Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aku ada banyak rahsia, rahsia yang tidak patut untuk dikongsi dan rahsia yang patut untuk dikongsi. Salah satunya, merahsiakan kehamilan kakak kesayangan aku kak Eda atau mummy2D atau perkenalan awal kami mamaMikhail, ihiks.
Alhamdulillah dia sudah pun selamat melahirkan seorang anak lelaki, 2.89kg pada 20hb Disember 2013 lepas yang merupakan anak ketiganya secara pembedahan di Hospital Pusrawi. Sekarang kami adalah seri, sama punya tiga orang cahaya mata, dua hero seorang heroin, muehehe.
Aku suka bangat, aku sudah sedia mengetahui pada awal-awal dia hamil tempoh hari, dia memberitahu aku bahawa dia hamil empat bulan semacam aku hamilkan Arrizqi 7 bulan, aku biarkan sahaja dia membuat kejutan cara dia. Mendengar keluh kesahnya sebagaimana dia meminjamkan telinganya untuk aku sebelum ini. Syukur, semuanya sudah selamat.
Yang membuatkan aku begitu teruja apabila, anak ketiganya berjarak setahun dengan anak kedua, Deena. Sama beza jarak antara Adli dan Arrizqi. Anak pertamanya, Danish adalah sebaya dengan Auni dimana, tarikh lahir Danish bersamaan dengan due date Auni. Kan? kami ada banyak kaitan dan persamaan. Belum lagi buka perihal tentang tarikh-tarikh istimewa kami yang kebanyakannya hampir-hampir sahaja. Mungkin, disebabkan itu kami boleh ngam dan jadi sahabat.
Tiga permata hati mama. Tahniah mama.
Selamat berpantang dan semoga menjadi lebih sihat dan bertenaga untuk meladeni anak tiga. KakEda, lepas ni ambil MAB ye jika seram untuk hamil lagi. Ihiks...Bila aku hendak yang ke empat? tungguuu...
Salam sayang...
8 comments:
tahniah.sedapnya dpt cium baby~ bau syurga.
cam biasa la korg sentiasa ade rahsia ... hehehe
pas ni kita baca keluh kesah kegembiraan k.eda plak ...
Pandai simpan rahsia... :)
Meh jaga rahsia akak plak :P
dah agak dah...cha mesti dah tahu awal...hehehehehe
Tq umi.. menjaga amanat mama dan sudi mendengar keluh kesah ku selama ini.. alhamdulillah moga kt tabah menjadi ibu di hari mendatang....
itulah tau2 dh selamat dpt baby, apepun tahniah buat eida..:)
oittt mmg bebtul terkejut ni ... tau² dah lahir .. alhamdulillah .. semuanya selamat itu yg penting.
Cik Puan Rara:
Kan....Rara boleh dh tmbh lg. Akak tggu dulula. Ihiks...
Eima:
Ihiks, amanah org la Manja, kenalah simpan.
KakJue, KakNad:
In shaa Allah. Org mnta kita simpan, kita simpan. Akak ada rahsia? Apatu?
KakEda:
No problem. Nanti, jgn lupa update blog ye.
KakEija, sisYana:
Ihiks...tggu my baby yg ke empat. Nak buat canni gak. Tau2 lahir je. Best!
Post a Comment