Thursday, 6 August 2020

Sya2time dengan Khaida dan sambal bilis tumis petai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Lagi, ai macam tidak ada kawan lain je kan? ihiks, tahun 2020 ai memang tidak mencari kawan baru, apatah lagi dalam keadaan pandemik waktu ini, jadi ai berkawan dengan siapa yang kebal dan tahan dengan perangai ai. Sejak entry terakhir hangout dengan Khaida kali lepas, ada dua tiga kali Khaida datang bawa rezeki yang melimpah ruah sehingga tidak termakan demi menemankan ai.

Jadi, Khaida mengajak ai temani dia membeli barang dapur sekolah. Ai yang kebetulan memang free, masak pun sudah makanya setuju untuk ikut sahaja. Sempat ai pelawa dia untuk makan dahulu, ai telah siap nasi lemak dengan sambal bilis tumis petai pagi tadi, sudah bekalkan Arrizqi walaupun yang minta nasi lemak telur larva ialah si Adli. Sepatutnya, sambal bilis tumis petai ni, ai share dengan kakak Zila. Namun rezeki tidak menyebelahi, kakak Zila tidak dapat untuk bertemu dengan ai. Sambal tumis ai kongsi dengan kak Suraya pula, rezeki masing-masing la kan? Sedap atau tidak belakang kira. Kak Su balas dengan snek popia simpul, alahaaai ai tidak minta dibalas pun namun syukur.

Selesai hantar Auni ke sekolah, ai menonton It's Okay Not To Be Okay, Kdrama ni best sangat. Belum sampai setengah Khaida main bell pagar. Ai ajak makan dahulu, dia tidak mahu. Pergi dulu pastu baru lepak, sebabkan dia yang ajak maka ai ikutkan sahaja kehendaknya. Khaida ke rumah pengasuh anak-anaknya dahulu, untuk ambil roti yang ai tempah. Sekali dia turun, kiri kanan roti sudah macam benggali roti gamaknya, haha. Dia lambakkan di tempat duduk belakang kereta.

Kami berbual macam biasa, luah meluah perasaan dan menuju ke SCNeighbourhood tempat untuk membeli barang dapur sekolah. Selesai meletak kereta, menarik troli dan mengisi buku log juga ujian suhu, Shopping Time! Puas ai berfikir apa yang hendak ai beli namun satu pun tidak terlintas dalam kepala otak ai, haha. Macam rasa sengal pula. Agaknya penangan nasi lemak, kepala ai jadi mamai. Tapi masih dapat menerima apa yang diperkata Khaida.

Balik SC, Khaida menuju depan sekolah, hendakkan takoyaki. Ai tidak mahu, dibelikan juga. Balasan sebab ai sudi temankan dia shopping. Tah apa-apa! Dia turun dan terus balik rumah ai, Khaida sudah bising kelaparan. Sebelum turun kereta sempat dia ambil turun tudung beri pada ai. Khaida ialah sahabat yang membawa rezeki, bukan ambil kesempatan, tapiii itulah Khaida. Mulutnya lantang hatinya pemurah. Dia sangat sayangkan sabahat-sahabatnya, ai kenal hampir semua sahabat-sahabat Khaida. 

Masuk rumah Khaida terus ke dapur, ambil pinggan dan mencedok nasi serta lauk, yes... ai sangat suka sahabat yang begini, buatlah seperti Khaida. Ai memang sangat tidak kisah, salah satu sebab ai selesa berkawan dengan Khaida. Ai duduk atas kerusi, dia duduk atas sofa menatang pinggan penuh nasi dan sambal bilis tumis petai. Dengan mulut penuh, ajak ai duduk sama atas sofa~ jap ni rumah siapa sebenarnya ni? 

Khaida mengangkat isyarat bagus tanda sedap, if kaki  bole buat isyarat bagus kaki pun hendak di angkatnya. Alhamdulillah. Menjadi sambal bilis ai dengan resipi Che Nom. Terima kasih Che Nom. Usai Asar, kami keluar bersama untuk mengambil anak memasing pulang dari sekolah, Khaida tinggalkan makanan yang dia beli, aduhaiii. Kadang ai segan juga, tapi hendak buat bagaimana. Khaida mengelak untuk ai membayar semula. 

"Kita give and take la mek! bila dengan aku, if aku ada... aku buat semua. Akukan kerja, kau je kawan aku yang sudi ikut aku heret ke mana-mana."- Khaida.

Habis sehari siang bersama dengan Khaida, terima kasih Khaida.


Tudung from Khaida.

"Ya Allah, kau rahmatilah semua sahabatku dan keluarga mereka. Kau sembuhkanlah sahabat-sahabatku yang sakit. Kami semua lemah dalam mentaati perintahmu, ampunilah kami. Siapalah kami tanpa rahmatmu ya ALLAH."~ Amiiin YRA.

3 comments:

Kakmim said...

Kakmim kawan baru ke lama? hiks

ch@ said...

KakMim kawan blogger, kawan lama, hehe!

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Bukan semua orang berezeki kawan yang baik begini..
Semoga persahabatannya berkekalan hingga ke Jannah ye..
Ce tepek gambar sambal tumis tu sekali.. Terliur kak sha membacanya.. hahaha..