Thursday, 2 July 2020

Hari Kelahiran Auni: Kek Oren.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!
Auni, you make me proud seeing you grow up to be a strong, independent and kind.

Pepagi lagi ai sudah meribut menyusun jadual, after 10minutes workout, menyenarai barang dapur serta menyusun kerja sekolah daktiga. Sedikit lega dengan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan bahawa sekolah akan dibuka tidak lama lagi, insyaaAllah everything will be oke- mudah-mudahan. Ai habiskan mengemas dapur. Selesai mandi dan bersiap, selepas 2 rakaat Dhuha ai menjengah Auni, ai nyanyikan lagu ulangtahun dengan nada bising sehingga Adli juga tersadar dan turut bernyanyi dengan mata tertutup. 

Auni ikut ai turun bawah manakala Adli menyambung tidurnya, ai keluar untuk menambah barang dapur. Ikut rancangan, hendak jumpa kakak sebaik sahaja menambah barang dapur, tapi lepas tengok jam ada lagi sejam untuk bertemu dengan kakak, makanya ai balik rumah dahulula, simpan bahan basah dalam peti dan menjengah rumah. Aigoo, tidak mandi lagi anak-anak bertuah ni. Jam 11:15am, ai keluar semula untuk bertemu dengan kakak.

Ai letak kereta sebelah kereta kakak, dia sampai dahulu. Ai sampai ngam-ngam, kakak ni macam magis, kek dia semua sedap belaka. Daktiga sangat suka kek air tangan kakak Zila ni, bakat bakingnya terserlah sungguh, bila kita minat- kita belajar make effort, hasilnya mesti insyaaAllah. Pelanggan tidak berhenti untuk buat pesanan. Semoga kakak dimurahkan rezeki selalu, dan kek kakak terus maju jaya- ini doa, bukan bodek hendak kek extra, no andweih!

Ai curi-curi jengah kek untuk Auni, wow! cantiknya. Tidak sabar hendak sampai rumah, hadiah untuk Auni pun sudah ai siapkan, semoga dia gembira dengan hadiahnya. Sampai di rumah, ai menyinga sebaik sahaja melihat Adli belum lagi mandi, hari sudah menginjak tengah hari, dia dalam bilik air pun ai teriak lagi, Arrizqi sudah pun merengek tidak sabar untuk memotong kek- macam kek dia pula. Arrizqi ni sangat berdisplin orangnya.

Jadi semua persiapan sederhana sudah selesai, marilah kita potong kek. Tuan asben lambat lagi pulangnya, tidak mengapalah kita dahulukan, takkan habis sekali hadap kek ni pun. Selesai potong-potong kek, ai kembali ke dapur untuk mengemas barang-barang dapur tadi, perlu menyiang ikan dan mengemas peti sejuk. 

Mendengar deru enjin motor tuan asben selepas waktu Asar, ai kembali ke dapur untuk masak makan malam, alhamdulillah selesai kisah untuk satu hari pada Julai 2hb, 2020. Selamat hari ulangtahun kelahiran Norerdina Auni.

Kek Oren pilihan Auni.


Usah minta ai menambah ahli lagi ya, ai bersyukur dengan mereka bertiga ni, alhamdulillah!

Tak ingat bila punya menu ni.

1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Sanah helwah anak dara ibu..
Semoga kakak mendapat kebaikan didunia dan akhirat..
Aamiin!!!!!