Wednesday, 5 November 2014

Kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Parah, ini betul-betul parah, betul-betul mencabar minda akal namanya namun pembaca sekalian mesti ternanti-nanti entry pada hari ini bukan? saya menaip dengan senyuman paling manis sekali, hahahaaa. Bekas kekasih eh? Oleh kerana sedang mencabar diri untuk 30 days blogs challenge makanya kita perlu deal dengan tanpa mengelat.

Pitams saya macam ni, hahaha. Ok tidak mengapa, mari kita teruskan sahaja dengan penuh berharap suami tidak membaca entry ini, muahaha. Bekas kekasih? Jujurnya, saya tiada bekas kekasih. Sabar-sabar, mari saya ceritakan. Bagi saya, kekasih itu ialah kawan lelaki istimewa yang saling menjaga, saling memahami, saling memikirkan apa akan jadi pada masa akan datang, saling lengkap-melengkapi, saling nasihat-menasihat, saling-saling-saling dan saling. Kekasihkan? Ok, saya tiada itu. 

Jika mereka yang lebih dahulu mengenali diri saya ialah mereka yang berada pada zaman persekolahan lebih dikenali sebagai cinta monyet. Kenapa cinta monyet tidak pula saya tahu, istilah ini memang popular digunakan kan? Kawan lelaki cinta monyet ni adalah beberapa orang, amboi over kan? hahahaaa, tapi kesemua mereka sudah pun berumah tangga dan punya keluarga sendiri. Begitu juga, pada kawan lelaki istimewa masa saya sambung belajar sebelum saya berjumpa dengan suami, dia juga sudah mempunyai dua orang cahaya mata. 

Day 5, 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.

Walaubagaimanapun, untuk memenuhi kriteria entry pada hari ini, saya ingin katakan "move on". Apa yang kita pernah lalui, just jadikan kenangan manis sahaja. Oleh kerana semua sudah berumah tangga maka jagalah keluarga masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Usah di tanya kenapa kita tidak bersama. Kan jodoh itu di tangan Allah?, percaya pada jodoh yang Allah berikan, pasti dia pasangan terbaik buat kita. Tidak kiralah terlalu banyak kekurangannya, terimalah seadanya, manusia mana ada yang sempurna.

Jadikan kenangan manis. Kenangan zaman sebelum berumah tangga ialah kenangan paling manis, kita budak-budak, kita kanak-kanak, kita remaja, kita belia, kita dewasa, semua itu boleh jadikan cerita hebat untuk anak-anak kita nanti. Satu hari nanti, mereka akan lalui apa yang sudah pernah kita lalui walaupun zaman mereka semakin canggih, boleh juga diambil sedikit pengajarannya. Mereka pasti hendak tahu apa yang kita lalui dulu-dulu. Indah bukan?

Saya gembira dengan kehidupan sekarang, sederhana dan biasa-biasa sahaja. Betul, saya bersyukur juga kerana diberi peluang untuk mengenali pelbagai karektor kawan-kawan lelaki sebelum berumah tangga sehingga akhirnya saya memilih yang berani, yang tidak romantik sangat, yang berdikari, yang menyayangi, yang memahami, yang sanggup terima saya seadanya diri saya. Saya masih boleh buat aktiviti yang digemari, saya masih menjadi diri saya sendiri, saya masih buat perkara gila-gila walaupun sudah beranak tiga. Kekasih sehidup semati ialah suami saya, in syaa Allah.

Kesimpulannya, suami saya ialah kekasih paling istimewa sekali dalam hidup saya. Walaupun permulaan perkenalan kami, tidaklah sebaik mana. Kami musuh dalam kelas, hahahaa. Saya pasti pembaca sudah pun mengetahui kisah bagaimana kami berdua bertemu. Disebabkan itu saya benar-benar menggelarkan dia kekasih. Kekasih-suami. Cinta-Auni. Hati-Adli dan Jiwa-Arrizqi.

2004

2014

Ok, done untuk hari ini. By the way, terima kasih sudi baca entry panjang-panjang bloghijau ini, entahlah saya pun hendak taip sedikit sahaja namun ayat yang keluar tetaplah menjadi panjang berjela. Saya berhenti di sini dahulu ye, jumpa entry esok. In shaa Allah. Salam sayang, daaa...

6 comments:

Salina@IbuAqil said...

Yg kita miliki kini yg terbaik..
Semoga ia selamanya sentiasa disisi..
Aamiin!!
Muahxxxxx kat cha & anak2..

Unknown said...

hai....samalah kita punya anak askar..tapi saya lebih seorang..ada empat askar..sweet cerita awak ni...heheheh..

eima said...

semoga hubungan suami isteri korg hingga ke jannah ch@

LYAfrina said...

haha..suka ayat cha..
Move On... betula la..what past is past... apa y kita miliki harini adalah y terbaik utk kita.. y penting kt happy dgn keserderhanaan y kita miliki ni kan.. kan..

Masya said...

semalam adalah sejarah, semalam adalah memori, semalam adalah kenangan, hari ini tetap hari ini ... yang akan datang adalah harapan .. move on ... moga cha kekal bahagia .. percaya dan redha apa yg allah tetapkan itu ... pasti pelangi hingga hujung nyawa ...

ch@ said...

ibu Aqil: in shaa Allah, terima kasih doa ibu tu. muaaah tuk ibu dgn abang. rindula.

Syamsidar Lamat: eh, tak sama la tu. sy tiga awak empat. hehe. terima kasih sudi baca cerita kita ye awak.

sisYana, Eima: terima kasih, i'm so touch. sobs! best quote tu sis Yana.

Lya: mudah-mudahan bahagia milik kita, bersederhana.