Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Rasanya pembaca mesti hendak tahu blog siapa yang paling saya suka baca bukan? Senarai teratas blog pilihan saya ialah sudah semestinya, sila perhatikan side bar, siapa yang rajin update? itula yang saya suka baca. Apa? tertipu? hehehe, sabar-sabar. Antara mereka-mereka yang empunya blog di senarai bloglist saya ialah mereka-mereka yang pernah bercerita tentang saya dalam blog mereka sendiri. Apa? Poyo? tidak kisahlah, sebagai tanda menghargai mereka, saya listkan blog mereka istimewa di bloglist hijaucantik.blogspot.com
Istimewa juga, mereka di bloglist itu adalah kawan-kawan awal saya aktif dengan blog dan ada di antara mereka yang pernah bertentang mata dengan saya. Berkenalan di alam maya, berjumpa di alam realiti. Saya suka baca kisah-kisah mereka, mereka rajin berkongsi harga hotel, resipi, tips rumah tangga, tips jaga anak, cerita-cerita lucu, idea-idea bernas tentang apa yang saya tidak pernah terfikir langsung. Ada yang saya tinggal komen, ada yang baca sahaja. Ada yang saya ambil pengajarannya. Dan hobi saya bila membaca blog orang lain ialah menelek apa sahaja yang ada di page tersebut, hehe. Saje.
Habis saya mengerah mata berkerja, time for eye rest, cuci mata. Oh! say no for shopping online (sebab saya sudah punya kedai online kesukaan sendiri), saya cuci mata di page art otai-otai. Mari saya kongsikan 5 terbaik yang saya suka.
Sifu seni Quilling saya Lin Handmade Greetings Card merupakan blog pertama yang saya terpikat dengan seni Quilling. Dan saya telah membeli 4 batang Sloted Quilling Tools dengan kakLin, muahaha.
Saya sangat bercita-cita untuk menjadi seperti Miyyah@Kertas dalam mereka bentuk quilling. Entahlah, jauh benar lagi pelajaran dan pembelajaran saya. Saya rujuk blog ini apabila pertama kali saya membuat quilling typography.
Saya juga berangan untuk membuat buku tetamu, entah bagaimana mahu hasilkan buku tetamu, belum lagi habis saya mengkaji blog Simple Rhyme. Lembutnya tangan dia, mencabar. Saya berjaya buat muka depan sahaja, itupun separa hendak menangis give up. Adeih!
Disebabkan suka sangat dengan kertas, pen dan barang art yang cecomel, kebanyakan barang-barang art, saya dapatkan di blog Crafty Diva's, kakAziha sangat membantu, dan saya suka beli pada ketika dia rajin buat sale, hahahaa.
Oleh kerana sudah suka dengan kertas makanya, makanya blog kegemaran saya yang terakhir ialah HOBBIES ART. Tertipu lagi? Eh, tidaklah. Betul, saya suka tengok dan buat rujukan balik semula pada hasil art yang sebelum-sebelum-sebelum ini. Kan saya sudah kata, art saya limited edition, ikut permintaan atau pun tidak pernah sama dengan sebelum-sebelumnya walaupun kena buat yang sama, ia tetap jadi tidak sama. Sebab itu la saya kumpulkan di blogoren. Ia sebahagian daripada kenangan saya juga sebenarnya.
Dulu limited art, sekarang HOBBIES ART.
Inilah Sloted Quilling Tools. Yang ni sudah patah.
Quiling typography.
Ikut suka-suka je bentuk tulisan tu kan...
Muka depan sahaja, buku tetamu.
Mini shredder daripada kedai kakAziha. Comeykan?
Koleksi saya.
Saya juga suka explore blog yang lebih ke arah seni kertas, buat kad ucapan, buat frame, buat fridge magnet, bla-bla-bla... menjahit bukan kelebihan saya, memasak-saya sedang berusaha kuat. Bercucuk tanam-bolehla, hehe.
Kan sudah saya katakan saya suka membaca, jadi jangan rasa menyampah dengan saya bila saya tidak blogwalk, jangan rasa saya bajet retis sampai tidak sudi membalas lawatan. Bukan begitu, saya peruntukkan masa berhadapan dengan komputer hanya tiga jam. Sejam setengah pagi dan sejam setengah malam. Itupun, jika suami dan anak-anak membantu menjaga diri memasing. Jika tidak, berhabuk bersawangla semuanya kerana saya menguruskan mereka dahulu. Biane.
Terkejut saya lihat bilangan entry bulan ini. Syabas Syasya, November yang rajin, hehehe. Sekian sahaja untuk hari ini, diharapkan pembaca masih larat untuk membaca entry akan datang. Salam sayang muah ciket....
6 comments:
aku kagum ngan ko ... hebat betui la yang oi ..
bkn senang ko nk buat mendi kena ade kesabaran tinggi kot
Sika jgk tgk art dgn craft ni. Kdg2 nk buat tp mcm x berapa nk rajin plk. Acane tu? Dulu rajin jgk buat felt. Lps tu berhenti sbb alah. Azfar la xnak ibunya sbk2 buat craft. Nak start blk tu la mcm mkn ms je. Sabo je la.
Eima: ihihi, sebab suka2 je. dah memang aku suka, ok je. thanks sebab mengkagumi aku, ko hebat juga dlm bidang lain yg aku tak hebat.
kak Sal: hahaha, akak busy hal lain. takpela.
cha antara kawan blogger yg k.eija kenal masa awal² berblog, x sangka dapat berkawan sampai skrg :)
iye lah bln ni rajin cha buat n3, k.eija blog skrg mmg kelaut..
suka tgk hasil kreatif cha ni..
blog kita bkn kegemaran.. sbb merapu jer.. mmg xde art dlm tu huhuhuhu
kakEija dan sisYana: anda berdua adalah pembaca bloghijau yg paling kita sukai. sgt rajin berkongsi pendapat dan komen. khamsakhamnida.
Post a Comment