Wednesday, 18 June 2014

Kawan, sahabat, dan rakan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tiba-tiba aku terbangun daripada lena yang panjang (pembuka kata yang sangat poyo kan....!) sebab macam sudah lama benar tidak update blog ini, kekeke.

Hari ini, bila ada telefon pintar cerdik semuanya pun boleh terjadi, bila sudah ada telefon pintar segalanya boleh terjadi dengan adanya pelbagai jenis aplikasi yang boleh dimuat turun, mendatangkan kebaikan apabila digunakan dengan betul dan mendatangkan petaka apabila disalahgunakan. Salah satu kebaikan dengan adanya telefon pintar ini apabila ianya menjadi medium penting dalam menjaga, membaikpulih, meng'erat'kan perhubungan antara kawan-kawan, sahabat-sahabat dan rakan-rakan, kali ini aku fokus kepada kawan sekolah.

Walaupun aku seorang pengurus rumah tangga, aku juga mempunyai telefon pintar, walaupun aku tidak gunakan kepintarannya secara menyeluruh, namun dapat juga aku berita, info, nota daripada kawan lama. Tahu perkembangan mereka, tahu perkerjaan mereka, tahu mereka di mana mereka berada-kebanyakannya berada di sekitar Johor Bahru. Pabila aku bosan, aku suka sahaja membaca apa yang mereka repekkan di salah satu aplikasi telefon pintar, whatsapp. Sememangnya, mereka gila-gila.

Kenang kembali pada masa ketika bersekolah dahulu, kami bukannya saling peramah di antara satu sama lain, kami tidak bercakap atau bersua muka, kami berpuak-puak, malah ada juga yang saling tidak mengenali namun, bila sudah berada di tengah perbualan whatsapp kami beranggapan kami masih lagi berada di sekolah. Jujurnya aku cemburu juga, mereka masih lagi saling berjumpa dan berkumpul tetapi apa boleh aku buat, dengan cemburu yang sedikit itu aku dapat juga menyembunyikan sedikit tentang aku yang bukan siapa-siapa ini. Aku segan.

Aku tergelak seorang apabila melihat notification whatsapp mencecah sehingga 1k atau 1k++, semuanya daripada group yang kekal namanya X-STH 1997-2001 ianya akan berubah menjadi tajuk topik yang sedang hangat diperbincangkan. Biasalah, perbincangan dengan 40-50 orang ahlinya, ada yang suka mengusik, ada yang suka fikir ringkas-ringkas sahaja, ada yang serius, ada yang diam membaca sahaja, ada yang menyampuk luar topik, ada yang menyampuk sekejap-sekejap, ada yang taip shortform langsung tidak difahami, ada yang taip karangan, pelbagai variasi. Selepas tu mulala ada rungutan, bateri lekas kong, kena standby bateri kontenala, bekho la, manalah aku tidak gelak seorang bila membacanya semula.

Mereka masih sporting, sempoi, gila-gila, ada masa serius, ada masa santai-santai, ada masa mereka pentingkan diri sendiri juga, hahaa. Well, siapa pun mereka, mereka masih lagi mengambil tahu, mengambil berat antara satu dengan yang lain. Aku juga berterima kasih kepada Azrina selaku admin yang mengadakan kumpulan whatsapp bekas Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab. Mudah sangat untuk membuat sebarang perbincangan, mengadakan pertemuan, mengumpulkan apa-apa dana, membuat jualan langsung atau menanyakan soalan-soalan yang diluar jangkaan fikiran.

Semoga, dengan adanya aplikasi whatsapp ini, hubungan antara kami akan terus terjalin. Kami buddy, takkan terpisah, gittu. Semoga, kami semua masih saling berhubung pada masa akan datang, inshaaAllah. Semoga kalian yang membaca entry ini mendapat sedikit manfaat, inshaaALLAH.

Sebenarnya, dengan ketidakaktifnya aku dengan akaun FB, aku masih mempunyai Messenger di mana kawan-kawan FB masih bleh berhubung, akaun Instagram juga ada kebanyakkan isinya ialah untuk Hobbies Art dan aku ada juga WeChat kerana, aku suka juga menulis di ruangan moments, menulis tentang pesanan-pesanan indah untuk tatapan kawan-kawan (bajet macam blogger haibat jap).

Baiklah, kesimpulan daripada entry hari ini, gunakanlah medium sosial berteknologi dengan sebaik yang mungkin kerana ianya banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Jom layan gambar yang langsung tiada muka aku, hahaa. Aku sudah terasa antisosial pula namun, aku tumpang gembira dengan mereka semua.

Azrina, admin WhatsApp Group X-STH 1997-2001 baru sahaja mendirikan rumah tangga. 
Man atau Pak Tua, yang sentiasa perihatin dengan apa jua permintaan kawan-kawan.

Dekat di mata dekat di hati. Walaupun sudah punya kehidupan masing-masing mereka masih lagi meluangkan masa bersama-sama. Proud to them.  

Dahulu, mereka berada di kelas yang berlainan. Sekarang, mereka duduk di satu meja yang sama.
Ita, Yot, Pudin, Zul, Nana, Siti, Amoi dan Lemi.

 Anak salah seorang kawan aku juga, bapanya bernama Razif atau Ajib ialah yang suka mengusik, suka bercerita hal yang melebihi jangkaan fikiran. Punya pemikiran pelik, hahaha. Kawan aku belajar Biologi.

Imam dan Hasdi (baju hitam), kenapa panggilnya Imam? kerana namanya Asyaari. Dua orang ini kawan baik, katanya BFF. Imam baru sahaja bergelar bapa, tahniah Imam. Kekonon, majlis penyerahan hadiah hasil sumbangan kawan-kawan lain. Wakil.

Zamalul Khair atau Karim, kedudukan tengah. Sekarang sudah pun berada di Malaysia dan aku harap dia terus tinggal di tanah air. Sebelum ini, dia berkerja di Iraq, naik meremang bulu roma, bila dia post gambar kawasan kena bom 200m daripada tempat dia berada. Huih! Dahulu, aku tidak bercakap sangat pun dengan dia. Tiada topik yang boleh disangkut paut untuk aku bercakap dengan dia. Mr Arrogant. Sekarang, bila di whatsapp dia antara yang bermulut pedih. Terasa sipi-sipi je bila dia mengutarakan pendapat-pendapatnya namun aku sudah tidak kisah pun.

Zalina Oh atau Amoi, kawan aku berlari di padang. Kami jaguh rumah tuah (merah) walaupun tidak berapa hendak jaguh sangat. Sangat lantang bersuara, kelakar, gila-gila dan sangat sporting bila diusik kawan-kawan lain. Sikapnya kekal dahulu sehingga sekarang.

Pak Tua atau Man, kadang dia lurus-kadang dia blur tapi aku tahu dia sayangkan kawan-kawannya. Dia sangat kuat berusaha.

Pudin atau Saripudin, paling aku ingat tentang dia apabila di belakang pentas asrama dia berkata, "kau senyum macam Mickey Mouse". Cis! Aku tidak begitu kenal rapat dengan dia tetapi aku tahu dia sangat baik hati.

See? orang yang sama lagi, hahaa. Jujurnya aku sangat cemburu bila mereka ketemuan. Kenapalah aku nun jauh tercampak namun aku tahu di sebalik kejadian pasti ada hikmahnya. Aku lebih suka begini, pencilkan diri, sampaikan pernah sahabat baik aku Farhan beranggapan aku sombong selepas kami bertemu untuk kali yang pertama sebaik sahaja habis sekolah.

Majlis kawin Anep. [klik untuk baca].
Majlis kawin adik Anep. [klik untuk baca].
Majlis kawin Farhan. [klik untuk baca].
Majlis berbuka puasa 2010 [klik untuk baca].
Majlis ringkas makan-makan. [klik untuk baca].
Alfatihah Arwah Ahmad Sapix [klik untuk baca].

Ok, terima kasih kepada semua yang sudi membaca, ihihi. Cukup sampai sini dahulu, time for Korea...daa. Minta maaf, pada kalian yang menanti entry pada setiap kali Rabu (macam ada), akhir-akhir ini aku berasakan aku mahu tinggal dalam sebuah rumah, yang ada kolam renang, yang ada sebuah taman. Indahnya.

8 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Hai chaaa......! Akak pun dh kian jauh rasanya dgn dunia blog..hu..

Indahnya, masih buhubung dgn kwn sekolah, siap ada group... akak tak ramai yg masih dpt dihubungi..huu..

Memang teknologi skrg mendekatkan dn mengeratkan kita, tapi kdg tu, yg tak sependapat boleh menjauhkan pula silaturrahim..herm... bila bergroup, mind kena terbuka dan ingat bhw tak semua org sependapat dgn kita, kalau sesuatu yg kita tak blh terima, jgn menyampuk, baik diam saja.. pengalaman sndiri dgn group..mcm2 group... ada yg buat org kecik ati, pd yg menulis tak terasa apa, yg dituju terlebi2 ambil serius dan berkecil hati... group yg umur lain2, jantina lain2.. boleh la terjadi kes2 macam ni... apapun kena beringat time send sesuatu msg/words di group, n better diam dr menyampuk klau rasa ianya tak sependapat dgn kita.. pd akk la.. :-)

Upss terpnjg la komen..hihi.. daa cha :-)

syawalsimpsons said...

SERONOK KO MEK JUMPE KENGKAWAN LAMA YE

Serai said...

Hihihihihi tengs Syasya...nama Aku dicitu..
Azrina .

eija_sweetmama said...

betul tu byk pro n cont. nye sosial network ni, yg penting kalau digunakan ke arah yg betul, betul la dia, kalau dah niat ke lain tu, itu yg dtg masalahnya..

srnok bila ikatan persahabatan masih kekal terjalin, k.eija ada gak group wasap ni tp group wassap office je yg aktif, group ex school x berapa nak aktif..huhu

Masya said...

takpalah cha.. biar jauh dimata dekat dihati .. kan.. kan ... yg penting dgn teknologi ni kt msh blh tahu perkembangan antara satu sama lain ...

moh ler beli kolam air yang besar tu pam .. boleh mandi anak bernak kat laman rumah hihihihi .... ke cha teringin nak taman/laman buat kolam ikan kikikiki ... syok jugak tu ...

nad said...

setuju dgn kak eina..

moga persahabatan terus kekal selamanya..
akak pun segan klu ada reunion camni
ye la, kita kan bukan siapa2 huhu

eima said...

bgs nye ko .. klu sebuk ngan hal keluarga sendrik saje hal kawan2 dah lama timggal .... kadang tu slalu terserempak tp nama pun aku lupa so sbb malu nk menegur buat tatahu saje .... dasar betui la

ch@ said...

kakIeyna: btl2 sy setuju, sbb smua org perangainya tidak sama. kebetulan group sekolah ni mmg utk hanya yg sebaya shj. group yg tak sama umur sgt kena jaga tingkah kata.

sue: aku tak jmpa pun, ini gmbr dorg yg biasa2 jmpa. aku tercampak kat sg buloh ni ha.

serai: no problem reen.

kakEija: setuju dgn pendapat kakEija.

sisYana: btl2, pokoknya bila kita sudah join kita kena tabah dan kuat dgn apa saja kata nista.

kolam air tu da selamat kena torek ngn kids, berangan nak lanskap camtu ler, tapiii laman smua dah batu takde nak tanam rumput. suami ada juga tgk yg mcm air terjun tu.

kakNad: kita bukan siapa2. tapi syukurnya dorang tidak kisah pun. malah lagi teruja hendak tahu apa rahsia kita masih mcm masa seklah dulu. kita antara kawan2 yg masih kekal sama.

eima: kalau terserempak, kebiasaanya, aku tegur bila aku kenal tetapi ada yg aku tak kenal dorang yg kenal aku. katanya, satu sekolah kenal aku. adeih!