Tuesday, 4 November 2014

Buku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah saya katakan, saya suka membaca. Tidak kisah apa bahan sekalipun semua akan saya baca, my mom pernah kata, masa kecil dahulu saya membaca tidak kira tempat, paling suka sekali apabila pulang ke rumah nenek. Disebabkan saya suka benar tidur apabila menjadi penumpang kereta papa makanya rutin sebelum mata lelap ialah membaca papan tanda di sepanjang perjalanan. Papan tanda sepanjang lebuh raya, papan tanda iklan dan juga papan tanda kedai. Kesukaan itu membuatkan saya lebih gemar memilih jalan-jalan kampung atau jalan-jalan lama berbanding lebuh raya.

Saya tidak boleh membaca dalam kereta, entahlah. Bukan takat membaca malah buat kerja lebih sikit tunduk bangun-tunduk bangun-tunduk bangun pun lekas sahaja sakit kepala atau pening datang. Mulala nampak bintang-bintang pusing kepala then ting tong, tidur, hehe.

Jadi, tidak hairanlah rumah saya terdapat pelbagai koleksi bahan bacaan. Suami saya juga seorang pembaca walaupun membaca komik, muahaha. Selain daripada novel sebagai bahan bacaan wantu senggang saya, buku yang paling saya suka ialah diari bertulis.

Day 4, buku kegemaran anda.

Lapuk? hrmmm tidaklah. Bagi saya, diari bertulis merupakan satu perkara paling best. Kategori buku jugakan? boleh je la. 

Saya mula menulis diari sejak daripada sekolah rendah lagi, sila percaya. Akibat kegemaran yang satu ini, adik saya menggelarkan saya puteri kembang cina. Memang spontan sahaja dia bagi gelaran khas itu untuk kakaknya berikutan saya suka duduk memerap dalam bilik, berangan, membaca novel, membuat art kertas dan menulis diari. Oh! ya, saya juga gemar menulis cerpen pendek, hahaaa. Eh? kenapa gelak eh? kelakar bukan? betul, saya menulis cerita saya sendiri pada buku latihan sekolah yang tidak digunakan lagi. Kuat berangan sungguh.

Berbalik pada diari tadi, saya akan mencatat segala yang berlaku dalam satu hari, peristiwa yang kelakar, gembira, sedih, memalukan, suka gila-gila, dan sesi meluah perasaan. Termasuklah, geram, sakit hati, dengki, menyampah, bosan terhadap seseorang dalam diari yang saban tahun bertukar nama gelarannya. Papa ialah seorang yang pemurah dengan diari. Setiap tahun dia akan beri satu daripada diarinya kepada saya untuk saya memuatkan vocabulary yang saya pelajari hari-hari. 

Betul saya ingkar dengan arahan, diari vocabulary pada awalnya sahaja, masuk part perut diari ianya sudah bertukar menjadi cerita panjang peribadi, muahaha. Diari saya berubah apabila berumah tangga, disebabkan cuak dengan istilah terkantoi, diari bertukar menjadi buku nota yang akan saya bawa ke mana jua saya pergi. Betul, saya masuk dalam handbag. Isi dalamnya juga berubah kepada penggunaan ayat yang pendek-pendek, isi penting dan paling banyak ialah gambar. Saya lebih kepada melukis pelbagai bentuk emosi, lebih banyak kartun, lebih banyak huruf blok yang di besarkan, lebih banyak warna. Pernah sekali seorang teman pejabat mencari pensel warna dan dia terkejut kenapa saya ada pensel warna dalam handbag, hehe.

Apabila saya bergelar pengurus rumah tangga, isi diari berubah lagi. Selain menyatakan emosi, ianya boleh menjadi penyata akaun keluarga, menjadi tempat nota pesanan kawan-kawan yang inginkan art kertas, menjadi tempat pesanan pembelian tupperware dan juga boleh menjadi apa sahaja yang saya inginkan, hahaa.

Gambar fail, saya sudah pernah buat entry tentang diari peribadi.


Ini ialah diari saya sepanjang tahun 2014, ehsan daripada adik saya. Lusuh sangat dah. Well, sekarang pun sudah akhir tahun. Cemburu dengan mereka-mereka yang rajin DIY diari, saya berazam untuk DIY diari saya juga, disebabkan isinya bukan lagi cerita peribadi maka ianya bergelar buku nota.

Memperkenalkan buku nota DIY kegemaran saya pada tahun 2015, taaa...daaa. Colourful uols. Belum habis touch-up lagi berikutan kesuntukan waktu. Busy gamaknya.


Oklah, sekian sahaja cerita saya pada hari ini, Jumpa entry esok hari, Daaa...

8 comments:

Jue said...

cha...
banyak jugak persamaan kita..
gemar membaca...
baca singboard kat jalan raya
suka menulis dan menconteng
cuma akak tak pandai art ...
hahhahahahah

Whitey Mommy said...

Minat kita sama cha..:)
sama.. dan sama..:P
cuma part diary tu kita minat..
tapi disebab kan pernah terkantoi masa darjah 6 dan tingkatan 1
masa darjah 6 terkantoi perbuatan nakal masa tu. huhu memang langsung kena marah.
masa tingkatan 1.
member baik sendiri baca, kebetulan kami suka lelaki yang sama. hahaha..
kantoi habis lah jawabnya...
lepas pada tu nekad tak mau dah buat2 diari.
tapi tengok drama macam best je kan,
apa yang sedih tak puas hati tulis dalam diari,
kemudian suami ke kekasih hati baca bila dah bawa diri (biasa dalam novel atau drama) hahaha..

cha kreatif..:) kita tak sekreatif tu bila dengan kertas..
tapi kita suka kertas juga..:P
suka naw beli buku kosong then simpan,
kekonon nak lekat gambar, nak tulis itu nak tulis ini.
tapi tak menjadi pun, last2 jadi buku contengan dak khalis.

eima said...

ko ni mmg unik la ch@ ...aku sikit pun tak sama cam ko ..kecuali pening dlm keta tu ... hahahha

org yg suka membaca ni byk ilmu tau ...

Qider said...

Samalah kita, saya suka membaca dan suka sangat menulis..dulu2 tulis diari dalam bahasa inggeris sebab taknak adik2 baca..

Sekarang dah tak rajin menulis diari..

LYAfrina said...

so sweet.. suka baca kisah cha ni..kalo kumpul2 semua diari mesti blh wak novel ni. lya dulu pnh gak tulis diari..tp xlama.. bila baca semula, rasa malu..terus bakar.. haha

apa2 pon sha mmg seorg y sgt berseni n kretip.. i like.. selalu nk jd org seni2 cam chA ni.. tp.. tgn x berseni.. hehe

ch@ said...

kak Jue: alahai kalau jiwa art kak, apa yg akak buat tu la jadi art, art ni meluas sgt. bila jiwa art la, bila jiwa tak art tak nmpk la apa yg seninya. phm dak ni? bedal sajala labu...hehe

Sha WM: byk kali gak kantoi diary, ada buruk dan baiknya bila terkantoi ni, tapi more keburukanla lagi2 terkantoi dgn org yg dinyatakan dlm diary tu kan...beli buku kosong pun bermanfaat juga tu sha, bg khalis.

Eima: ko mmg kelakar la Manja. Pening dlm kereta tu je yg sama? letih aku taip ayat pepanjang. haha.

Qider: wah, diari speaking London eh, haha. adik kita pun sama baya, lagi teror BI dia. tulis BM sajalah.

LYA: hahaha, kita bakar diari 5 tahun skali. So diari zmn sekolah rendah mmg takde da la.

Apa yg Lya buat tu la, seni pada kita yg tgk ni. Seni tu takde yg betul2 perfect.

Masya said...

eh² napa dalam entry banyak yg kita sama yer ... tp biarlah yg sama itu kt jer yg tahu kuikuikuikui .. kebetulan agaknya ... tp ada jgk persamaan itu telah ku tinggalkan eh² .. kantoi sudah slh satu persamaan.

ch@ said...

sis Yana: hahahaaa, kena check bintang kelahiran ni takpun kot la sama. hihiii. tak apa sama pun apasalahnya. kebetulan.