Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam pada aku mengelamun, pandangan aku terlontar ke luar tingkap ruang depan rumah, pemandangan tenang kawasan perkuburan. Ye, di bawah rumah aku ialah kubur. Tiba-tiba fikiran aku teringat kepada seseorang. Kisahnya ada aku simpan di notepad yahoo daripada tahun 2004 sehingga sekarang masih belum delete. Pantas, notepad itu aku buka semula.
Terasa diri aku terpanggil-panggil untuk kenangkan sekalian memori lama ini, sebelum itu ingin aku nyatakan bahawa entry ini sangat panjang. Siapa yang terasa bosan, boleh la baca sekerat ataupun pandai-pandailah berdikari. Heheee. Shoot!!!
Dia ialah seorang kawan yang sangat-sangat-sangat rapat. Berkenalan daripada tadika sampai aku habis sekolah, dialah sahabat karib dan sahabat paling tip-top yang pernah ada dalam hidup aku. Tiada siapa yang boleh gantikan dirinya. Jika ada sekalipun ia tidak setanding jalinan persahabatan yang kami jalinkan. Betapa dia sayang aku dan aku sayang dia, dialah Ahmad Sapix bin Sakimin. Sahabat aku sampai mati.
Hye man, aku harap kau berada bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau tahu aku dah bertunang sekarang, tidak kesampai hajat kau untuk berjumpa buah hati aku kan? Anyway, dia tidak terlalu banyak beza dengan kau. Renungan mata helangnya sama dengan kau, cuma bulu mata dia panjang dan lentik, kau tiada aset tu. Memanglah kalau betul-betul sama seperti kau, aku tak akan pilih dia sebagai teman hidup. Aku tak mahu dia sama dengan kau, buat aku asyik teringat akan kau je nanti.
Aku tahu, kau memang tak boleh berpisah dengan aku, daripada tadika sampai habis tingkatan lima kau asyik ikut aku. Masihkah kau ingat? Darjah satu, 1991.Sekolah Kebangsaan Bandar Easter. Cikgu Ahmad Kasim mengorat aku. Suka betul suruh aku picit kepala dia, benci. Tapi kita tak kenal lagi masa tu, kau-kau aku-aku. Macam mana kita boleh kenal, aku pun tidak dapat ingat. Kenangan pada tahun tersebut, naik rehat lambat, gara-gara tak dengar bunyi loceng. Kebetulan, hari itu ialah exam. Dengan muka selamba kita masuk kelas, duduk dan jawab exam dalam masa yang singkat. Bila result keluar kita dapat 100% markah. Amazing rite? darjah 1 Melur.
Naik darjah 2, 1992. Kelas 2 Melur sekolah sama. Kau ejek aku sebab aku tak ada gigi, jahat tau. Kita dilantik jadi pengawas sekolah. Sibuk betul kau ni. Di sekolah, belajarnya sikit je bila ada waktu senggang kita main timbang ceper, batu seremban dan lawan pemadam. Masuk pertandingan mewarna paling selalu, tapi dua-dua selalu menang menyertai sahaja. Yang paling aku ingat kau ni raja interframe, pantang nampak kamera kat situ jugalah kau menyelah. Balik-balik kau dengan trademark peace kau tu.
Darjah 3, kita makin aktif dan nakal, sama-sama naik tocang, maklumlah dah mula nak serasi. Kaulah paling tidak malu, main teng-teng, main lompat getah, main buaya-buaya yang semuanya budak perempuan, tiba-tiba ada engkau seorang lelaki di khalayak perempuan-perempuan tersebut. Kau memang pandai ambil hati budak perempuan sebab tu semuanya pun terpikat pada kau. Aku dapat tengok skill kau main lompat getah, aku tak main. Main pun kat sekolah agama jer, tersorok daripada orang. Dataran sekolah sudah macam acara sukan gamaknya, semua kelas ada lawan lompat getah, dan kau plak semua tempat pun kau joint, sampaikan sir Norazrin yang ajar kita BI tu gelakkan kau, bukan kau peduli pun, yang penting kau nak main. Main je la kerja kau time tu.
Kau ialah sahabat sehidup semati dengan aku. Apa tidaknya, kau sanggup menanggung amarah bebelan sir Norazrin tu, padan muka kau. Tebal tak rasa telinga apabila dengar lelaki paling handsome di sekolah tu naik marah. Siapa suruh pukul aku dengan kayu bangku? kau ingat aku ni bahan ujikaji? Sakit tau tak? takut gak kau aku nangis ye, memang aku dah nangis pun. Siapa suruh cari fasal dengan aku, back-up besar tau.
Dan lagi aku nak berterima kasih dengan kau fasal kes tak bawa buku tu. Salah aku sebab tak bawa buku, akan tetapi kau yang nak sama-sama kena marah ngan sir handsome tu, apa boleh aku buat. Sanggup kau kan? Padahal yang tidak membawa buku ialah aku, tapi kau takut aku menangis kena marah jadi, kau sama-sama kata tidak bawa buku, padahal buku kau memang ada. Cayalah kawan! Tapi sir tu tak marah kita pun kan? Mestilah sebab kita rajin buat kerja sekolah dia, selalu dapat GOOD. Biasanya papa dan mama aku yang buatkan kerja rumah dan kau tukang tiru tekap je, tu je la skill yang kau pandai. Tapi aku suka!
Darjah 4 Cempaka, still di sekolah yang sama sesi pagi pula. Erm, jadi budak besar sikit. Terpilih masuk kelas express atau kelas pandai. Entah siapa-siapa yang masuk kelas tu. Muka masing-masing skema, kita? buat-buat pandai. Subjek paling diminati darjah 4 adalah lukisan, kita sama-sama melukis lukisan daripada titisan minyak lilin, macam lampu disko jadinya cantik. Hasil kerjasama kita berdua lukisan tu dapat A++. Satu lukisan lagi apa yer nak panggil lukisan tu, daripada water colour, percikkan atas drawing paper then tiup dengan straw, memang sempoi. Aku tukang percik kau tukang tiup habis keluar air liur kau, hahahahaha pengotor, sampai kena gelak dgn cikgu Raihan yang ajar lukisan tu. Tapi hasilnya lukisan tu dapat A++ juga, kita memang kreatif bab seni tapi pelajaran lain, alakadar je.
Sekolah yang sama darjah 5 Cempaka, dah pun besar. Masing-masing terbit rasa segan, tapi bagi kita umur bukannya apa, perangai tetap nakal, main rebut tiang, pepsi cola, dan detik paling best masa kena buat sajak ibu, pelajaran BM. Punyalah nak cari ilham cikgu Amiludin beri kita keluar daripada kelas, kau punya nak cari ilham pokok sena di belakang kelas kau panjat. Mana aku tahan tengok kau panjat, aku nak juga bertenggek atas tu, so dengan muka tidak malunya aku pun panjat, dengan baju kurung biru, pengawas lagi, kau? hanya tersengih pandang tanpa rasa percaya. Akhirnya sajak ibu dapat dihasilkan dengan baik. Thanks! kita selalu buli kawan kita, mentanglah Norezwan tu pelembut, kau dan aku tidak teragak-agak untuk mengerah dia ke kantin membeli makanan waktu rehat kita. Hahaha.
Dalam kelas kita duduk berkumpulan 6 hingga 8 orang dan kumpulan kita satu-satunya kumpulan yang ada perempuan dan lelaki berbanding kumpulan lain hanya ada satu jantina sahaja. Akibat percampuran ini jugalah, timbul satu perasaan lain macam antara kita. Kau mendekatkan diri pada aku, kebaikan kau, sering jadi tarikan pada aku, akhirnya kita jadi pasangan. Ia bermula sebaik sahaja kau dapat tali leher pengawas, kau ajar aku macam mana hendak mengikatnya, tanpa sedar kau jatuh hati dengan aku. Monkey love. Akhirnya hubungan yang tidak sampai sebulan berakhir dengan ikatan persahabatan juga, kau kata kita hanya boleh jadi sahabat sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu tambah-tambah kau sudah mula buka mata bahawa, ramai yang mengintai aku, choiii!.
Dalam kelas kita duduk berkumpulan 6 hingga 8 orang dan kumpulan kita satu-satunya kumpulan yang ada perempuan dan lelaki berbanding kumpulan lain hanya ada satu jantina sahaja. Akibat percampuran ini jugalah, timbul satu perasaan lain macam antara kita. Kau mendekatkan diri pada aku, kebaikan kau, sering jadi tarikan pada aku, akhirnya kita jadi pasangan. Ia bermula sebaik sahaja kau dapat tali leher pengawas, kau ajar aku macam mana hendak mengikatnya, tanpa sedar kau jatuh hati dengan aku. Monkey love. Akhirnya hubungan yang tidak sampai sebulan berakhir dengan ikatan persahabatan juga, kau kata kita hanya boleh jadi sahabat sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu tambah-tambah kau sudah mula buka mata bahawa, ramai yang mengintai aku, choiii!.
Tapi, masa kita couple sekejap tu sempat juga aku merasa manisnya apabila di suruh meniup rekoder oleh cikgu Salahuddin, tidak padan dengan kecik cikgu tu garang gila, aku dikata aweknya, ces! tidak sedar dia lebih rendah daripada aku. Nyata, aku takut juga dengan dia. Dah gila, mahu aku tiup rekoder sesorang? bukan aku pandai, pandai tapi aku cuak, akhirnya kau juga yang teman aku, aku masih ingat senyuman manis dan renungan tajam kau tu sebaik sahaja kita habiskan lagu nelayan tangkap ikan. Tapi nyatanya semua orang puas hati. Walaupun paper muzik kita macam pelajaran lain, alakadar.
Darjah 6, sekolah dan kelas yang sama tetapi terasa sedikit jauh, sama ada kau menjauhkan diri dari aku atau pun aku yang tidak perasan kewujudan kau. Kau kata aku dah ramai orang minat, tambahan pulak aku selalu terpilih mewakili sekolah dalam macam pertandingan. Aku tidak suka waktu itu, banyak pilihan yang aku terpaksa buat, antara sukan, belajar dan kehidupan peribadi, semuanya terbeban dalam tahun 1996. Aku mula aktif, bangkit dalam segala macam sukan. Semua orang bagaikan baru tersedar akan kebolehan aku, kecil bukan sebarangan.
Tambahan pula kita terikat dengan UPSR, hah! Nak exam besar kita rupanya. Aku dapat 3A 1B apa result kau? Biasanya result kau dengan aku tidak akan jauh beza. Hanya sipi-sipi sahaja. Actually, aku teringat kau kata, relax lah kita punya paper BI tahun pertama format baru, mesti soalan dia senang-senang. Confirm boleh score punya. Dan terima kasih atas nasihat kau tu, paper BI aku A paper matematik aku yang B. Sampaikan cikgu Sehat datang rumah aku. Dia tanya kenapa aku dapat B, dia risau cara dia mengajar aku tidak boleh terima. Padahal aku yang over konfiden matematik aku A.
Kau kasanova ligat mengurat Maizurah budak kelas 6 Mawar [jika tidak salah], cantik orangnya macam anak orang putih, tidak sesuai langsung dengan kau, tapi Maizurah pun suka kat kau kan? Bestlah korang. Masa tu, Fitri kumpulan UNIC [sekarang] tu tengah masuk line. Mentangla kacak, anak ustazah selepas mengorat Arbayiah, dia mengurat aku pula mentanglah aku ni eskod Bayiah. Cerita lama. Dia sudah berumah tangga pun. Kenangan yang terindah je.
1997, Muka kau lagi. Kau kejar aku sampai Sek. Men. Keb Tun Habab! Satu kelas lagi. 1RKA, Rancangan Khas Agama belajar Bahasa Arab. Erm. Kau-kau aku-aku, tapi bila mahu balik kampung hujung minggu, kau dok bermesyuarat. Anggotanya sudah tentula aku, Imam, Ar sebab kita semua sekampung. Biasanya kaulah jadi ketua dan kaulah yang paling cepat merapu, bukan je merapu tapi agenda tidak masuk akal langsung. Tension kitorang.
Naik tingkatan 2, kita jadi pengawas. Aku pengawas kau pun pengawas juga. Menyibuk sungguh! Masa ni kita bergaduh hebat, mentanglah kroni kau dah ramai, hidup pula berdikari jauh daripada ibu bapa, kau ambil kesempatan membuli aku, kau halau aku daripada mengekori enkau. Kau fikir mahu sangat ke aku dengan kau? Mentanglah aku ni insan lemah [acecececeh!] Terngiang-ngiang suasana kelam kabut kelas hari tu, bising sebab tiada guru mengajar. Kita berlawan cakap. Bidas-balas-bidas-balas akhirnya hati aku terusik juga apabila ayat ini keluar daripada mulut kau.
Naik tingkatan 2, kita jadi pengawas. Aku pengawas kau pun pengawas juga. Menyibuk sungguh! Masa ni kita bergaduh hebat, mentanglah kroni kau dah ramai, hidup pula berdikari jauh daripada ibu bapa, kau ambil kesempatan membuli aku, kau halau aku daripada mengekori enkau. Kau fikir mahu sangat ke aku dengan kau? Mentanglah aku ni insan lemah [acecececeh!] Terngiang-ngiang suasana kelam kabut kelas hari tu, bising sebab tiada guru mengajar. Kita berlawan cakap. Bidas-balas-bidas-balas akhirnya hati aku terusik juga apabila ayat ini keluar daripada mulut kau.
"wei Nurul, kau belah la, asyik tgk muka kau je!" huh!. Mana boleh aku berdiam diri, sudahlah semua orang sedang memerhatikan pergaduhan antara kita. Aku lawan juga, tapi aku rasa sedih sangat, aku bukan ikut kau. Bukan mahu kau sangat pun, aku dapat tawaran sambung belajar di sekolah ini, mana aku tau. Then lepas tu kau tolong aku kira berapa ramai pakwe aku masa dulu-dulu, terima kasih kawan. Habis, orang mahu kawan dengan aku, so kawan je la kan?
Masa ni juga paling best ialah minggu suai kenal, padan muka kau, baru kau mengaku aku ni kawan kau, akibat daripada mahukan tandatangan abang Zaiful Nizam [along aka suami bonda WiyaWaiz] tu, kau terpaksa mencari aku terlebih dahulu. Padan-padan-padan. Malu-malu cipan kau ye datang jumpa aku, mengaku kawan aku….hahahaha! syurga.
Tingkatan 3, kelas sama-sekolah sama. Kau tetap kawan aku, tapi kita sudah ikut perangai sendiri. Sudah tidak semesra masa kita dahulu. Masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Puppy love sendiri-sendiri-kuah asing-asing. Akan tetapi satu yang aku suka, kau tetap datang rumah aku setiap kali hari raya Mama aku pun bukan main suka kalau engkau menjengah sebab kau rajin bercakap dan sesuai dengan mama aku tu, bercakap tanpa henti-henti. Tahun 1999, PMR. Macam mana result kau? sudah pastilah lebih kurang aku je. Hahahahaha. Sama-sama banyak kali nak kena gantung asrama result exam turun naik. Bila result PMR keluar kita terpisah. Aku terus di sekolah yang sama tapi kau balik kampung menyambung tingkatan 4 dan 5. Kita berpisah akhirnya.
Aku tetap menelefon engkau walaupun kau sudah jauh daripada aku, tukar-tukar cerita kau di sana-aku di sini gitu. Masih ada rindu. Mestilah cuba kita berapa tahun kita berkawan? Daripada kita mula-mula masuk sekolah. Aku tanya kenapa kau sudah tidak kuasa mengikut aku lagi. Kau hanya ketawa. Kau kata kau dah malu mahu bersekolah sama dengan aku, rekod baik tidak seperti rekod engkau. Lagi, kita hanya kawan sampai situ je lah, kau mahu aku menjaga diri aku sendiri sebab kau sudah jauh, poyo macamlah aku tidak boleh hidup tanpa kau.
Tingkatan 4, tahun 2000. Aku memilih 4 sains 2, masih di sekolah yang sama. Pior sains Kimia, Fizik, Biologi, Matematik tambahan, macam mahu menyuruh kepala aku pecah gamaknya. Sudahlah, bercampur dengan kawan-kawan baru, daripada kelas-kelas yang dahulunya kelas biasa. Aku kena biasakan diri selepas Ungku Nur Shahida pindah sekolah, tempatnya diganti dengan Rahifah. Kawan perempuan tetap aku hanya Rahifah dan Haliza. Kau mesti kenal dengan Haliza, tapi kau tidak kenal dengan Rahifah, dia pelajar sekolah Arab masuk sekolah biasa. Sampai sekarang aku masih berhubung dengan dorang berdua.
Aku suka pada seorang bernama Farhan. Gedik. Hehehehe. Dia budak Sungai Ara, pakai cermin mata. Sumber inspirasi aku datang sekolah. Kitorang bertekak, bergaduh, belajar, copy meng’copy’ kat sekolah, dia satu rumah sukan dengan aku rumah Tuah. Suka mengacau-bilaukan hidup aku. Dia tidak tahu aku suka dia. Dia layan aku macam dia layan budak pempuan lain, aku lebih sikit dibulinya fasal aku tidak tahu mahu marah bagaimana. Dia tu boleh tahan tapiii macam sewel sikit hehehehe. Sudah berumah tangga pun.
Tingkatan 5 paling penting SPM, 2001. Tahun ni, banyak cabaran dalam hidup aku. Aku kawan dengan ramai orang dan mula kenal dengan banyak perangai akan tetapi kawan setia aku tetaplah Haliza dan Rahifah juga. Sudah 17 tahun umur aku. Boyfriend? ramai sangat, special je tidak ada. Habis SPM semua orang dengan haluan masing-masing termasuklah aku. Semua IPTA-IPTS aku try dan aku hanya tersangkut pada pilihan yang terakhir. Masa ni aku kawan dengan Rano. Kau kenal dia? aku tidak pasti. Intan yang tahu aku kawan dengan dia, macam mana aku terkawan dengan dia? Adalah, bak kata siti biarlah rahsia.
Aku dapat further study di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, KL. Bidang kemahiran, sebab aku ni kurang bijak akademik. Kisah aku pun bermula, kawan dengan Rano sehari sebelum aku berangkat ke ILPKL. Dia lelaki baik, paling murah dengan senyuman, paling sopan, paling hormat dan paling cool. Macam tidak sesuai sahaja aku dengannya, aku kan ratu padang sekolah. Aku ingat aku masuk ILPKL tiadalah orang yang kejar rupanya jodoh aku di situ.
Erm, dia selalu usik aku, macam Farhan buat pada aku, macam kau buat pada aku, tapi dia memang suka mengenakan aku, part gaduh tu memang sama la dengan pergaduhan kita dulu-dulu, bukan calang-calang, siap tangan kaki pun naik. I hate him. Aku kawan dengan budak Johor [sudah berumah tangga sekarang] aku clash dengan Rano, tidak padan dengan perempuan aku ni. Tapi tidak lama so aku kawan dengan mamat yang suka cari fasal dengan aku. Baik-gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh balik sampai 6 bulan. Habis satu sem. Masuk sem dua, barula ada rasa sayang, rindu dan mungkin cinta. Blllluuuuueeekkk!
Aku sambung belajar di ADTEC, Shah Alam sama dengan mamat tu. Dia semacam terkena badi kau pula, suka ikut aku. Hahaaa, sorry abi. Then, kau pernah jumpa aku kebetulan aku balik bercuti. Kau tengah melepak dengan kekawan kau kedai fasa 1 tu. Aku sedang memboceng motor adik. Tiba-tiba nama aku kena panggil. Kau canang pada orang-orang di situ bahawa aku ni tidak besar-besar. Sama je dulu dan sekarang. Kau je berubah, sekali aku jumpa, badan kau macam pelampung, kali kedua jumpa kau dah kurus sikit, dan...itulah kali terakhir aku tengok kau.
Aku bergaduh dengan special boyfriend aku, kebetulan pula kau menelefon, ah! panjangnya ceramah kau. Makin kusut kepala aku jadinya. Masa itu juga kau mahu berjumpa insan yang berjaya memiliki hati aku ini kau tetap mengingatkan aku bahawa kita tidak boleh bersama melainkan, hanya kawan.
Semester tiga di ADTEC, Tahun Baru Cina aku tidak pulang ke kampung, aku terima berita sedih daripada orang-orang yang tidak pernah aku sangka, terima berita daripada orang-orang yang tidak aku syak langsung dorang akan menghubungi aku. Kau telah meninggalkan aku, kau pergi jua untuk selama-lamanya. Kita berpisah terus apabila kau terlibat dalam kemalangan. Aku tidak tahu mahu kata apa lagi, selaku orang yang pernah hidup disamping engkau aku terasa amat tidak bersedia untuk kehilangan kau. Dua minggu aku menangis kerana kau, kekasih hati aku sudah puas memujuk. Kau pergi juga kawan. Aku doakan kau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Tidak lama selepas kau pergi aku juga kehilangan bakal emak mertua, berita kedua paling sedih sepanjang hidup aku. Aku sudah bertunang dengan orang pilihan aku sendiri. Terima kasih kawan kerana sudi menjadi kawan aku. Terima kasih yang tidak terhingga. Aku akan kenangkan semua lipatan memori kita dalam doa aku. Al-Fatihah.
Nota hijau: Di lingkaran diamku termangu, terkenangkan kembali, saat indah aku bersamamu, dibelai cinta suci. Sewaktu kelukaan hatiku, kau datang dan memberi, taburan bungan cinta sucimu, harum subur dihati. Tapi kini kau pergi, tinggalkan aku sendiri, mengusir sepi, mengusir rindu, terpisah selama-lamanya, kau pergi dariku. Titisan airmata dipipiku, memanjat doa suci, aaat indah aku bersamamu, masih tetap di hati. Cintaku masih untukmu, rinduku masih padamu, biarpun kita terpisah jiwa, namamu tetap dikalbu. Kusemadikan cintaku, didalam doa kudusku, kepada Tuhan aku meminta, damailah engkau di sana, mengadap Tuhan yang Maha Esa.
18 comments:
fuhh...berpeluh baca citer cha...
aduh..sedihnya pulak last2..tue...
al-fatihah buat arwah...
mcm novel dah..
endingnya sedey..
al fatihah buat arwah..
mstila terasa kan bila dikenang lebih2 lagi kawan baik dari tadika..
;,(
Dik Cha!!
Kamu buat akak menangis..
Terfikir tiba2..
SAHABAT!!
Punyakah aku seorang sahabat sehebat diri mu?!
Andai diri ini pergi nanti..
Akan adakah bingkisan cerpen indah buat diri ku?!
Al-Fatihah buat sahabat mu dik..
Dia ke tempat yg lebih baik..
Dan kita juga akan kesana nanti..
Disana bersahabatlah kalian sepuasnya..
Insya'allah!! ;)
kuatkan hati utk terus membaca sampai habes
alhamdulillah baru selesai
al fatihah buat arwah
syukur sbb cha berpeluang berkawan dgn arwah..hanya kawan...
memang tak ditakdirkan selamanya jadik kawan atas dunia kan? tapi tu la. kenangan tu akan tetap ada sampai bila2.
cik mot:
sangat menghargainya. t/kasih cik mot sudi habiskan ;)
kak jue:
Alhamdulillah, kita berjaya mengepung air mata drpd jatuh masa menaip dan mengedit semula entry ni.
eija, kak nad, kak anis:
the bestfren ever. tidak cukup dgn kata2 utk gambarkan.
ibu aqil:
one day, bila tiba waktunya kita akan buat entry tentang akak, satu2nya kawan mempunyai kuasa menulis sehingga menitik air mata. speechless.
al-fatihah..menitis gak tatkala membaca
salam perkenalan. saya jumpe blog awak melalui ibu aqil.. membaca ayat demi ayat.. saya berdoa supaya saya tidak merasa kehilangan kawan2 kesyangan saya.. sedih dan saya mampu doakan Al-Fatihah buat kawan awak.. amin
alhamdulillah.. akhirnya habis jugak baca kisah ni.. panjang mengalahkan cerpen... pendek x layak buat novel hihihihihi....
sedihnya part last tu... semoga rohnya tenang disana.
baru sempat membaca n3 ni..
sedey... mcm tgh baca novel pulak, kesudahan yg buat semua org pun boleh menangis..Alfatihah buat arwah..
memang sesuatu yg mengejutkan insan yg betul2 rapat dgn kita suatu ketika dl, pergi di usia yg muda..
sesekali mcm tak percaya kan..apapun itu kehendakNya..
kak lela:
al-fatihah.
kayyana:
salam perkenalan. insyaALLAH semuanya dlm lindungan ALLAH.
yana:
thanks yana. insyaALLAH.
kak ieyna:
mmg sgt tidak percaya tapi kalau itu suratannya, kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan redha. thanks kak.
Allahuakbar kak sy adik arwah.. Hari ji genap 16 tahun arwah pergi
Sidah Sakimin:
Allahuakhbar, salam takziah Sidah. Sidah, akak baru je baca entry ni semalam, Sidah tinggal komen semalam dan hari ni akak dapat tarikh tepat arwah meninggalkan kita. ALFatihah. Sidah ada abang yang tinggalkan kenangan baik utk akak. Proud to be best of friend of Arwah Ahmad Sapix Sakimin. Tinggalkan mesej di instagram akak tau @sya2ablatib. Tq dear.
Come here again today..
Al-Fatihah (dibaca) buat arwah.. ;,(
Ikut tahun hijrah kak.. Sebab dia meninggal akhir tahun hijarah time org tgh doa akhir tahun dgn awal tahun.. 😢😢😢 Ya allah, saja adik bongsu search kt google nk cari story dia meninggal kt metro.. Tetiba search krluar entry pasal dia.
Ikut tahun hijrah kak.. Sebab dia meninggal akhir tahun hijarah time org tgh doa akhir tahun dgn awal tahun.. 😢😢😢 Ya allah, saja adik bongsu search kt google nk cari story dia meninggal kt metro.. Tetiba search krluar entry pasal dia.
Sidah Sakimin:
akak take note. terima kasih Sidah, sbb izinkan akak tulis tentang arwah.
Post a Comment