Friday, 3 July 2020

Sya2time dengan Khaida.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!
Jap mahu set up background muzik sambil menaip- Nu'est la semestinya. Hari ini, menjalankan pelan tidak dirancang dengan Khaida, siapa dia? siapa lagi, salah seorang kawan baik ai la, haha. Sibuk sangat hendak main masak-masak dengan ai, jomla Khaida meh datang. Sebelum ni hendak melepak juga, tapi line tidak berapa clear, my mr asben ada di rumah. 

Sebaik sahaja tuan asben menyatakan dia bertugas 24jam awal pagi tadi, ai bergegas membalas whatsapp Khaida malam tadi- Syasya memang perangai sangat balas mesej melepasi jangka satu hari melepasi waktu sebenar, haha. Oke adhoc plan is onz, Khaida datang masak sup ayam.

Sebaik sahaja mengeluarkan ayam beku, ai menyental tandas bawah dan atas, mengemas dapur dan menyediakan bahan untuk sup ayam, alhamdullilah! Sementara menanti Khaida habis kelas- dia kan guru tabika, ai memantau daktiga membuat kerja sekolah dan kerja rumah, mengetahui sekolah hendak bermula masing-masing mood sudah ke sekolah sahaja pakej sudah mengemas buku, sabar sahajalah!

Selesai menyiapkan dapur, Khaida sampai dan masuk menghulur ayam dan bahan masak lain, allahuakbar Khaida! bergelak sakan, berborak sakan kami di dapur, havoc mulut Khaida ni. Ceria dapur di hari Jumaat begini yang kebiasaannya ai sekorang sahaja tunggang langgang mengerjakannya. Lapar, hendak makan masak, cuci ayam pun ai, sedia bahan pun ai, cuci pinggan mangkuk pun ai, tetapi hari ini ada Khaida. Khaida masuk dapur sahaja, ai sudah sedia bahan dan mencuci ayam. Khaida minta dan sebut sahaja, ai sediakan semua. alhamdulillah. Impian Khaida hendak masak di dapur ai tertunai sudah. 

Selesai masak kami makan bersama, girang sangat hati ai ada teman makan, seronok makan bertambah-tambah walhal lauknya hanya sup ayam dan sambal kicap. Hendak goreng sayur Khaida kata tak payah, hendak goreng telur Khaida kata tak payah, jadi ai hanya masak nasi dan buat sambal kicap-  ada stok dalam peti. Air minuman Arrizqi sudah sediakan semasa ai cuci ayam tadi. Kita bersyukur dan makan apa yang ada- alhamdulillah. Lepas makan, mengemas dapur dan melepak sambil layan drama Cemburu Seorang Perempuan. Ai tengok hanya dua episod, Khaida lagi la tengok dengan mata separa tertutup lagak cik rimau sudah kekenyangan. Ai suruh dia tidur, boleh pula dia kata sayang nak tidur. Kami membuka cerita satu demi satu cerita, membuka kisah satu demi satu kisah, Khaida- ai dengan dia lebih banyak persamaan sangat memahami antara satu dengan lain.

Jika menonton tv ai perlukan sesuatu untuk dikunyah- kudapan. Menyelongkar dapur berjumpa dengan sebalang cococrunch, haha. Jadilah krup-krap-krup-krap sambil bercerita. Habis drama melayu beralih kepada Kdrama pula, The Great Seer sedang ditayangkan. Wah! cuci mata tengok Lee Min Ho sambil menghabiskan kek oren sempena ulangtahun Auni semalam (nanti kita buka entry lain). Habis dua slice, habis order roti homemade rm22 Khaida mohon untuk pulang, berat hati hendak melepaskan dia balik, ai need fren. Selesai cerita untuk hari ini, ringkas dan rasa sayang banyak sangat.

Selesai berterima kasih antara satu sama lain, Khaida memberi flying kiss dan berlalu, terima kasih Khaida untuk hari ini. Ai appreciate that. Terima kasih kerana masih setia berkawan dengan ai, terima buruk baik ai, terima sengal ai dan tidak pernah berkira dengan ai. Terima kasih, nanti kita lepak lagi k, daaa. Khaida balik meninggalkan seperiuk sup ayam, alhamdulillah!

Sup ayam, makan seorang sekali sahaja. Makan berteman, berkali-kali!

My Khaida.
Main babacak dipintu bank, yang juga melambakkan barang shopping ai depan kaunter bookstore. Gila!

Cari kawan biar macam cermin: Kita sedih dia pun sedih, kita gembira dia pun gembira. Alhamdulillah!
  

2 comments:

Warisan Petani said...

Semoga ukhuwah bertambah erat

ch@ said...

terima kasih, doakan.