Friday, 3 September 2021

Kad Pengenalan dan KPJ Damansara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Bloghijau ini ada kerana si Auni, dak perempuan yang suka nau buat onar masa kecilnya, yang suka mengkacaubilaukan jadual emak dia, yang suka buat kerja ikut suka hati dia saja, yang suka bercakap banyak dan membuat hal rare. At the same time, dia juga suka buat kejutan dengan kebolehan-kebolehan dia yang tidak dijangka.

Aku mengerjakan rumah macam biasa, kejut daktiga dan mengarah Auni untuk bersiap. Sekejap lagi bapanya akan balik untuk pergi menukar mykid kepada mycard. Apa? isk-isk-isk! Sedang giat berceramah dan mengatur jadual daktiga, si bapa pulang. 
"eh, pergilah siap. Ikut sekali!" aku menjeling jam, mujur belum jam 11pagi. Sempat untuk bersiap sebagaimana waktu yang telah dijanji. Macam lipas kudung namun tetap dengan SOP. Kami ke JPN Kota Damansara. Daripada jauh telah nampak barisan orang sedang beratur menunggu giliran. Tuan asben sudah pun aturkan temujanjinya terlebih dahulu, cuma menunggu giliran pelanggan yang berurusan di dalam selesai baru dapat masuk.

Sempatlah sekeping dua, jangankan tidak untuk memori. Sudahlah jarang keluar rumah, jika ada kesempatan marilah kita gunakan sebaiknya. Tuan asben hanya menunggu dalam kereta sahaja. Dokumen  diperlukan hanya salinan bil air atau tnb dan mykid serta anak tu sendiri. Isi borang kekotak, hantar dan tunggu giliran untuk proses membuat mycard. Tersasul-sasul staff tu memanggil aku, sekejap puan, sekejap kakak, whatever lah. Auni is my daughter, that's all.


12 tahunnya. Dah besar dia jadi pendiam.

5 tahunnya.

6 tahunnya.

7 tahunnya.

10 tahunnya.

Selesai urusan di JPN, tuan asben bawa pergi kedai gold, wow! dah lama sebenarnya hendak letgo gelang yang putus dan nak sambar satu yang baru. Dimurahkan rezeki tuan asben, dilayannya perempuan kesayangan pada hari tersebut. Aku dapat satu, Auni dapat satu. Beria aku memilih yang sama untuk Auni malangnya Auni tidak berkenan. Dia lebih suka gelang rantai sedangkan aku lebih suka bangle. Alhamdulillah!

Untuk tengah hari, tuan asben hanya tapaukan mcD untuk yang di rumah, sampai sahaja di rumah belum puas membelek new items, emak perlu bergegas dan bersiap semula untuk temujanji dengan doktor di KPJ Damansara. Pun tuan asben yang aturkan temujanji dengan Dr. Sharina. Ingat tak, entry tentang Kehidupan dulu (baca) dan yang terkini Pemeriksaan Kesihatan (baca) emak jalani pap smear kali ke dua. Dan kali ini ke KPJ, kononnya hendak follow up buang fibroid and cyst tersebut, cerita punya cerita, penatlah hendak mengisah banyak kali tapi kena cerita juga. Emak menjalani papsmear lagi sekali dan scanning luar dan dalam untuk tengok perlu atau tidak untuk operation. What's a suprise! fibroid dan cyst tu sudah tidak ada. Ada tapi tidak mendatangkan bahaya pun, ada tapi kecil sangat untuk dibuang. Tidak mengganggu. Dr. Sharina cuma bekalkan ubatan sahaja dan perlu membuat ujian darah berikutan aku sering rasa hendak pitam.

Doktor syak ada anemia, cuma hendak tengok tahap mana keseriusannya. Jadi terpaksalah diambil darah dengan berbotol-botol, isk-isk-isk. Tuan asben temankan ke makmal, uiii feeling macam dalam drama wei, mengambil peluang memerhati keadaan sekeliling, sampailah ke satu bilik kecil, menunggu lagi dan lagi dan lagi. Bila dengan hospital, menunggu itu memang menjadi lumrah. Selesai mengambil darah, sesi pembayaran pula. Menunggu lagi, sampai tuan asben meninggalkan aku sendirian dia mengambil kereta.

Selesai pembayaran, sempat aku memetik sekeping dua lagi. Uiiih! hospital mahal wei, ambil peluang. Naik sahaja kereta, laju saja mulut emak ni:
"mahalnya Yang... dekat rm1K." emak membelek bill di tangan.
"memanglah, swasta kan." perlahan sahaja dia membalas. Dia memang sudah jangkakannya.
"sebab ada bloodtest tu, cuba tengok bil bahagian makmal tu?" tanyanya semula melihat aku masih membelek bil dengan rasa sedikit sayu.
"dekat rm5 ratus!" lepas tu ikon nangis dalam hati. Insaf rasa namun lepas ini ada satu lagi kisahnya hendak ambil keputusan ujian darah tu pula. Tabahlah Syasya, sekali seumur hiduplah agaknya ni.

Seminggu kemudian, dengan doa yang tidak putus memohon agar dipermudahkan dan tidak mendapat sakit yang berisiko, if sudah kena apa boleh buatkan? jadi aku bersiap awal, selesai kuetiow goreng untuk dak tiga, tuan asben balik dengan lauk basah-alhamdulillah. Aku keluar dengan tuan asben mengulangi destinasi sama seminggu yang lalu. Selesai ambik mycard Auni terus rushing ke KPJ Damansara untuk ambil result darah.

Aku benci betulla rushing ni, mesti akan ada benda tidak best yang akan jadi nanti. Tuan asben tinggalkan aku di lobi, menggagah mencari klinik Dr Sharina dengan dada macam hendak pecah, tambah lagi waktu rehat seharusnya tiada sesiapa yang akan menunggu nanti. Belum habis persoalan berlegar, aku tiba di kllinik Dr Sharina, biliknya ku ketuk kerana tiada berorang di kaunter.

Pembantunya, Sue keluar. Result dah ada cuma perlu menunggu consultant Dr Sharina kerana dia masih menguruskan seorang lagi pesakit. Yang tuan asben tidak sudah memberi arahan itu dan ini. Aku malas hendak balas teks nya, buat hal aku sahaja. Sekejap sahaja berhadapan dengan result yang semuanya ok dan masih perlu membuat bayaran, lagi sekali dengar bebelan tuan asben. Sendiri yang hantar aku check-up di situ, bukan aku yang hendak pun. Aku diam sahaja, usah bagi Syasya menjawab, habis padam pahala aku sendiri nanti- lepas dengar ceramah Ustaz Debat. Jadi aku diam sahaja waktu perjalanan pulang.

Sampai di rumah, mandi solat dan mengadap PdPR daktiga. Selesai satu hari. Sekian...

Beg ni cantik, Syasya is sukaaa...

"Mengeluh membuatkan hidup kita tertekan, sedangkan bersyukur membawa kita ke jalan kemudahan."


4 comments:

Ako Retna said...

Alhamdulilah cha.. X perlu operate.. Jaga diri bebaik.. K ret pun dh lama x buat fully checkup.. Seriau gak nk buat blk ni.. Now tgh setelkan sakit kwncing dl n darah tinggi.. Semoga kita smeua sihat2 aje

Btw.. Besar dah auni ye.. Anak dara gitu..

ch@ said...

kakRetna: u too sister, jaga diri baik2. ye la auni hendak masuk sekolah menengah.

Azhafizah MN said...

Dah macam kakak dengan adik dah. itu yang tersasul staff nak panggil akak ke puan.hihi..semoga baik baik je. InshaAllah.Aaminn...

ch@ said...

Azhafizah MN: kerap disalahsangka oleh kawan-kawan Auni, emak disangka kakak.