Saturday, 26 March 2022

Debut: Memandu dan Escort.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Based on true story. Kejadian berlaku pada minggu cuti akhir semester persekolahan. Rancangan aku ialah balik Johor pada minggu ke dua sehingga cuti persekolahan tamat. Biasalah! rancangan akan terbantut bila tuan asben muncul dengan rancangannya sendiri. "Lepas Jumaat kita balik, umie drive abie ikut dengan motor. Esok (Sabtu), abie balik dengan motor." dan ketahuilah selepas whatapp tersebut, aku tidak lena tidur, mana pernah wei drive sendirian from Selangor-Johor. Usah buat hal! Habis semua ku suruh berdoa agar pelan tidak menjadi. Alasan pertama, Arrizqi kena ke sekolah lagi pada petang Jumaat untuk ambil anugerah di SRA. Alasan kedua, ramalan cuaca menunjukkan akan turun hujan setiap petang namun tuan asben tetap mahu balik pada petang Jumaat itu juga, grrrrrrrr! 

Tiba hari kejadian, aku sudah bersiap, bagasi dan barang semua sudah bersedia di dalam kereta. Tuan asben juga sudah bersiap, dada aku bagai hendak pecah memikir apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan, hujan turun mencurah-curah dan saaangaaat lebat. Arrizqi masih lagi di sekolah untuk hari terakhirnya dalam tahun tiga, dia mengambil anugerah setelah berbolak-balik hendak ke sekolah atau tidak, dek rancangan tiba-tiba tuan asben. Tuan asben menyuruh aku mengambilnya di sekolah lebih dahulu, dipermudahkan ambil Arrizqi namun hujan masih sangat lebat. Sebaik tiba di rumah, alhamdulillah rancangan untuk balik Johor petang itu batal. Auni dan Adli yang sudah bersiap juga bertukar uniform. Lega seleganya.

On 26.02.2022 | Sabtu | 24 Rejab 1443h

Mengiring isteri dan anak-anak.



Sabtu, seawal pagi semua sudah dikerah untuk bangun. Sekurang-kurangnya semangat pagi ini meningkat, rasa tidak sabar dan teruja hendak memandu kali pertama daripada Selangor-Johor. Biasanya aku bertukar driver dengan tuan asben, kali ini fulldrive. Perjalanan bermula pada jam 8.30pagi, asben escort dengan motorbike. Alhamdulillah, lancar. Cuaca sangat membantu. Aku ditemani dengan tiga orang co-pilot~ Auni-Adli-Arrizqi. Yang selalu temankan aku di sebelah ialah Adli sambil membaca peta dan berceloteh dengan yang di tempat duduk belakang. Aku ni mudah terhibur, mendengar sahaja daktiga bercerita lekas sahaja aku gelak. Adli membuka live location untuk mengetahui di mana abie nya berada. 

Feeling memandu sendirian? hahaaaa, wei jangan minta aku memandu begini lagi. Aku sudah tidak hirau 110km/j wei, kaki elok je nak tekan lebih pada tu, lelebih melihat jalan lengang. Rasa eksyen dengan lelori yang di lorong kiri, seronok! dengan sinar mentari yang makin hari makin meninggi, dengan suara daktiga saling bertingkah, dengan suara radio yang sekejap ada sekejap tak ada kehilangan frekuensi, sikit banyak hati tenang kerana di escort pembantu peribadi, tuan asben sendiri. Sedang asyik menikmati perjalanan, tuan asben memotong, mengarah aku ikut lorong kiri, erk! alamak... hilang feeling kena ikut lorong kiri. Hilang sahaja tuan asben, aku kembali laju. Sehingga dia menyatakan dia berhenti di perhentian pun aku sudah tidak perasan. 

Bila sudah memandu sendirian macam ni, tengok papan tanda perhentian (RnR) dengan papan tanda persimpangan jadi sama je. Tahu-tahu terlepas, apatah lagi co-pilot asyik bertekak yang bukan-bukan. Aku berhenti juga apabila tuan asben hendak isi minyak motornya. Sempatlah si Adli tu mengepaw aku kudap-kudap sementara untuk sampai Johor. Di hentian sebelum Kulai aku berhenti sekali lagi, hendak terkucil sementara tuan asben sudah pun sampai tol Kulai dan menunggu di sana. Alhamdulillah! lancar.

Tol Kulai betul-betul menguji aku, takde smarttag. Halaaa... salah bajet pula masuk tol, payah nak swap touch n go. Tingkap buka habis pun tak sampai juga keluar ikut tingkap memaksa aku buka pintu keluar terus dan touch, hahahaaa! adoiii. Harus kena gelak dengan pemandu kereta belakang aku. Tuan asben dok tengokkan daripada jauh, siaplah kena bahan satgi. Selepas tol Kulai aku terus sahaja ke rumah mamapapa, jalan situ aku sudah biasa. Alhamdulillah kami selamat sampai sewaktu mama siap dengan hidangan makan tengah harinya, menu mi kari. Elok sahaja habis makan, papa dipanggil untuk Booster di dewan berdekatan rumah. Aku minta dia tanyakan boleh walk-in tak? dan dia rupanya dia menunggu aku datang.

Bila tunggu aku tidak tiba (aku sedang cas handphone) dan aku akan pergi esok-esok sahaja. Papa balik paksa aku pergi jam-jam tu juga, lol! mama pun ikut sekali menyuruh, aku ajak tuan asben temankan walhal dia bersiap hendak balik Selangor semula. Selesai Booster, tuan asben balik dengan motor, kereta tinggal dengan aku~ inilah tujuan sebenarnya. Sebab aku kena prepare barang sekolah daktiga yang memang menjadi rutin untuk setiap tahun, tuan asben yang di sana perlu uruskan pembelian buku dan pendaftaran baru untuk kakak Auni di sekolah menengah. Sekian pengalaman kali pertama memandu bersama daktiga, seronok dan teruja. Terima kasih pada adik ipar kesayangan aku Dr Azlina, kakak Ziela, bestie Khaida yang tak jemu bagi sokongan dan semangat sehingga aku selamat tiba di destinasi. Tidak mustahil, akan jadi seperti ini lagi di lain kali. Alhamdulillah!
GAGAL ITU URUSAN NANTI YANG PENTING BERANI CUBA DAN TERUS MENCUBA.

3 comments:

Kakmim said...

tahniah cha.. mmg neves bila 1st time kn? alhamdulillah dipermudahkan

Ako Retna said...

hahhaha sekali sekala full drive jejauh mencabar juga tu...
klu kak ret dah tua2 ni cepat btul mengantuk nya!!
Kalau muda2 dl, drive sengsorang jejauh camtu mmg sanggup aje :D

pape pun, tahniah!! awak berjaya mengharungi segala cabaran.. eh ada ke cabaran nya tu:p

ch@ said...

kakMim: hihiii kali pertama dalam sejarah, kena rekod dan rakam. cerita kena lebih, terima kasih kakMim.

kakRetna: jadi co-pilot mmg kita tidur sahaja, sbb 1st time segar biji mata. memandu malam kita mengantuk. tq kakRetna, hahahaa cabarannya takdan nak membaca papantanda.