Wednesday, 15 September 2010

Berbuka pada 8 Sept 2010, FB & Reunion

Tajuk panjang, entry macam biasa je, ya jalan lengang lagi, setengah blog pun masih sepi sempena esok coti barangkali. Aku posa hari ni, wiii... rajinkan?

Orang dah beraya aku masih citer pasal buka puasa, haha... bukan apa kali ni berbuka special kat Hotel Mayres, nama pun tak glamour apatah lagi tempatnya. Menakutkan. Bila masuk tempat parkingnya huiii... rasa macam berpenunggu, seram. Tapi semangat nak berjumpa kawan-kawan sekolah setelah sembilan, ada juga cecah sebelas tahun tak berjumpa. Siap ada tak kenal lagi. Ngeee... gagah juga, mrAbi yang drive pun.

Makan kat sini lebih best, tapi aku macam tak berselera sangat sebab lebih teruja jumpa kawan-kawan. Lepas majlis habis terus balik ke KL.

Aku & cikOni
  • Aku salah seorang organizer berjumpaan ini, tujuan pertamanya aku nak jumpa mrFarhan (besfren aku sampai skarang, dulu aku suka dia, dia tak layan weih), dia yang menyuarakan untuk ajak yang lain-lain.
  • Asal tempat nak berbuka kat gerai tepi jalan je melarat sampai ke hotel.
  • Melayan cikOni makan, semua kata dia comel. Aku? haha...
  • Ada yang kata aku Yuna, ada yang kata aku Yugioh, pergh... kesengalan yang memang tak boleh belah.
Dari kiri, cikAna, pnMamai, cikHaliza, cikIffa, pnMaslina, cikReen, cikAwin dan cikDayah.
  • Kawan-kawan perempuan aku, bestfren aku yang paling setia Iffa dan Haliza, satu kelas dan masih lagi setia. Hehe, aku je memecah kebujangan tak sabar nak nikah.
  • pnMaslina, salah sorang organizer juga.
  • 4 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
  • cikOni yang tercengang-cengang, ajak bergambar tapi malu-malu, bersama kakakNurul.
Dari kiri: suami pnMamai, mrPudin, mrAnep, mrIpin, mrHasdi, mrRahman, mrAQypt & mrPa'an.
  • Semuanya control handsome, nyampah aku. Duduk semeja dok citer pasal hotel. Yela nanti kita buat reunion kat hotel grand.
  • Semua gambar ni aku amek dari mrAQypt. Perasan maintain dari zaman sekolah, gemuk yang tak mengaku.
  • mrPa'an, kawan baik aku siap bagi surat saman pada hari tersebut. Dulu kurus kering, sekarang gumuks dengan sihat.
  • 5 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
Posing sesuka hati, antara yang hadir.
  • Korang punya lawak memang kekal, korang punya kelancaran teguran memang havoc, korang punya gurauan memang mengundang orang libas dengan parang, korang punya idea masih bengong walau dah tukar status.
  • Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Terima kasih sebab tak ambil hati atas kelancangan kata-kata. Terima kasih kerana masih lagi menjadi diri sendiri. Korang best.
  • Dibulan yang baik, saling kita bermaafan. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Mesti ramai yang bawa handbag tambahan.
  • Mostly yang datang dari kelas aku... 5 Sains 2 terbaekkk...
  • Inila untungnya bila Facebook digunakan secara baik. Mengumpul kawan-kawan sekolah.
~)@ Kenangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, selamanya.

5 comments:

Unknown said...

comelnye ibu dan anak....!

ch@ said...

hehe terima kasih...

UnGu VioLet said...

slmt hari raya Aidilfitri.. mohon maaf zahir batin dr mar..

Suziey Ahmad said...

yuhuuuuuu selamat hari raya..hehe lama xjenguk sini...baru nki aktif blogwalking balik slps sebulan menyepikan diri.hiks:D

ch@ said...

mar;
hi orang jauh, selamat hari raya juga, mohon maaf zahir batin ;)

[-suziey-];
hah, salam aidilfitri haha tau pun, sila update blog stock citer sebulan juga eh. haha.