca komik GTO Paradise Lost ni. Ihih, mesti tuan asben sudah tidak sabar mahu pulang.

fresh.

join together.


going recycle.

Tuesday, 17 December 2024

Rak buku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sudah perhati lama rak buku komik tuan asben yang dibelakang tempat aku kerja sekarang ni, kedudukannya bertentang dengan sofa menjadikan mata aku rimas bila sedang bersatu dengan sofa. Tangan gatal je nak memunggah semula apatah lagi buku sekolah Adli dan Arrizqi yang tidak seragam menjadikan rak tersebut bertambah serabutnya. Dua hari aku memujuk Adli dan Arrizqi untuk pindahkan buku sekolah mereka ke tempat mereka kerap berada. Lagipun mereka sudah besar, boleh menyusun buku sendiri.

Setelah mencapai persetujuan dan mengalihkan buku sekolah ke rak di satu lagi bilik mereka bermain game aku memunggah semula semua komik tuan asben untuk aku susun mengikut siri yang betul. Nampak macam sikit sahaja yang perlu dialihkan, eh? berpeluh jugalah aku di pagi hari yang hening.

buku sekolah pindah rak tempat daktiga berkubang.

Dulu, ruang ini ialah tempat tuan asben main game dan bilik sebelah ialah stor. Disebabkan Adli dan Arrizqi tidak mahu tidur bilik atas, maka stor dijadikan bilik semula setelah siapnya stor baru di bawah tangga. Hanya Adli sahaja yang setia, Arrizqi tetaplah tidur dengan aku, hahaaa! Lain kali aku nak mengemas part sini pula, banyak yang boleh di kitar semula ni, hahaaa! sabar jap. Hari ini aku sudah keletihan. Menua!

barulah nampak luas dan lapang. balik yang seorang lagi nanti, penuh barang dia sahaja.

sebelum ditukar ke rumah baru.

Rak kecil-kecil tu masih ada. Rak panjang itu satu sudah dibuang kerana runtuh, satu lagi dalam bilik Auni, hari-hari kena salak dengan menyuruh dia berkemas. Dia hendak tunggu aku masuk juga, buat dengan dia. Aku yang buat, bersiap siagalah untuk tidak berjumpa dengan barang kesayangan.

Sekian sahaja cerita untuk hari ini, hendak pergi sarapan namun tidak jadi, yang mengajak sendiri menunda rancangan, maka kita selongkar dapur seperti biasa. Da... see ya!

Monday, 16 December 2024

Boring to Happy.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad iaitu semalam, biasalah hujung minggu seorang emak dan anak tiga adalah berguling-guling sambil makan. Niat di hati hendak keluar briskwalk, punyalah menanam azam dua hari sebelum semalam. Namun, cuaca yang gelap membatalkan azam yang dipasang, marilah kita ke dapur menyelongkar isi dapur menyambung kehidupan, eh macam teruk benar bunyinya.

Bila tuan asben sudah pulang balik berkerja maka kita hendaklah lekas-lekas uruskan seisi rumah supaya kita boleh bersatu dengan sofa dan Netflix, perangai betul. Macam biasa, susun planner dulu untuk melihat jadual seminggu kehadapan, eh? ada seminggu lagi dan cuti sekolahlah. Huye-huye! Jomlah Arrizqi kita bertahan untuk seminggu ini dengan hadir ke sekolah melakukan pelbagai aktiviti akhir tahun, seronok datang sekolah masa begini kerana tidak belajar. Auni dan Adli memang sudah seronok menikmati cutinya, sekolah pun sehari sahaja dalam seminggu (cuti bergilir kerana SPM). Arrizqi pun kemain gatal kaki taknak ke sekolah. Come on Arrizqi, enjoy ur day in standard six, tahun terakhir di sekolah rendah. 

Tengah aku lipat baju bersih sebakul, Mazlina (jiran) wA tanya aku di mana, tidak lama kemudian dia datang hantar roti dan donat. Hrmmm, dia ni pantang aku kata nak diet, dan-dan dia datang bawa rezeki. Hari tu aku minta tolong dia belikan kopi empat kotak (rumah oren) dan roti putih sebab dia berada di luar. Jadi kopi tu dah sampai, dia minta satu paket je, aku bagi tu satu kotak ada 10 paket bersama duit roti sekali. Dia membebel, dia kata nak belanja aku roti tu. Adoiii, memang kelakar kalau dengan dia ni, kitorang memang suka bergaduh bila masing-masing nak belanja. Tengok-tengok dia datang bawa roti dan donat siap marah aku, JANGAN NGADA NAK BAYAR! macam ni pun boleh?

Semoga terus dilimpahi rezeki berkah bak sungai mengalir ye Mazlina.

Sambil layan Netflix, tangan scroll instagram cari drama best dikejutkan dengan seorang dikenali, mengikuti intagram aku yang entah apa-apa isinya itu. Siap ditinggal komen lagi! aku? rasa hendak beritahu seantero media sosial, hahahaaa! 

thank you teacher @eldenchan_0107

Hujan diluar, aku sedang berfikir Sha Whitey Mommy ni jadi ke tidak dia nak datang hari ni, iya weols masih berkawan sampai hari ini. Alhamdulillah semoga persahabatan ini diberkahi sehingga syurga nanti. Amiiin. Jumpa lagi!

Sunday, 15 December 2024

ULANGTAHUN KELAHIRAN 2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menyambut ulangtahun kelahiran gaya tersendiri, kita buat kesimpulan sahaja. Memasing sudah memegang kad pengenalan biru.


Tiada majlis besar-besaran pun, malahan kek pun tiada. Ulangtahun jatuh Auni pada hari sekolah, di sebabkan sudah lima belas tahun, aku hadiahkan jam tangan yang aku beli daripada seorang teman sekolah, Man@Pak Tua. Ambil kesempatan mememori sebelum ke sekolah.


Jauh-jauh hari sudah buat permintaan hendak cuti sekolah pada ulangtahun kelahiran, dia fikir dia siapa? aku paksa juga ke sekolah dengan syarat belikan dia Takoyaki sebagai kek hari istimewa. As per request Adli. Penjual takoyaki bermurah hati memberi lebih 6 biji, boleh berkongsi seisi rumah. . Rezeki Adli menyambut ulangtahun ke 13. 
"kek tu mahal, jauh pula nak pergi beli. Belikan saya takoyaki je. Sebelum ni kek saya cocopie." - Adli.


Sama juga hari ulangtahun kelahiran Arrizqi jatuh pada hari persekolahan, tahun ini seronok sedikit sambut dengan mama kepada teman sekelasnya, mama Nazir. Sebenarnya, aku yang terlebih seronok kerana mama Nazir juga teman baik aku, selalu sama-sama menunggu anak pulang sekolah. Aku beli dua kek untuk Arrizqi, satu merai di rumah, satu raikan dengan mama Nazir, kak Midah. Arrizqi yang minta untuk sama-sama potong kek dengan kak Midah, sebagai kenangan ulangtahun kelahiran terakhir di sekolah rendah. 

karektor pun hampir serupa.

Alhamdulillah dapat juga menjamu teman-teman terdekat yang sama menunggu anak balik sekolah. Hajat tercapai, sebelum masing-masing pulang ke rumah dengan senyuman. 

Sementara tuan Asben masih di rumah, menghabiskan cuti sakitnya, ambil kesempatan bawa Arrizqi buat kad pengenalan, selamat tinggal mykid, aku yang semakin menua. Di bawanya sekali aku buat kad mybank yang baru, sudah tamat tempoh asyik kena peringatan saja, rimas aku. Kita buat semua dalam masa satu hari. Alhamdulillah!


sementara menunggu.

Bila aku letak gambar di atas dalam instagram:
Teman: Anak bongsu tu anak nombor berapa? kenapa mak dia cam muda sangat?
Aku: dia anak nombor tiga, me is forty. OKbye!

Eh jap, ada lagi satu belum letak. Yang terpenting sekali mesti interframe. Ulangtahun dia kali ini, semua buat sendiri. Daripada ucapan untuk diri sendiri, cari hadiah untuk diri sendiri sehinggalah membeli kek untuk diri sendiri. Makan sendiri, gemuk pun sendiri. Meraikan dengan Auni, dia tolong photokan sahaja disamping dapat uacapan daripada mereka yang mengingati. Terima kasih semua kerana selalu ada.

turns 40. thank you ALLAH for blessing me with another year of life, filled with love and joy.

Ok, itu sahaja. Ulangtahun kelahiran tuan Asben belum sampai lagi, biasanya terus wrap cerita setahun, muahahaaa.