Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Masing-masing teruja dan tidak sabar tanpa mengetahui kejadian apakah yang bakal terjadi pada hari pertama ke sekolah. Semua biasa sahaja, menguruskan anak dan rumah pada awal pagi untuk hari pertama, biasalah huru-hara. Mencari barang yang diperlukan dalam suasana kelam-kabut dan tidak dijumpai, itu biasa. 1st day Adli, tidak mengapalah tidak bersongkok, awak sudah ke sekolah kebangsaan bukan sekolah agama, akan tetapi memikirkan petang nanti dia akan bersekolah agama, alamak! aku terpaksa mencari juga songkok itu.
Hari pertama Adli ke sesi pagi, Arrizqi dan Auni masih macam tahun lepas, Adli junior tahap dua, Arrizqi senior tahap satu. Keadaan kedua sekolah pada waktu habis persekolahan sangat sesak, aku perlu ambil Arrizqi balik sekolah agama untuk trip kedua hari ini. Kononnya keluar lambat sedikitlah supaya keadaan sekolah tenang dahulu, baru masuk ambil Arrizqi namun kedegilan mengatasi segalanya apabila melihat Arrizqi sudah pun keluar dari kelas, aku memandu masuk macam biasa, tengok segala cermin yang ada. Tepi depan belakang, kenderaan sebelah kiri. Namun, kun fayakun- apabila Allah swt kata jadilah sesuatu, maka jadilah. Aku menghentikan kereta sebelah kiri apabila cermin tempat duduk aku di ketuk, Arrizqi sudah pun melompat naik dari sebelah kiri.
"Sya, hang sagat reta oghang naaa..." maklong bersuara kuat memberitahu apa yang terjadi.
"hah! ye ke maklong. Alaaa kereta apa?" aku jengah cermin pandang belakang dan sisi sebelah Arrizqi. Nampak seseorang sedang membelek bumper depan keretanya. Aku hendak berhenti turun namun kereta belakang sudah menunggu.
"Sya tak dengaq bunyi kaaa? tak perasan?" tanya maklong lagi.
"takde pun, ada dengar tapi ingat takde apalah."
"cer tengok reta sya, calar dah tu."
"kejap maklong kita nak parking, tengok depan ni sesak. Kereta belakang dah tunggu."
"haaa tu la." maklong tinggalkan aku dan aku mencari parking dengan hati jantung semua rasa nak tercabut. Aduhai.
Sebaik aku meletak kereta, aku dapati kereta yang menyagat dan tersagat tadi sudah tiada, eh? dia sudah balik. Aku hendak minta maaf pasal aku tidak sengaja menyagat keretanya. Aku beritahu maklong semula. Maklong kata mungkin keretanya tidak ada apa-apa masalah, tu yang dia tidak tunggu aku. Jika keretanya ada problem, mesti dia tunggu. Alahaaai, aku pula kena menjawab dengan tuan asben nanti, huaaaaaaaaa! I hate 1st day school, haaa tetiber! Aku balik rumah dengan hati tidak keruan dengan rasa bersalah yang menghantui. Aku menghantar dan mengambil daktiga macam biasa, waktu petang aku nampak kereta yang sama namun ia sedang bergerak atas jalan raya, aku juga masih dalam kereta. KakWan kata, takpe Sya kereta tu keras, tahan. Tahan pun rasa bersalah tetap ada. Esok aku cuba cari empunya kereta tersebut, minta maaf. InsyaaALLAH.
Love. Heart and Soul.
Esoknya tiba, siap aku dengan coklat dan nota minta maaf, aku salah-aku salah ye aku bersalah. Tak apalah, minta maaf sahaja. Kena marah pun tahan sahaja, kita sebar benda positif kan. Aku keluar awal dan mendapati kereta semalam tiada. Eh! hrmmm takpe, aku tunggu. Tunggu-tunggu, kereta tersebut parking agak luar sedikit disebabkan aku dihalangi hilux yang besar ini aku tidak perasan pemandunya yang mana satu. Menjengah ke dalam, empunyanya sudah turun, macam mana ni? Ok tidak mengapa, mari kita menunggu lagi. Habis kosong satu sekolah, pemandunya tidak juga muncul di kereta. Alahaaaiii macam mana ni? Arrizqi sudah pun merengek hendak balik rumah.
"umi letak je la coklat atas kereta dia tu," kata Arrizqi.
"saya nak jumpa drivernya tu."
"saya nak balikla umi." rengek Arrizqi dan aku menyuruh dia meletakkan coklat minta maaf atas kereta tersebut lalu kami balik terus ke rumah dengan harapan selesailah segalanya tanpa prejudis. Doakan ye.
meminta maaf tidaklah bermakna kau salah dan orang lain betul. meminta maaf bererti kau lebih menghargai hubungan lebih dari ego kau.
Sekian kejadian. Semoga Syasya lebih berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling serta situasi. InsyaaALLAH!
No comments:
Post a Comment