Melayan ragam.

Tuesday, 3 December 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selalunya, bila abi pergian masuk hari ke empat mulala masing-masing mengeluarkan taring, mulala masing-masing tayang skil hendak buka silat dengan emak, mulala keluar soalan-soalan yang tiada jawapannya sampai emak pun boleh tergamam sekejap.

Apapun, bila tiga-tiga dengan hal masing-masing, main sama-sama, tidur sama-sama, emak pula rasa sunyi. Bila tiga-tiga sudah menguasai tv, emak tukang gelak sahaja sampai terlena-lena, bila emak terlena, masing-masing cari emak hendak port yang sama. Jadi, bila keadaan sudah sunyi tambah pula suasana yang sejuk-sejuk dengan titisan hujan, makinlah bertambah sunyi.

Sejak Arrizqi sudah besar ini, keadaan jadi berubah. Kadang, tidurnya ikut suka hati dia sahaja. Tengah bergempak gempita pun dia boleh lena dengan selamba. Adli, usah dikata mulutnya, bising macam kakak juga, bila dua-dua menjerit, emak pun join sekaki. Macam hendak tercabut telinga dibuatnya.

Adli sudah mula pandai jaga adik, main sama-sama, tepuk adik bila hendak tidur, berkejaran dengan Arrizqi. Paling aku suka tengok, bila dia gigih kayuhkan basikal dengan Arrizqi sebagai pembonceng. Terkekek-kekek gelak sebab kakinya tidak sampai, Arrizqi yang tidak tahu apa-apa pun gelak sahaja. Keadaan menjadi lebih senang diurus.

Mr Bodyguard with Princess.


 Bahu ke bahu.

Lasak kemain.

Waiting abi, selepas tiga hari tidak bersua. 

Mr Bodyguard. Bestfren forever.

Bila terkenang waktu mula-mula dahulu, sukarnya aku hendak berdiri balik. Fizikal, mental, emosi semuanya bersatu dan memerlukan kekuatan yang bukan calang-calang. Hari-hari aku positifkan diri aku sendiri, hari ini mesti lebih bagus daripada semalam walaupun, melakukan kerjaan yang sama setiap hari. I wana be the best mommy among the best for my precious kids. In shaa Allah.

I am not a nobody. Just me and be me forever :)

Entry tiada apa-apa, hahaa. Buntu-buntu...

9 pasang kaki:

syawalsimpsons said...

adli muka ngantok je pic last tu..tp apa pon mung mek jemah tabik tau..walaupun bukan sesiapa...tp tetap yg terbaik mommy yg de best tau..bukan mudah kan nak jaga askar yg lasak 3 org ni..tp ko tetap boleh handle...mmg best...

Zura@Iwan said...

suka bc entry cha
suka pada ayat2 cha bila cha mula berbicara...
tak pandai kak nak menyusun ayat mcm cha...

but you are the best mummy for yr kids..and the pretty wife for yr hubby.

cha boleh handle 3kids..kak ni..1 kid masih terkial2..owhh malu pada diri ku..huhu..

Jue a.k.a Ibu 2F said...

ibu yang tabah...
gigih dengan anak2 yang kecil...
kerana selalu jadi ibu tinggal...
moga terus tabah layan mereka bertiga...
-TABIK SPRING-

mama lieyna said...

In sha Allah.. selagi berfikiran positif, cha mampu laluinya... walau... byk coobaan melanda.. :-)

Ooh budak comel, dh besar mereka ber3 kan, tgh bayangkan mereka bila dh besar sket lg, sure tambah riuh kan.,mcm kawan2 sebaya jer... :-)

Masya said...

Cptnya mase berlalu.... Dah besar masing2, org kata 3 anak ada mcm2 ragam... Tp percayalah yg sorang pun allah kurniakan 3 ragam akalnya dan lbh kerenahnya.. Bkn manje tp itulah bahagian janji allah...

Rindu abi yer..

Nad MamaZN said...

teruskan menjadi kuat demi anak-anak :)

ch@ said...

Sue:
sama je dgn anak dua, lg la berkerjaya. tabik ko juga.

sisYana, kakZura:
ihiks, biasa je la kak. skill penulis karangan terbaik sekolah, sekolah rendahla. harap tidak tumpul lagi :)

boleh je, bila anak dua nnt akak serta merta jadi supermak.

kakNad, kakJue:
in shaa Allah, smg kita terus sihat utk menongkah arus kehidupan-mak datuk punyala klise ayat. hahaa.

kakIeyna:
lagi besar, harapan emak agar lebih mudah. hahaa. emak dah berangan nak duduk sandar di sofa layan tv.

eima said...

wahh kejap rizki dah besar kan ... dah geng dah depa ... gamat gamat./..

ch@ said...

Eima:
riuh rmh aku wei. jarang sgt rmh aku ni riuh rendah kalau tiada org dtg.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in