Wednesday, 15 January 2014

Melayan ragam 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jengah kalender sebab hendak mengira hari sampainya hari bersejarah untuk satu-satunya adik lelaki aku. Aik! hari ini sudah masuk setengah bulan, oh my....! kejapnya masa berlalu. Auni sudah pun ke sekolah di hantar oleh abi. Anak bertuah tu, baru dua minggu bersekolah dia sudah pun tunjuk macam-macam perangai.

Kalau minggu sudah, dia membebelkan emak, dia mengajar adiknya teknik-teknik pelik lagi aneh penggunaan gam, gunting, pensil warna, minggu ini dia tunjuk pula perangai bila seorang telah ke sekolah. Minta manja, kuat merajuk, jadi singa memang sudah semestinya dan paling sangat ketara ialah kerjanya asyik tidur sahaja. 

Lega jugalah dia tidur sebab adik-adiknya pun akan ikut tidur sama, emak pun apalagi layan je la, lagiii suka. Tapi satu part yang tidak syok apabila dikejut bangun pagi, dia langsung tidak buka mata, sedar tapi malas hendak buka mata agaknya, aku mandikan, aku siapkan dia, kemaskan beg sekolahnya, bagi milo dan buka kartun. Hidangan pagi dia. 

Kadang dia celik, bila celik tu lega sikitlah dia kemaskan beg sendiri, pakai kasut sendiri, masa dia tidak celik tu, payah bebenar. Dua hari lepas si anak tu buat hal sampai depan pintu sekolah. Waktu tu, abi yang hantar dengan menaiki motosikal. Ingatkan sedarlah sebab kena angin pagi, aku diberitahu abi bahawa dia tidur sampai depan pintu sekolah. Abi tinggalkan dia atas kuda mainan depan pintu kelas. Cikgu memang sudah ada. Entah macam mana keadaan lepas tu, aku memang tidak tahu.

Sebelum-sebelum ini memang aku sahaja yang ambil hantar, sebab abi pergian empat hari, ke kedai bawa tiga anak tu pun sudah pernah, satu yang aku belajar daripada anak-anak aku ni, bila masuk kedai upah sahajala mainan satu seorang untuk bagi mereka diam. Pilih sahaja yang murah untuk bagi dorang leka dan tidak berlari sana-sini. Auni sudah boleh diharap, sebab dalam kereta aku sudah bagi ceramah emak-emak. Pesanan demi pesanan, peringatan demi peringatan.

Kalau esoknya dia berkata "hendak pergi kedai, hendak beli roti" aku gunalah psiko pula. Balik rumah, makan dulu, tidur, petang kita pergi taman. Bila waktu petang, hujan pun turun jika nasib kurang baik dan emak pun dapat faedah, duduk rumah sahaja, ngehehehe.

Pergi taman dengan tiga orang anak ni pun sudah pernah, so far demi kebaikan diri sendiri agaknya, mereka baik-baik sahaja. Pada mereka, buat baik dengan umi nanti umi bawa lagi pergi taman. Hrmmm, cemerlang pemikiran anak-anak aku ni. 

Pagi tadi sambil aku berbuai dengan Adli, sambil menanti abi aku ceramah pagi seperti selalu,
"Auni, kat sekolah taknak tidur ya, batuk tutup mulut dengan sapu tangan tu" 
"Macam ni" dia buat macam yang disuruh. Emak sambung lagi,
"taknak bergaduh dengan kawan" angguk.
"dengar cakap cikgu"
"taknak buka stokin tu, kasut letak atas rak" sebab dia baru sahaja pakai kasut dua hari. Payah benar cari saiz kasutnya, sudahnya beli kasut pun hendak ada pink. Hari pertama dia berkasut, lintang pukang kasut satu ke timur satu ke barat. Aku menunggu dia di luar pagar, nampak dia keluar kelas then masuk balik pakai stokin, tahula aku bahawa dia buka stokin dalam kelas.
"kaki saya terlalu panas la umi" alasan dia. Dia memang tidak biasa berkasut. Sepanjang aku membebel, abi sengih sahaja. Mujurla dia tidak buat perangai seperti abi yang tidak mahu ke sekolah. Aku suka sekolah. Auni suka pergi sekolah.

 Menanti abi, dorang meng'pow' emak. 

Banyak sangat anak ni belajar. 

 Anak yang ni, sudah tahu kakak pergi sekolah.

 Main, emak sudah duduk tengok daripada tepi sahaja.

Kemain, semua atas bantal. Berkelah katanya.

 Wajah Auni hari ini, tu kasut pun mau pink. Barbie lagi-isk!

Sebaik sahaja dia pergi dengan abi, aku layan Adli pula. Rumah sudah siap dikemas, sambil menunggu kain baju habis pusingan aku update blog. Sekarang, aku agak busy dengan order sebab tu la entry bloghijau ni, macam chipsmore. Tambahan pula aku sedang siapkan sedikit cenderahati untuk adik lelaki aku yang akan bernikah tidak lama lagi. Next entry la ye. 

Jumpa lagi nanti. Thanks masih sudi lagi datang bloghijau ini. Aku sangat menghargainya, apatah lagi sudi baca entry pada hari Rabu begini, kata wordless, but aku? sangat suka hari Rabu.

10 comments:

nad said...

Rindu kt cha
Rindu nak tau khabar berita anak anak
Syukur la cha suka rabu
Makanya takde la wordless
Terubat sket rindu :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

hai cha cute..
beserta anak2 yg cute...

suka la tgk cha jaga ank2..
mmg ank2 ni mcm2 ragam kan..
kena bersabar je...

eima said...

auni2 kan ...mcm peel .. cam fahim jugak mandi berpejam mata ..pakai bj berpejam mata ... ke kereta berpejam mata ... sampai sekolah terpaksa buka mata malu nk mama dokong .. haha

cH@ aku tak mampu nk kawal 2 bradek klu ke taman ..klu 3 lagi pengsan kot .. hebat la ko ch@

jaja_NorLiza said...

kagum..handle 3 orang anak kecil...
suke bila cha pakaikan baju dorang same..tambah kiut!

syawalsimpsons said...

auni ni kelakar, terbayang aku akan keaktifan dier tu..kikikiki....

Fiza Rahman said...

Adik pon nak gi skolah yer. Belajar rajin2 yer auni ☺

Jue said...

macam2 cerita...
sama ngan akak..blog sekarang mcm chispmore..kejap ada kejap takde

eija_sweetmama said...

comel je auni, anak gegirl mesti x lari drpd pink..,bdk2 sekali kita dah bawa g taman mmg dia minta ke taman la hari2, anak² k.eija time cuti, time papa dia ada kelas hujung minggu, mmg sibuk ngajak mama dia bawa g taman ptg2..nasib dekat dgn rumah boleh la mama dia bawa.

Rasp said...

iskkkk jap jer dia dah bertadika...
how time flies ek sis...
mau tak tidor awal...
letih kan...
belajar, main...
once start skolah mmg kids cepat tidor...

blog kita seropa...cam chipsmore hahahahaha...

ch@ said...

kakNad,
rindu kakNad juga, rindu nak duduk lama2 dpn laptop baca blog satu demi satu mcm waktu dulu2. masa blm mengizinkan lg utk berbuat demikian.

kakZura:
hai kakZura muda sentiasa, kitakan serupa.
anak seorang pun dah bermacam ragam apatah lagi tiga, beragam-ragam-ragam.

Eima:
masa aku duduk main buai dgn arrizqi, aku pk kalau tak cuba bawa, kesian dorang di rmh saja, bila lg nak belajar, so lenjan sajalah apa nak jadi. hehe.

kakJaja:
ihiks, kagum dgn org yg beranak lebih drpd 5. berapa byk pula tenaga yg telah digunakan.

FizaRahman:
auni la yg sibuk pakaikan beg utk adik2 dia. dah siap pakai "aie kecik lg, tak boleh pergi sekolah" pulak!

kakJue:
tgk blog akak tu berupdate la juga.

kakEija:
ini karma mak dia tak suka pink. auni nmpk je lasak kemain tapi tetap ladies.
btl kakEija, tmn dekat jln kaki je.

Rasp:
mcm tu ye sis. yela kena bgn pagi pastu kat skolah sentiasa ada aktiviti. blk rmh pun membongkangla apalagi.
ha a, nak update bila dah duduk mengadap laptop teringat pula order2 yg blm siap. haih!