Wednesday, 22 January 2014

Menggalas tugas.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Muncul lagi tatkala orang lain wordless. Orang lain pengurus rumah tangga boleh je update blog pagi petang siang malam, aku ni anak baru seorang yang bersekolah punyalah berlapis-lapis kerja, apatah lagi masa tu bagaikan saje-saje hendak bergerak dengan lebih pantas daripada aktiviti aku.

Ini pun, hendak menaip entry, mata asyiklah menjeling-jeling rak duduknya pelbagai jenis warna kertas serta barang-barang art. Buku order tu, bagaikan melambai-lambai menyuruh aku membukanya. Haish! Fokus-fokus.

Sejak dua menjak ni, jadual harian aku terasa padat sangat-sangat. Sabtu lepas, aku ke Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) di sekolah Auni sebelah petang. Waktu pagi, berkerja macam biasa, mengemas rumah, masak tengah hari, siapkan anak-anak. Bawa Auni je, abi menjaga dua lagi di rumah. Kali pertama menghadirkan diri, alamak! aku seorang one and only perempuan dikalangan ibubapa yang hadir. Tersipu-sipu aku dengan Auni. 

Masa terus bergerak, datang dua lagi kaum ibu, lega sedikit di situ namun tetap juga aku yang paling muda, macam tidak sesuai jadi emak saja. Auni, asyiklah kena sakat dengan bapa seorang kawannya, bertanyakan aku ini samaada emak atau kakaknya, haha. Selagi Auni tidak menjawab pertanyaannya selagi itulah bapa itu bertanya, sehingga usai mesyuarat waktu hendak balik Auni menjawab juga "ini umi sayalah!" terus melompat naik kereta. Sabar sajalah.

Balik mesyuarat tu, sambung buat hal-hal di rumah sebelum membawa anak-anak ke taman pula. Jalan kaki sahaja sambil menikmati angin petang. Berpeluh juga aku di taman permainan kanak-kanak, kerja hendak mengangkat Adli sahaja. Udahlah semangat-isk!

 Gambar blur sebab buai laju-laju, kata Adli.

Hari-hari selepas itu, aku sibuk dengan order. Aku hendak habiskan semua order yang masih ada. Selepas itu mahu sambung projek lain pula. Memang betul-betul bersambung apabila kakMai datang hantar Tupperware. Nah! Barang Tupperware untuk KuTuppy 2014 giliran pertama dan kedua. Pitams!

Alamak assistant aku tu...!

Semalam, sebaik sahaja hantar Auni ke sekolah, amboi riang sungguh makcik tu, tak sabar-sabar hendak turun kereta sampai kaki tersangkut tali beg Micheal Kors I, habis bag makNyah mujurla tidak jatuh tersembam. Nampak sahaja dia masuk kelas, aku terus ke Klinik Kesihatan Sg. Buloh untuk pemeriksaan Arrizqi ke setahun tiga bulan. Pakcik tu diam sahaja dengan muka comelnya. Behave sangat bila sampai klinik. Arrizqi, kebolehan paling ketara ialah mengikut jejak langkah Auni, suka menyakat Adli, pusarnya dua, matanya, kulitnya, semua mirip kakakAuni. Tidak kisahlah janji dia sihat sahaja, perkembangannya juga sangat bagus apabila dia pandai mengejek "ha...ha...taktau" cute je bunyi, lagi-lagi bila dia mengejek abi, haha.

Melayan dia ni, isk-isk-isk memang kerja lain delay.

Balik klinik, siapkan Adli, Arrizqi then keluar balik ambil Auni, haih! tinggal mesin basuh cuci pakaian, tinggal ayam nyahbeku dan Arrizqi dengan abi kerana dia tidur dan bawa Adli pula. Mujurla Auni request ayam goreng sahaja, senang kerja emak. Pening kepala pekerja yang sedang renovate rumah jiran sebelah tengok aku keluar masuk-keluar masuk-keluar masuk.

Lepas ambil Auni, hrmmm sambung kerja macam biasalah. Sidai baju, masak tengah hari, meladeni kerenah anak-anak, siapkan order jika sempat, layan tv, jam 11 malam je aku sudah mula lalok. Cakap apapun mata, kepala, badan, terus fokus tilam, bantal dan bilik tidur. OMG, where is my bed. Too tired lor! Esok paginya, rutin sama sahaja tolak Arrizqi pergi klinik, ngehehe.

Ni la keadaan waktu malam, guaner emak hendak rehat cukup-cukup.

Kalau tengok keadaan aku sekarang, memang sudah seperti emak-emak. Umur pun hampir je nak 30 tahun, phew!

11 comments:

amani jibriel said...

Seronok jer dengau cita dia... haha... anak sy pon rapat tp 2 jer... selang setahun 2bulan. Sy terasa penat hari-hari jd singa tp singa manjer... erm kadang rasa diri dah macam rupe bibik dah pdhal umur baru 29... tp untuk anak-2 yg sedang membesar kita kene bkorban kan... insyaallah bila diorg dah besau nanti senang ler kita sbagai ummi ken... heheh

Jue said...

perjalanan yang padat....
nak masuk 30 an..mcm tak caya..muka nampak muda belia...tapi sedikit temban kot....hahahahahaha

Fizah said...

baca pun dah penat. phew!~

;p

syawalsimpsons said...

adoi mek, aku mmg tabik spring la kat ko ni kan...aku yang bekerja ni pon separuhpenat settlekan kerjaan yg menunggu,..apatah lagi ko yang mmg sepenuhnya kat umah kan

eija_sweetmama said...

penat mmg penat tp itulah tugas seorang ibu, mmg x pernah berhenti..

nad said...

Takpe.. Buat je dgn ikhlas
In shaa Allah klu takde balasan di sini mungkin di Sana nnt ada =)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

awat muda cha ni.
tht why bapak kwn auni iya2 tnya..hhee

kamu mengalas kerja yg mulia dear..
rasanya kerja di rumah lebih susah dr kerja office ni cha..

eima said...

uiisshh klu abi baca ni jeles die .. hihi
ade org nk tekel umi auni tu .. taktik zaman kuno namanye tu ...

mamaarifakeemaisy said...

Ekeke... emak disangka kakak ye.. belum lg bwk askar 2 org lagi tu, mesti pakcik tu berganda tak percya..ekeke.. untung la awet muda :-)

Aduyai cha, terasa-rasa pulak kelelahanmu itu, dpt bygkan, tidur mesti pengsan terus kan, badan dh penat seharian...

Linda said...

Salam ukhwah, saya follow sini ;)

ch@ said...

Amani Jibriel:
inshaaALLAH, sejuk perut emak mengandung, acceh!

kakJue:
ha a, naik berat kita kak, hahaa. mkn tak sudah2.

Fizah:
penat membaca? ko tekan je pangkah kat hujung atas kanan tu, haha.

kakEija, Sue Jemah:
alah bisa tegal biasa, walaupun kadang jatuh hampir putus asa. kita boleh!

kakNad:
inshaaALLAH, mudah2an terus diberi kekuatan.

kakZura:
ala akak pun awet muda apa, comel je.
tu la, dulu kerja opis duduk je.

Eima:
haha, siapa soh dia xnk pergi kan... kan best sama2 pergi support anak.

kakIeyna:
ada yg tak balik kena interview.
biasa dah kak, letih tapi kena buat juga.

Linda:
tq Linda.