Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Adli, perasan sudah abang-abang sahaja. Satu petang dia ajak Arrizqi naik ke tingkat atas secara senyap-senyap. Awalnya, main di tangga sahaja makin lama makin naik sampai juga ke tingkat atas. Dengar ketawa dua orang itu sahaja.
Tidak lama selepas itu, Auni pula naik. Surprise! Adli kunci pintu bilik dengan Arrizqi sekali di dalam. Aduhaiii, sudahlah bilik itu hanya ada satu pintu dan satu tingkap sahaja. Itu pun tingkap tertutup rapat, bilik hanya menempatkan kabinet tinggi pelbagai guna, hanya sekali sekala sahajala digunakan.
15minit, memujuk Adli supaya buka pintu, macam-macam gaya pujukan, rayuan siap loud speaker dengan abi lagi. Adli masih buat derk sedangkan Arrizqi sudah pun meronta kepanasan. Menangis mendayu-dayu. Kebetulan, abi masih berkerja dan tidak boleh pulang ke rumah. Jauh pun ya. Takkan aku hendak menunggu dia pula. Aduhaiii!
Aku hampir sahaja menangis sedangkan Adli masih main kabinet baju dengan penuh riang sambil menyanyi. Arrizqi sudahpun meniarap mengadap ruang bawah pintu. Sedih! Auni tidak sempat naik untuk bersama dengan adik-adiknya.
Di pejabat, abi menelefon kepada yang boleh datang membantu. Pengawal perumahan, dia keluar sebentar, akhirnya seorang cikgu datang bersama isterinya. Aku masih lagi memujuk Adli supaya buka pintu, kasihan dengan Arrizqi sebenarnya sudah pun letih menangis. Risau mereka pengsan sahaja sebab tiada ruang untuk udara keluar masuk.
Cikgu datang, membantu mengumpil tombol pintu. Aku memang dah tendang pun pintu tu, kuasa aku lemah betul sebab sudah dikuasai emo. Daripada 15 minit ke setengah jam, ke 45 minit mengumpil pintu. Kebal sungguh tombol pintu. Yang mengumpil berpeluh, yang menanti di luar pun berpeluh sama. Yang di dalam? Awalnya dia menyanyi, dengar pintu kena umpil, pintu kena tendang, dia jadi takut ikut menangis sama dengan adik.
Sejam juga mengerjakan pintu, akhirnya berjaya di buka. Arrizqi keluar dulu diikuti Adli, baju lencun dengan peluh, muka sembab, mata bengkak sebab menangis terlalu lama. Dua-dua cari aku. Fobia. Keduanya tidak lepas daripada memeluk aku. Sebak. Auni pula yang membebel berlebih-lebih.
"Lain kali jangan main pintu, jangan nakal, kan tidak boleh buka pintu" ayat Auni. Memang gaya emak betulla. Aku gigih memujuk Adli, Arrizqi dengan tangisan bersisa. Sabar je la.
Ni la budak yang terkurung tu.
Hendak ke sekolah sudah dia. Tua sudah emak.
Betul, sepatutnya ada kunci spare tapi itulah, bila sudah panik, mana letak kunci spare pun sudah tidak ingat. Otak sudah tidak boleh berfungsi dengan elok. Adli hendak praktis jaga adik tanpa kakak. Tahun depan kakak sudah confirm ke sekolah, konon! Sabar je la kan.
Aku pun baru belajar berkenalan dengan cikgu sekolah Auni. Sudah mula susun jadual untuk tahun hadapan. In syaa Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar.
12 comments:
panik akak baca..kalau akak pun sama macam cha dah tak ingat mana kunci..lagi teruk pun tak tahu le...
adoi takut pulok aku haa baca...nasib baik tak da pape kan...boleh bayang keadaan tu kan..
panik tu kan...
kita pk mcm2..kesian kt ank dlm bilik tu..
alhamdulillah slmt keluar dr bilik yg sdiri pergi kunci..huhu
Allahu Akbar!
Tu la budak2, ada je benda dia nak explore
Takpela, jadi pengajaran
Maybe pasni adli tak berani dah nak main pintu lagi
Apa2pun, alhamdulillah sume selamat
Ksian kt budak2 tu :(
Allahuakhbar, baca smbil terbayang2.. adli adli, kamu lbh kurang baya akeem je kan...alahai...nak jd abang sungguh dia... berpeluh jugak acik na ni, suspen..huuu...
Auni... hikhik... mmg layak jd kakak, pandai pulak membebel.. :P
hadoi...buat suspen je bebudak ni tau...hehe
ya Allah .. aku pun panic jugak baca ni ...
abis pintu rumah baru ... tp mana nk sama kasih syg kat pintu berbanding anak2 kan ...
kena beli safety penyendal yg letak kat ats pintu tu .. diorg tak tutup pintu abis klu ade mende tu ...daiso ade rasanye ..tak pun ikea
dapat bayangkan, kalau k.eija pun dah panik, minggu lepas ziqry terkunci dlm toilet, dia sendiri yg tekan button kunci, pastu suruh dia pulas balik tombol dia kata adik x reti, sama la kunci spare dah kemana, sudahnya zaquan try amik kunci lain yg ada, nasib baik boleh buka..
alahai hero2 umi ... kesiannya . Harap depa berdua dah serik lepas ni ... tapi kan hero memang macam tu . Umi kena simpan kunci di tempat yg senang nak cari .
kakYanti, Fizah, kakZura, Sue, kakJue:
sbg pengajaran dan ingatan utk semua, kita pun tak jangka apa yg akan jadi.
kakNad:
nama pun budak2, fobia kejap je la, esoknya main blk. tapi dah tak risau sgt la sbb tombol dah takleh guna.
kakIeyna:
ha a, besar sikit akeem je. Auni tu sampai kita soh diam, pening. nak mujuk adik2 lg.
Eima:
mcm2 safety ada, tapi tu la. tak dijangka hendak berlaku hari tu, inila namanya malang tak merbau.
kakEija:
ada stengah pintu boleh buka, ada stengah mmg grip habis, liat. tu yg berpeluh tu bila terkunci.
ya allah adli² ... kamu ni ... mmg betul² praktis ni... mesi adik dah pucat ketakutan..
SisYana:
Jelas sgt muka takut Arrizqi tu.
Post a Comment