Thursday, 11 March 2021

Korean Foods dengan kakak kegemaran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Badan rasa sihat dan ringan, alhamdulillah. Sempat lagi bergambar sekeping dua di tangga spa Nur Jannah, ketawa tetaplah ketawa, hendak turun tangga pun ada sahaja yang dijadikan bahan ketawa. Kami terus sahaja ke MrDIY, seawal booking spa lagi kakak sudah menyatakan hasrat untuk ke MrDIY, memang dekat sangatlah hanya berjalan kaki sahaja sambil mengisi masa dengan perbualan entah apa-apa. 

Bila dalam MrDIY aku berpusing tanpa hala, sendiri tidak tahu apa yang harus dibeli ditambah dengan suasana dalam tu agak kecil, tidak seperti MrDIY di The Store Sg. Buloh. Aku mencari mini shredder, tiada. Benda biasa yang mesti aku beli di MrDIY ialah, double sided tape dan stickers. Mesti! Lain halnya dengan kakak, apron lah, sarung tanganlah, senduk, sudip habis di beleknya. Keluar MrDIY masuk pula kedai serbaneka, lebih kurang sahaja barang niagaanya. Sama macam tadi juga, still kakak yang shopping, hahaha. Parah dengan kakak ni, ada sahaja yang hendak di shopping.

Keluar kedai serbaneka, kakak mengajak makan. Lama juga bercadang hendak makan menu Korean, jomlah kita. Uiiishhh! ini kali pertama dan terakhir aku makan ramen Korean ni, pedas ya Allahuakbar! Begitu juga dengan ayam goreng Korean, manis namun sama juga pedasnya. Berasap telinga, tergelak besar kakak melihat gaya aku makan. Rasa hodoh benar wajah ku dikala itu. Pedasnya kus semangat. Patutlah teh hijau yang kami pesan sampainya dua kali ganda size yang biasa. Padanlah kawan baik aku pernah kata, "ini bukan untuk kau Syasya, aku rasa kau memang takkan ulang makan bila kau dah rasa sekali." Ye betul!





Melihat betapa strugglenya aku hendak makan Korean Dishes, kakak menyuruh selesaikan tteobokki sahaja. Ye itu sahaja yang mampu ditelan selain kimbap. Itupun baru setengah, aku sudah mengah walhal berkongsi dengan kakak. Marilah kakak, tidak mampu kuhabiskan semua ini, tapau bakinya. Kami singgah pula ke SpeedMart, hahahaaa kakak lagi yang sakan bershopping. Daripada tidak mahu ambil bakul kononnya, bakul aku juga penuh dengan barang dia. Habis semua diletaknya, apa dia beli mesti dua, 1 untuk aku, aku bayar. Adoiii sabar Syasya, sabar. 

Setel di Speedmart, kakak mengajak ke nurseri jual munga-munga pula. Daripada usha-usha aku ikut beli juga walaupun sedar, tangan aku ni bukan terer sangat part bercucuk tanam ni. Jenuh telinga dengar dia membebel cara menanam daun kesom, aku beli daun kesom itu yang dibebelnya daripada bertolak dari nuseri sehingga ke rumah aku. Aku meminta dia menghantar sehingga ke pagar rumah, kan ke aku ke rumahnya tadi dengan dihantar tuan asben. Kakak sambung lagi, tentang menanam pokok, habis dibeleknya pasu, baldi, polibag tempat aku bercucuk tanam nanti. 
"kamu gemukkan dulu pokok ni, nanti kakak bagi pokok lain. Kamu hendak pokok apa?" that's my kakak.
"nantila, ini pun belum tentu hidup laie ni." aku menjawab  memang tidak konfiden langsung tapi hendak cuba juga.
"jangan kasi mati, misi gemukkan kan pokok daun kesom." adeih!

Sehingga di situ sahajalah pertemuan antara kami dan jika ada masa serta rezeki, kami akan repeat untuk dating sekali lagi. Mudah-mudahan murah rezeki kami semua, insyaaALLAH. Terima kasih kakak.

Anything is POSSIBLE when you have the RIGHT PEOPLE there to support you.- by: Misty Copeland.

4 comments:

Ako Retna said...

cha x bole telan ke korean food tu?
ke sebab pedas sgt ayam nya?

ch@ said...

kak retna: korean food kita makan je, cuma pedas tu yg x tahan. kita x makan pedas, hehe! pedasnya pedih telinga.

Amie said...

Annyeong...
Sedapnya Korean food, tapi kalau pedas sangat memang terpaksa letak tepilah, takut perut meragam pula.

ch@ said...

sister amie: pedasnya sangat tajam, menumpulkan selera hendak makan yg lain.