Monday, 23 December 2013

Anak-anak emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di mana ada emak, di situlah dorang hendak menyelit. Yang hero tu, sudah memang tentu-tentunya hendak emak sahaja, yang si kakak tu pun tumpang sekaki hendak join sama. Kadang, aku rasa rimas juga tapi hendak buat macam mana, redha sahajalah jadi mangsa buli.

Sangatla pantang tengok emak duduk bersantai saja-saja, memang dengki sungguh. Ada je permintaan yang menjadikan emak kena atau terpaksa bangun duduk-bangun duduk 5-6 kali. Grrr...grrr...grrr menyirap je rasa tapi dilarang keras untuk meluahkan ketensenan depan anak-anak, kadang terlepas juga, muehehe!

Pantang emak baring, semua hendak buat sarang. 

Membelengaskan kereta abi dengan air milo. Kecoh weih, kecoh! 

 Dapat lolipop daripada tokPapa, sukala kan...?
Main masak-masak katanya, bersedia je la berlengas sana-sini.

Suka sangat bersepakat mengerjakan emak, mentangla emak hanya goyang kaki sahaja di rumah saja-saja, semua pun ambil kesempatan ye. Haish! 

Eh! macam pendek sahaja entry ni? ahaks...

6 comments:

syawalsimpsons said...

semua duduk bawah ketiak mak kan...

Fizah said...

haha...layannnnn :)

Masya said...

sebab emak dirumah .. kalau abi ada .. mesti berkerumun dgn abi pulak.. tp percaya x anak² kalau dgn ayah dia berani² tkt nak bermanja huhuhuhu

mamaarifakeemaisy said...

Pendek pun banyak kesahnya.. :-)
Siapa lg nak diofang buli kalau bukan umminya.. ihiks... akak pun berulang kali kena peringat diri, jgn mengeluh depn anak.. kdg terlepas jua, itu baru sabtuahad spenuh hari bersama mereka..ngee..

eija_sweetmama said...

mmg anak² emak..:)

ch@ said...

SueJemah:
Lemas weih, masam dh ketiak aku ni. Tu la yg dorg suka.

Fizah:
:)

sisYana:
Abi ada pun, cari emak jg. Berak, susu, tdo...phew! Abi gelak je.

KakIeyna:
Samala kak. Tak sengaja terlepas, hehe!

KakEija:
Manja sgt2. Mlm2 pun boleh bgn pnjt katil nak emak peluk.