Monday, 21 March 2022

Back to school, chaotic!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Back to school. Chaotic yang teramat, satu gambar 1st day school pun tak ada, tak dan weih! bertindih habis schedule aku. Lain yang aku rancang, lain yang jadinya. Tapi berbaik sangka dengan apa yang Allah swt dah susunkan, itu lebih penting. Aku percaya hikmah disebalik perancangan aku yang tidak menjadi.

Just macam biasa, ingatkan bolehla tumpangkan Adli-Arrizqi sekali dengan tuan asben ke tempat kerja, awal-awal pagi rancangan sudah tidak menjadi, apabila tuan asben berlalu pergi lebih awal, hahaaa. Aduh! aku sendiri kena keluar menghantar, ok boleh cari sarapan pagi sekali. Aku menjaga habis mood Arrizqi, maklumlah hari pertama ke sekolah kebangsaan, biasanya dia ke sekolah agama. Berganding berdua abang dan adik tu masuk sekolah, aku singgah membeli cakoi, kegemaran Adli dan balik.

Masuk sahaja rumah, Auni kawan baiknya Syafikah yang di transitkan mamanya di rumah aku sedang bersarapan. Alhamdulillah besar anak dara seorang ni. Tadipun dua kali berselisih dengan kak Ani yang menghantar Syafikah ke rumah. Hari ini, Auni dan Syafikah yang kini tingkatan satu, sekolah yang sama, kelas yang sama, hanya PdPR sahaja. Aku menyelesaikan tugas-tugas hakiki emak di rumah. Aku mahu anak-anak selesa belajar di rumah. Selesai, aku taddabur sedikit bersama Ustaz Syaari Abd Rahman, sebelum mengelola dapur untuk makan tengah hari. 

Tengah hari, ambil Adli-Arrizqi di tengah panas merembang kus semangat, Allah maha besar! Aku tinggalkan Auni dan Syafikah yang sedang PdPR. Seronok nampaknya bila berteman, hikmah Syafikah transit di sini, belajar pun rasa ceria. Sebelum ini Syafikah di rumah sahaja, baru-baru ini dia kehilangan ayah tersayang yang biasanya bersama, jadi dia minta untuk bersama dengan Auni. Aku ok sahaja, berusaha menguruskan agar Syafikah tidak ketinggalan.

Adli keluar menuju pakcik ais-krim, Arrizqi keluar terus sahaja ke kereta. Laju sahaja balik rumah, rasanya rumah lebih sejuk berbanding luar rumah walaupun angin bertiup- hangat! Aku menggodak air oren, nasi goreng pagi tadi masih ada lagi. Sekali lagi tinggalkan rumah, untuk menghantar Adli-Arrizqi ke sekolah agama pula, kali ni akan balik lambat sedikit kerana hendak membeli buku aktiviti Auni di sekolah bersama dengan teman baikku, Linda. Dan selepas itu ke bank sebelum membeli barang dapur. Selesai urusan membeli buku, sekali membeli buku Syafikah, aku terus sahaja ke pasaraya untuk membeli barang dapur dengan menggunakan debit card sahaja. Aku berasakan terlalu jauh kedudukan bank dan petrol palm tu. Menitik-nitik peluh walaupun dalam kereta berpenghawa dingin.

Tidak jadilah ke bank, aku hanya membeli barang dapur sahaja dan beberapa alat tulis untuk Auni.  Aku terus balik sahaja, aku melepak menonton drama sambil mata menjeling jam, tuan asben sudah pun dengan dengkurannya, bikin gue cemburu aja. Aku perlu ambil Adli-Arrizqi balik sekolah agama. Kak Ani muncul di saat, aku sudah standby untuk keluar. Hah! bersembang lagi, dia membayar semula harga buku dan upah menjaga Syafikah~ Allahuakbar aku tidak jangkakan langsung di saat aku berfikir mana lagi hendak cari cash. Sambil menunggu anak berdua tu selesai PdPR yang bagai tiada penghujungnya sedangkan mereka sudah berubah kedudukan tiga kali, hahaaa. Nasib koranglah naaak! Syafikah keluar sahaja sekejap dan mengikut kak Ani pulang. Aku keluar ke sekolah agama.

Rezeki, apabila aku tiba di sekolah agama, mereka berdua sudah pun menunggu aku. Baik pula abang tu duduk diam-diam sebelah adik, kena pekik dengan adiknya la tu, hahaaa! Bila abang dengan kakak sebelum ini, seorang ke hulu-seorang ke hilir buat hal memasing. Kadang abang masuk kereta dahulu, kadang kakak masuk dahulu. Abang bila dengan adik, dia jadi sangat behave. Adik tu sungguh suka membebel, dia stay dengan abang sebab ingat pesan aku. Abang tu nampak macam tak dengar, tapi bila dengan adik memang dia sangat abang-abang. Terlebih puji tak ni? tapi kebanyakan yang jumpa mereka berdua, menyatakan kembar. Hingga sekarang baju masih sedondon.

Balik sahaja sekolah agama, aku lagi sekali di dapur. Menu simple sahaja, janji nasi. Sekian sehari yang chaotic, sekeping gambar pun tak dan ambil. Tak apalah, mudah-mudahan mereka semua baik-baik sahaja. Alhamdulillah! 

2 comments:

Kakmim said...

memang havoc cha... hahaha... tp akak baca smpai abis

ch@ said...

kakMim: terima kasih kakMim, sudah lama tidak menulis cerita.