Cepat-cepat type sementara ada idea, ahaks...
Assalamualaikum!
Sudah siap mengemas, aku mengendali dapur. Sedang tangan menyimpan air tiba-tiba terkenang peristiwa petang semalam. Perbualan antara Adli, Arrizqi dan Thaqif sebaik sahaja mereka berada dalam kereta dipandu aku. Gelihati bila perkataan viral "kamu nanya!!?" disebut anak yang bertiga, lelaki semua.
Arrizqi di tempat duduk penumpang belah depan, Adli dan Thaqif di tempat duduk belakang. Adli mengemas beg sekolahnya, orang beruniform sekolah agama lengkap, dia hanya bert-shirt sukan sekolah kebangsaan dan treksut. Suka hati dia sahaja. Dia mengajak Arrizqi ikut sama bert-shirt namun Arrizqi tidak mahu, malah terus tidak ke sekolah kerana badannya tiba-tiba naik bintat merah alahan. Dilema hendak turun kereta atau tidak akhirnya Adli masuk sekolah juga kerana melihat tidak ramai yang bert-shirt sukan. Padan muka.
"pakai je la, janji pergi sekolah!" Adli menyedapkan hati sendiri sewaktu turun daripada kereta. Aku terus memandu pulang sahaja, biar dia tanggung akibat jika ada ada apa-apa yang terjadi.
Jadi, aku dengarkan sahaja tiga orang yang sedang bertingkah sambil fokus kepada pemanduan.
"ini mainan Naufal Zikri, dia minta saya simpankan." sambil diperhatikan Thaqif.
"kita rapatkan kerusi la esok, buat gelanggang. Tapi kerusi berlubanglah!" Thaqif buka cerita. Entah apa benda, aku dengarkan sahaja.
"aku takde gelanggang." balas Adli.
"cerita apa ni wei?" aku menanya.
"gelanggang bayblade umie, mana boleh pakai kerusi. Nanti dia jatuh." jawab Adli.
"bawa mangkuk la Adli" ujar Thaqif.
"mangkuk kecik la, bawa la besen. Besen plastik" aku sendiri beri idea.
"haaa tu la, nanti ustazah tanya nak buat apa, apa nak jawab?" Thaqif.
"ni la Qif, bawa kuali." aku lagi.
"hahahahahhahahahhahahhaaa acik niiii! nanti kita tanya ustazah balik. kamu nanya?" part ni da terburai ketawa aku.
"hahahahahhahahahhahahhaaa acik niiii! nanti kita tanya ustazah balik. kamu nanya?" part ni da terburai ketawa aku.
"qolqolah sikit bunyinya tu. bawa kuali, then ustazah tanya nak buat apa, uols jawab la... "kamu nanya!!!", aku mengajar. Riuh kereta dengan ketawa, dan lepas tu menyambung perbualan dengan loghat Indonesia, sabar sahajalah.
Elok sampai rumah Thaqif, mereka bertiga turun dengan bola dan botol air. Siap-siap untuk bermain di taman terletak berhadapan rumah Thaqif. Kadang aku sampai berfikir, aku pergi ambil dorang balik sekolah berseorang dan sampai rumah semula pun aku seorang, hihiii! alhamdulillah, sihat terus anak-anak. Cerita lucu bila balik sekolah. Aku memang suka hendak tahu apa yang sudah jadi semasa mereka di sekolah, lebih-lebih bila melihat wajah ceria masing.
Adli. |
Auni-Arrizqi-Adli |
Owh! Adli dan Thaqif sebaya, darjah 5 mereka sudah tiada peperiksaan di sekolah agama, Arrizqi sahaja yang periksa darjah 4. Semalam cuti kena repeat paperlah nampaknya. Semoga hari kalian jua baik-baik sahaja. Alhamdulillah, esok cotiiii!
2 comments:
Alahai! Makin besar makin bijak anak3 ibu disana tu. Moga kalian sihat2 saja hendaknya. ;)
ibu abang: makin panjang akal, makin pening pala nak melayan. ada je jawapan yg menjadikan kita berasa bagai kena scam. hih!
Post a Comment