Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Aku sangat jarang tersekat dalam kesesakkan lalulintas bila memandu, sesak menunggu giliran anak-anak balik sekolah, itu biasa. Semalam ialah hari pertama pelajar tingkatan satu masuk sekolah menengah, belajar secara bersemuka. Semalam ialah hari pertama persekolahan bersemuka dalam bulan Ramadhan. Semalam ialah hari pertama bazar Ramadhan didirikan kerana hari Ahad sebelumnya ialah pasar malam. Jadi, semalam ialah hari sangat... pergh! tenang waktu siang, huru-hara waktu petang, haaa gitu!
Aku merangka perjalanan satu hari memang sudah cukup cantik, namun biasalah perancangan ALLAH swt tu selalunya lebih baik. Semalam juga merupakan hari aku dapat belajar dengan sangat banyak. Aku bersolat Asar lebih dahulu sebelum keluar mengambil Adli-Arrizqi di sekolah agama, aku perlu mencari parking yang mudah untuk keluar mengambil Auni di SMK selepas itu. Parking dah cantik, Adli-Arrizqi juga sudah berada dalam kereta tetapi jam masih awal, Adli merengek mahukan tepung pelita. Memang kegemarannya setiap kali bulan puasa.
Aku tidak bercadang untuk masuk bazar Ramadhan, kerana aku hendak menggoreng kuey tiow balik ambil Auni nanti. Tambahan pula tuan asben sudah beli roti john, habit aku ialah waktu berbuka menu ringan-ringan sahaja dan sahur nanti baru nasi. Sedang menunggu detik jam berlalu, kak Ani emak kepada Syafiqah memberitahu dia akan mengambil Auni sekali dan menghantarnya ke tempat aku menunggu Adli-Arrizqi, loh! ini satu lagi masalah kena cari uturn yang mudah sekejap lagi. SMK keluar sekolah serentak waktu dengan SK, hrmmm bayang je la keadaannya.
Aku menunggu sahaja kakAni menghantar Auni, dengan rasa tidak sabar bila nampak sahaja keretanya daripada jauh~ dia berhenti betul-betul depan pintu masuk bazar. Aku turun mendapatkannya tetapi dia sudah pun masuk dalam bazar, Auni turun juga mengikut aku masuk bazar mencari tepung pelita untuk Adli. Dan satu hal lagi aku hendak uturn, bila semua mereka sudah ku kutip, hajat di hati hendak uturn di lampu isyarat macam biasa sekali jem daaa... maka tersekatlah kami di dua lampu isyarat. Ergh!
Bila sudah dua kali salah percaturan, maka aku minta keputusan daktiga. Adli sudah terlelap, tinggal Arrizqi dan Auni yang sedang mengadap game.
"Patah balik sekolahlah umie, penatlah tengok tak bergerak ni." kata Arrizqi dan aku pun usahalah sehingga boleh untuk uturn sambil memikir kueytiow ku yang masih belum jadi. Menunggu sambil berzikir sambil berfikir untuk ubah pelan pada hari esok.
Dapat sahaja berpusing masuk ke kawasan sekolah semula dan kembali kepada jalan asal balik rumah, lega seleganya. 6.45pm sampai rumah, muahahahaa! terus bersilat. Auni tolong buatkan air panas, Adli tolong sediakan pinggan mangkuk, Arrizqi mengemas meja. Alhamdulillah! Kuey tiow dapat disiapkan sebelum waktu berbuka, hahaaa! Adli menghulur secawan air untuk aku. Legaaa. Selesai berbuka, aku bersiap untuk bersolat dan bertarawikh. Semoga istiqomah Syasya, fighting!
Dengan bestie, Syafiqah. Semoga yang baik-baik untuk kalian. Darjah 1. |
Sekian kenangan untuk hari pertama Auni bersekolah di SMK, hari ini kita fikir strategi lain pula, pastinya, hihiii!
No comments:
Post a Comment