Santai-santailah sayangku
Pergi mana laju-laju
Ini bukan kereta baru
Asalkan aku denganmu
Ahaaa gitu, Salam Tahun Baru 2023 kepada pembaca bloghijau ini, masih adakah? mudah-mudahan kalian semua dikurniakan kesihatan baik yang berpanjangan dan terus dilimpahi rezeki penuh dengan keberkatan. Aaamiiin YRA. Baik, penutup setiap tahun seperti biasa, ulangtahun kelahiran my big bos atau tuan asben. Hari yang agak sibuk sebenarnya kerana kami akan bertolak balik Hulu Langat.
Aku bersiap awal untuk mengambil kek yang ku order malam tadi, on the spot ja. Sebenarnya aku sudah tempah 2 hari sebelum dengan seorang baker dalam taman yang sama, namun terdapat perkara kecemasan terjadi dalam keluarganya maka aku tukar pelan B. Aku tempah dengan sahabat baikku, Juju manager Secret Recipe. Dan, elok tengah malam dia closing, dia lupa untuk bookingkan kek yang ku pinta, jadi dia booking kek lain. Aku sudah pasrah sahajalah. Ada, ada. Tak ada, sudah!
31.12.2022 |
Selesai solat Zohor, tuan asben memotong kek makan bersama keluarga, kek dibungkus semula angkut bawa balik kampung. Habis penghujung hari dalam tahun 2022.
Esoknya, ready outfit semula untuk ke majlis perkahwinan sepupu rapat tuan asben. Sudah lama juga tiada majlis perkahwinan dalam keluarga besar ini, alhamdulillah dapat berkumpul makcik-pakcik-sepupu-sepapat.
01.01.2023 |
Majlis dalam dewan, puaslah dapat makan sambil ditemani angin sepoi-sepoi bertiup di luar pintu, kebetulan meja berhampiran pintu. Rezeki pergi kenduri dengan anak-anak sudah besar ni, dorang pandai ambil makan sendiri. Rela hati tolong aku ambil itu-ini menjadikan aku naik lemak kemalasan, muahaha. Tuan asben tukang carikan tempat duduk, aku dah macam mem besar, hehe!
Selesai majlis, balik rumah abah semula. Malam, abah mertua bawa belanja makan sate, gantung piuk belanga. Alhamdulillah. Selesai hari awal tahun baru, macam takde apa-apa sangat, masih lagi dengan tugasan emak untuk anak-anak kembali ke sekolah, serta kisah mendobi yang tidak sudah-sudah, sabarlah!
Sambil menaip, dengar Floor 88: Tak Dapat Raya. Apakah? daaah, nak fikir outfit Aidilfitri pula... adeih! Apapun, alhamdulillah, haza rahmatun min rabbi...
4 comments:
Sanah helwah Tuan.. Semoga sentiasa sihat walafiat..
Seronok bila dpt berkumpul kenduri kendara ni..
Jumpa saudara mara berkumpul bertukar cerita..
Selamat tahun baru 2023 ummi..
Kita memang tggu awak update blog..
Sabar menanti kata org.. ;)
IbuAbang: hahahaaa, malas nak type la. Tq for the wishes ibu!
Tentu seronok dapat jumpa saudara mara di majlis kahwin
warisan petani: seronok, cuma pening nak cari ootd.
Post a Comment