Vaksinasi dengan bestie.
3 hari sebelum kejadian 28hb Julai 2021.
Macam biasa, membelek handphone dan berbalas whatsapp dengan Khaida, chingu-sarang ni sehari tak kacau kehidupan aku memang tidak sah, sambil kaki tersangkut atas sofa. Hendak tengok berita aku malas sebab tuan asben tiada- dia je rajin tengok berita. Aku frust pasal asyik berita vaksin sahaja. Personal Instagram pun sudah lama aku tidak update, menyampah plus dengki tengok orang sudah pergi vaksin. Sambil membebel dengan Khaida, acah-acah ajak Khaida walk-in, tapi Khaida kata tak boleh. Sebaik tuan asben pulang, aku masih dengan handphone, entah macam mana berniat hendak update semula Profile di MySejahtera, pap! terus keluar list untuk temujanji vaksinasi pada 28hb Julai 2021 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Apalagi, terus duduk bersimpuh dan ku khabarkan kepada Khaida. Khaida laju juga buat benda yang sama dengan aku, sama. Kami dapat temujanji pada hari yang sama, waktu yang sama dan tempat yang sama. Lekas-lekas memasing mengkhabarkan kepada suami masing-masing. Hendak pergi bersama, kami tidak mahir ke Axiata Arena, Bukit Jalil, cuma tahu itu merupakan tempat biasanya konsert kpop diadakan, tu ja.
Hari kejadian, aku keluar dahulu bersama dengan tuan asben. Mengenakan pakaian yang bukan main lagi, skirt labuh, sleeveless dan cardigan juga shawl, lengkap berkasut berstokin. Menarik nafas dalam-dalam menenangkan diri, it's just lawatan untuk vaksinasi sahaja Syasya, ini bukan apa-apa. Untuk orang yang punya mental-health like me, benda ni sangat serabut walaupun simple. Hendak menangis bila anxiety-attack datang menyerang, it's hard. Mujur ada tuan asben, yang suka back-hugs. (opsss! hehe.) Sedikit sebanyak, dapat juga tenteram, di samping Khaida yang tidak putus berbalas whatsapp daripada kami bergerak pergi dan balik. Kakak lebih dahulu menghantar tatacara bila sampai di pusat vaksinasi. Alhamdulillah.
"tidak tahu tanya, ramai orang baik-baik di sana, tanya ja. Jangan fikir banyak sangat!." pesan kakak. She knew me well.
Aku menunggu giliran demi giliran, aku tiba dahulu mengisi borang dan bermain game. Khaida kata dia dah sampai, tapi aku tunggu dia tidak muncul dipintu. Orangnya terlalu ramai, penuh setiap sudut kerusi yang disediakan. Mana Khaida? Aku habiskan masa main TownShip, dan berbalas whatsapp dengan Khaida. Mamai aku duduk lama sangat. Sehingga Khaida kata dia sudah selesai dicucuk. Eh! Ini aneh. Dia menunggu aku di luar pintu tempat ambil gambar, tapiii aku berasakan giliran aku masih terlalu jauh. Khaida tetap menunggu juga dengan suaminya, semakin dia berkata begitu semakin tidak sedap hati juga aku dibuatnya, aku minta dia pulang sahaja. Terasa menyusahkan orang lain. Tuan asben sendiri tidak mengisah aku, dia hanya menunggu di kereta sahaja. Rupanya Khaida terus naik ke level dua waktu sampai tadi, mungkin lebih smooth perjalanan vaksinasi di level dua. That's why apa yang dia cerita tidak sama dengan keadaan aku di level paling bawah. Haih! hendak lari naik pun, aku sudah setengah masa menunggu, tinggal beberapa step sahaja lagi. Next time, tidak sudi aku di level bawah ni, hahaaa. Tiba juga di giliran aku, berdua di bilik vaksin bersama seorang pembantu perubatan.
Fuh! time ni lah, handphone nak kejang pun sampai tak boleh di touch, tergelak doktor (aku panggil ja doktor) tu, aku hendak hilangkan rasa gugup.
"takut jarum ke?" tanyanya.
"saya pernah kena czer doktor" aku menjawab.
"owh, sejuk sangat agaknya." sambil dia membuat kerjanya dan minta aku bertenang.
"ha a, sejuk. Bukan sebab takut, ekon ni sejuk sebab dah lama sangat menunggu, ramai orang."
"betul tu, makin petang nanti makin ramai orang datang." doktor tu menjawab.
Dan selepas tu aku dengar penerangan, dan tengok vaksin tu sendiri. Comel je. Cucuk dan siap. Sekejap sahaja prosesnya, cuma menunggu tu buat panas hati, panas montot.
Selesai cucuk dan berehat, sewaktu berehat terkejut sekejap melihat seorang rela memapah seseorang lelaki yang pengsan. Apalagi, berlari-lari anak dua tiga orang staff di situ. Menurut pakcik rela tu, lelaki tu mengadu pening kepala. Aku cuba-cuba juga feeling, alhamdulillah sedar lagi.
Aku keluar setelah menuruti SOP. Di luar tempat orang ambil gambar sudah lengang. Alaaa, siapa hendak ambil gambar aku ni? aku minta tuan asben datang. Dia tak mahu. Hrmmm! aku hendak minta bantuan, semua lelaki belaka mengadap kotak tempat bergambar tu, malulah aku. Aku terus sahaja menuju kereta dan merajuk, tak pasal-pasal. Apa yang tuan asben tanya pun, aku sudah tiada mood untuk menjawab. Mencik, aku hanya hendak balik, makan dan tidur.
Khaida masih lagi bertanya khabar, sehingga malam larut dan aku tidur awal. Dos kedua nanti, kami sudah berjanji untuk pergi bersama-sama, pakai baju sama, buat perangai gila, ambil gambar banyak-banyak. Aku hendak ikut level Khaida, aku tidak mahu di level bawah lagi. Mudah-mudahan. Doakan semuanya lancar. Dan malam itu aku tidur awal, tidak pernah-pernah, mengantuknya memang lain macam.
Salah sendiri tidak pastikan vanue tu betul-betul, tapi... Rela yang jaga tu pun tidak beritahu aku sepatutnya di level 2, cis! |
Cip in my body 😀! |
Memori di Axiata Arena, walaupun tidak tengok konsert, dapat kena cucuk pun jadilah. |
Me. |
4 comments:
hahhaa tahniah dh msk cip vaksin dalam badan hehhe
Dah try lekat sudu ke belum ehehe... Tahniah dah vaksin! Take care!
menghitung hari nk 2nd dose pulak ke cha? hehehe... rileks ye.. jgn gabra tau.. hihi
kak Retna: hahaaa, tunggu nak masuk cip kedua.
semut senyum: what? sudu? hahahaa effect ea, nanti cuba.
kak Mim: InSyaaALLAH taklama lagi.
Post a Comment