Wednesday, 2 October 2013

Bila sel otak berhubung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepintarannya, aku rasa sangat tidak setanding dengan aku masa kecil, meskipun begitu aku tetap the best sebab boleh membaca sebelum tujuh tahun. Mestilah kena menang kalau dengan anakkan? hahaa dasar emak tidak tahu malu. Macam mana pun, kepintaran pemikiran, aura imaginasi si Auni ni memang diakui sangat diluar jangkaan.

Selain sangat pening kepala hendak berlawan cakap dengan dia, perbuatan dia, kelakuan dia sangat membuatkan aku separa stress dan entah, habis perkataan hendak marah. Baru-baru ini, abi tiada dia midnight tengok tv sesorang, perangai lama dia kembali. Bila sudah syurga keseorangan, mulala buat aktiviti yang bikin hati emak panas. Siap aku pesan off kan tv dan naik tidur, dia kata "baiklah" bila aku sedar waktu paginya, memang mengucap panjang.

Cebisan-cebisan seluar elok sahaja berkumpul disebelahnya manakala sang gunting atas bantal yang dijadikannya selimut. Auninya? separa bogel sebab seluarnya habis digunting. Pergh! memang habis mood aku hilang awal-awal pagi. Aku sudah simpan elok gunting tu, dalam kotak art, malah dalam kotak lagi yang memang aku pasti dia tidak dapat bukanya. Auni, dia memerhati, dia belajar, dia eksplore dan dia praktikkan. Yang paling membuatkan aku frust, dia gunting baju tidur Bee yang sedondon tiga beradik, adus!

Itu baru satu part, satu part lain dia ajak adik-adik main kerusi meja makan. Tahula set meja makan emak tu ala-ala bujangan punya set. Tidaklah mewah cukupla seorang satu kerusi bila duduk makan bersama. Awal-awal dia main pondok-pondok, lepas tu jadi pula gelongsor, satu part yang aku tidak tahan dia sendiri jadi kerusi. Ya Allah anakku...

Macam biasa, she is a team leader. Adik-adik melopong melayankan dia, si hero aku ni bila diberi apa jua permainan sangat cermat gaya bermainnya. Bila beri kereta, fungsinya keretalah. Bila beri bas fungsinya jadi baslah. Bagi pada Auni, herm...dia boleh masuk ralajawak membalikfungsi barang-barang disekelilingnya. Dengan Auni, memang sangat speechless. 

Itu belum masuk dia menyanyi mengubah lagu, tidak tahan betul aku dibuatnya. Auni pandai bercakap sambil menyanyi. Serius! Bila aku tengah masak dia serbu masuk dapur minta biskut atau susu atau apa sahaja dengan menyanyi. Dia suka ubah lagu Twinkle-twinkle little star-lagu ni je dia boleh nyanyi sampai habis siap lagu melayunya. 

Yang paling mengkagumkan aku selain pandai berdikari sendiri ialah adik-adiknya, ikut sahaja apa yang dia kata. Kalau Arrizqi tu, sampai melopong tengok kakakAuninya. Adli pandai ketawa, bila kakak buat kelakar. Adli rajin layan kakaknya seorang tu walaupun dia tahu kakak akan buli balik. Part buli balik ni yang menyampahkan aku sebab, mesti ada yang menangis.

Aku sendiri sudah lupa, pentagon, heksagon, oktagon, Auni tahu dan dia boleh gunting bentuk oktagon dengan jayanya. Tercengang emak. Bila aku datang dekat lagi, dia gunting bentuk segiempat tepat dengan pelbagai ukuran dan susun menjadi robot. "umiii tengok ni, robot" huahahaa emak nangis. Pandainya anak emak.

Lain-lain hal, jangan katalah. She is everything. Dia penawar, dia racun, dia pelawak, dia penyanyi, dia kental, dia kuat dan paling ikut emak dia kreatif. Sangat kreatif melampau. Bila dengar dia berborak di telefon, habis segala rahsia terbongkar, hahaa. Sabar je la.

Mengajak adik main kombat katanya. Hakikatnya main ekzos kereta abi.

Kali terakhir memakai baju tidur Bee sebelum baju arwah digunting. 

Part ni la paling aku tidak boleh tahan. Dia panggil aku yang sedang sibuk,
Auni: ummiii tengok saya.
Umi: buat apa tu?
Auni: Jadi kerusi...
Kan...anak korang macam ni juga ke? manalah aku tidak pening. 

 Ini part yang buat aku sangat lega, main sama-sama.

Outing with abi. Suka bila masing-masing dapat kaki. Semua orang pandang mereka bertiga, hahaa. Kena paksa sedondonkan...abi pun sporting, biru juga masa ni. Emak je lain. hihik...

Semoga dia sentiasa ceria dan terus belajar mengenali alam sekelilingnya. Good job Auni, proud to you.

13 comments:

Fizah said...

huahaaa..jadik kerusi? penim emakk...;D

Unknown said...

waaaa.....sgt teruje ngan umi kamu puye n3 auni!!

bile la dpt jumpe oni,adli n rizki...ngan umi u'olss lg la lame x bttg mate,x g2 cha?? huhu

nad said...

Bangga sgt dgn awak, auni :)

mamaarifakeemaisy said...

Auni bijak luar biasa.. :-)
Kreatif... berdikari...bagus bagus..
Bertuah cha, semuanya ada pada dia :-)

Kai Ssi said...

bila sel otak berhubung...
kanak-kanak akan menjadi lebih pintar dan cergas!
cehh macam iklan pulak..

http://abgdude.com/blog/2013/10/03/jalanjalan-hutan-bandar-jb/

eija_sweetmama said...

mmg terserlah kebijaksanaan auni..:)

ch@ said...

fizah:
kan...emak pun x pnh jd kerusi.

suzie aleeya:
kena arrange masa skrg ni kalo btl2 nk jmpa. rumit sbb aku dh x tinggal di waha.

kak eija, kak nad:
pemikiran luar kotak. abg zack dgn zaquan canni jg ke?

kak ieyna:
anak x cukup bln, cerdik luar jangkaan, nakalnya luar pemikiran.

kai:
hahaaa. iklan susu.


eija_sweetmama said...

zaquan jarang nak berfikiran di luar kotak ni, cuma soalan2 yg dia selalu tanya je yg kita x sangka dia akan ckp tp perbuatan jarang nampak dia buat benda yg kita x jangka..

ch@ said...

kakEija:
mcm tu, kira terkawal sikitlah. yg ni...tahla.

Jue said...

auni nie bijak budaknya...
ari ti jumpa dia tidurlah pulak...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

hahaha..
bila 3 sel otak bgabung..meletupsss..
adoyaii berpinar mata kan..

tp nk buat cm ne..anak2 gk kan..

ch@ said...

kakJue:
ibu kena dtg lg la kot, borak dgn auni.

kakZura:
haaaa...kan.
emak sabar je la.

Ummu damia said...

insyallah, omeg ajuga satu cara untuk menghubungkan sel-sel otak dengan cepat, kandungan kaya dengna DHA dan EPA...boleh dapatkan omege daripada saya di 0136240955