Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Aduh speechless betul dengar Speechless by Han Byul, haha. Ai, tidaklah fans Han Byul, saja dengar sambil mengimbau kenangan sepagi bersama dengan Conie Eonni. Eonni tu maksudnya kakak. Eonni sama juga dengan noona, tetapi noona untuk si pemanggilnya lelaki. So sebab ai ni berkawan dengan majority kakak-kakak, jadinya untuk sedikit istimewa ai panggil sahabat yang seorang ini eonni.
Jeles dengan status dia pergi berjogging, ai dengan tidak malunya mohon untuk ikut bersama dengan harapan berjalan santai sahaja sambil melapangkan kepala. Jam telah melewati 7pagi, ai masih lagi melayan tudung yang tidak mahu elok terletak, argh! ini gara-gara pipi naik seperti pau kukus, bila pakai shawlm, lagilah melimpah terus pipi ku ini.
And, macam biasa ai akan ambil dia di tepi jalan, untuk ke tempat yang dia pernah pergi. Ai memang tidak berhasrat untuk berjogging mahu pun berlari, ai hanya hendak habiskan masa dengan dia sahaja, berborak, meluah perasaan, ketawa, menangis. Akibat sudah lama benar tidak menjemputnya ai sampai terlajak dari tempat dia menunggu, melihat kereta yang berhenti bagaikan menunggu dia datang menghampiri.
"eonniiii..." ai menyapa.
"assalamualaikum sya... uri dongsaeng" sambil dia memelukku. Kita jaga kita, insyaaALLAH. Kami sudah bagaikan adik beradik.
"wa'alaikumussalam..." ai memulakan perjalanan sebaik sahaja dia sudah memasuki kereta, syukurnya awal pagi begini kenderaan masih belum banyak di jalanraya. Mungkin hujung minggu, mereka hanya mahu bermalas-malasan di rumah saja, tambahan masih lagi dalam tempoh PKPP. Tidak keluar jika tiada keperluan.
Eonni melepaskan tekanan setelah seminggu berkerja, ai juga melepaskan tekanan setelah seminggu menguruskan hiruk pikuk rumah sebagai suri rumah, ada satu masa ai berasa "penat tengok rumah." Walaupun kerjarumah masih tidak habis, tapi tak apa... kita larikan diri sekejap hirup udara jauh daripada rumah. Kami ke Taman Reakreasi terletak di Bandar Baru. Kali pertama ai memandu ke sini, sebagaimana yang ai beritahu tadi, ai hanya mahu berjalan sahaja. Sambil berbual.
Taman sudah didatangi orang, selesai mengunci pintu dan ai menyarung sweater, kami mulakan perjalanan. Best if pakai jam kira kalori ni, ai berjalan sambil bercerita. Sambil mendengar cerita eonni, sambil saling pujuk memujuk. Yes, sometime we just need to listen. That's all. Habis satu pusingan besar tasik di taman reakreasi, ai ambil peluang untuk berlari atas Sky Walker. Tshirt disebelah dalam sudah mula dibasahi peluh, ai beralih kepada Slimming Turn, nak naik terkehel pinggang ai dibuatnya, tergelak eonni di atas buai. Bila kawasan riadah semakin ramai, kami berangkat pulang.
Lengkap dengan menongkah arah jalan sehala, haha. Akhirnya kami sampai di gerai popular di Kampung Melayu Sg. Buloh ni, kedai makan Che Bunga. Selesai menulis butiran dan menembak suhu badan, kami beratur. Penjarakkan sosial sangat perlu, sambil meneliti menu sambil mencongak hendak beli sarapan atau tidak. Akhirnya ai makan laksam dan teh ais madu kongsi dengan eonni, eonni makan nasi bersama kerutup daging siap dengan kuih muihnya. Terima kasih eonni, selalu pemurah belanja makan. Ai segan betul dengan kawan-kawan yang begini. Sesi bercerita sambil makan pula, menghabiskan masa untuk balik ke rumah.
Sebaik sahaja menghantar eonni, ai singgah membeli nasi lemak untuk mereka di rumah, alhamdulillah. Selesai untuk pagi ini, ai terus menyambung kerja di rumah pula. Begitulah routine. Syukur.
Rezeki tak selalunya datang berbentuk duit, mempunyai sahabat baik pun dikira satu rezeki. Syukur!
No comments:
Post a Comment