Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebab ianya menjadi kesayangan? aku hanya membeli tidak sampai 10 ketul pun. Aku sangat jarang pergi bercuti, makanya bila pergian aku hanya beli untuk diri sendiri atau lebih kepada malas hendak beli sebab sudah teruja sangat hendak berjalan. Kebanyakannya pemberian daripada rakan blogger, daripada rakan instagram, facebook tiada sangat sebab hanya sedikit sahaja rakan selain rakan bekas sekolah dan belajar.
Selain itu, bila abi pergian sebagai pemberian untuk isteri dan anak-anak, dia bermurah hati untuk belikan. Bila sudah jadi isteri, emak ni bila ditanya "mahu beli apa?" mulala kepala otak bercabang-cabang, macam-macam dan jawapan terakhir berbaur mengada "beli je la apa-apa untuk anak-anak" hoho. Agaknya, abi dapat tahu juga aku suka beli fridge magnets (fm) bila ke mana-mana.
Hendak kata pengumpul tegar, memang tidaklah, hanya menghargai rakan-rakan yang memberi. Itukan tanda ingatan mereka untuk aku. Mereka mengenali aku, mereka tahu kegemaran aku, mereka tahu tentang adanya aku, apasalahnya aku menghargai walaupun pada orang lain, tiada apa sangat.
Untuk menempatkan fridge magnet yang disayangi ini, aku tertarik juga dengan ajakan kakNad (pengumpul fridge magnets) untuk menempah board fm. Aku tempah yang kecil sahaja, cukup untuk ruang sedikit di kawasan frame keluarga nanti. Cadangnyala, abi belum ada masa untuk drill kan dinding. Hendak buat sendiri, mahu runtuh dinding ku tebuk nanti, haha.
Sementara ini, aku letak atas peti ais, tersorok daripada anak-anak, pernah aku lekat di white board, dorang sepakat membawa berkat, punya la terlebih rajin menurunkan kesemuanya, berkerjasama dengan memanjat kerusi, seorang tunggu di bawah masuk dalam beg, memang mengucap panjang aku terlihat kejadian itu. Salah aku juga, konfiden sangat meletak semua fm di whiteboard. Seminggu juga fm aku duduk dalam beg sebelum aku tempah board daripada kakNad.
Aku buat fm simple je bolehlah. Yang susah-susah, pening. Tambah bila ada assistant yang rajin melampau.
Silalah ke Orencantik untuk cuci mata lagi, hasil kerjatangan emak askar tiga, hahaa.
KakNad, sorry belum transfer tapi board dah guna, hehe. InsyaaAllah, hujung minggu ni kak. Ampun-ampun!
5 comments:
walaupun simple FM ko..tetap cun meh..bukan mudah nak tangan lembut ni,....
sm la ..kak pon bkn pengumpul tegar FM, tp kdg2 terbeli gak FM kalau pegi cuti2 kt mn2..
ni irfan dh pandai amik dr fridge tu..ada yg dh pecah pon..huhu..
tp FM homemade cha buat..mmg awesome dia..menarik tertarik ..hikss
Bnyk jugak tu.. ok la kumpul sikit2 lama2 syok tengok bila dh jd banyak :-)
Alohaiii.. k.ina rasa hari tu ckp nak tempah kt cha kan, fm gitu... jap g whapsup..hu..
k.eija jgk yg masih belum beli board fm ni.., nak tempah fm quilling drpd cha pun x tertempah2 lg..hehe
Sue:
byk lg yg aku kena belajar weih! asyik lyn sinetron je, tah bila nk blaja. haha.
kakZura:
bila tgk anak2 menjolok fm tu, omg rasa nak nangis je. syg btl.
kakIeyna:
hahaa, wassapp jgn tak wassapp.
kakEija:
ihiks. kakNad offer hr tu, so order je la, hehe. murah je tmpt kakNad buat tu.
Post a Comment