Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, tidak rugi berkawan dengan siapa-siapa sahaja. Walaupun aku pengurus rumah tangga, namun aku masih dikelilingi kawan-kawan yang sangat memberi sokongan. Tang tajuk tu? ingat lagi dengan entry Keluh kesah kisah mak hijau aku salah seorang duta Maajun Anggun Bistari (MAB).
MAB yang sangat aku cari-cari, terima kasih team PERKEP sebab perkenalkan aku dengan MAB ni. Kerana sudah tahu aku ini seorang yang subur, makanya tindakan awal perlu aku lakukan. Sebagai langkah berjaga-jaga, dengan persetujuan abi makanya aku menjadi disiplin demi kesihatan diri sendiri dan demi menjaga keluarga dan demi suami tersayang, abi.
Jika berminat hendak mencuba boleh hubungi terus nombor tu puan Dyla Jamaluddin. Hendak bertanya pun boleh. Hendak order dengan aku pun boleh juga, aku akan belikan. Aku punya ada lagi, sekali borong 6 botol hari tu, hihiii excited.
Rasa herba, bau herba. Sehari sebiji, aku ambil waktu malam. Kunci jam bernada kuat-kuat.
Aku rasa, sesiapa yang merancang kehamilan dengan pil perancang klinik kesihatan mungkin berminat untuk mencuba MAB ini. Alhamdulillah, hari ini aku berehat untuk tujuh hari sebelum ke botol yang ke-empat. Diam tidak diam, aku bersyukur aku masih lagi datang bulan dengan kitaran tetap dan Arrizqi sudah pun hampir ke satu tahun, boleh diisytiharkan bahawa aku tidak pregnant. Yeay!
Setelah beranak tiga ini, kesan daripada bersalinkan Arrizqi tempoh hari, aku menjadi lebih sayang kepada diri sendiri, aku tidak mahu sebarang kaitan dengan klinik dan hospital. Aku tidak mahu orang lain menyakitkan diri aku lagi, entahlah aku pun tidak tahu kenapa terlalu fobia dengan doktor. Hendak habiskan check-up bulanan Arrizqi pun aku terhegeh-hegeh, inikan pula hendak bertemujanji dengan doktor setiap bulan. Jujurnya, aku malas. Lain orang lain pendapatnya kan? masing-masing.
Jadi, aku disiplinkan diri dengan MAB. Bukan susah sangat pun hendak telan sehari satu biji, 21 hari sahaja. Jom kita tengok apa bagusnya MAB ini selain tindakan utamanya mencegah kehamilan.
MAB ialah produk berasaskan herba semulajadi merupakan kaedah merancang kehamilan yang paling selamat kerana bebas daripada sebarang bahan kimia dan cara pembuatannya yang halal lagi suci. MAB terhasil daripada herba-herba seperti manjakani, senduduk, kacip fatimah, serapat, inai, habbatussauda, madu dimana khasiatnya baik untuk merancang keluarga, mengaturkan kitaran datang bulan, awet muda, dan juga membantu mendapatkan zuriat.
MAB juga perlu diambil mengikut peraturan sebagaimana pil perancang kehamilan yang lain, perlu diambil selama 21 hari dan berehat 7 hari sebelum ke botol seterusnya. Kenapa mengapa dan bagaimana, Google je la ya, aku hendak terangkan panjang berjela pula entry ni nanti, ihiks.
Kesan daripada aku ambil MAB ni, botol pertama segala mak nenek mukus dalam hidung keluar. Resdung. Bila berludah kahak pekat keluar. Dua minggu juga hidung aku tersumbat dan badan rasa hendak demam. Aku terus search, rupanya ia adalah proses tindak balas MAB dengan sistem badan. Masuk minggu ketiga, aku kembali sihat dan terasa lebih segar. Badan menjadi lebih ringan dan lekas berpeluh sebab kandungan herba dalam badan membuatkan berasa panas membuatkan kita rasa sering haus.
Selain mendisiplinkan diri mengikut jadual makan pil ianya melatih aku supaya suka minum air masak. Kesannya aku menjadi lebih sihat dan segar dan bisa membuat kerja rumah tanpa bertangguh. Alhamdulillah, aku temui dengan apa yang sesuai dengan badan. Syukur sangat bila melihat muka abi yang berseri-seri, ihiks. In shaa Allah akan stop makan bila aku sudah bersedia untuk mengandung lagi. Terima kasih MAB.
16 comments:
Pil subur ade x cha, xmooo pil merancang huhuhuhuhu
Nak cuba lah, pas deliver t. Sbb x seswai mkn pil n suntik. Kalo bole nak elak iucd. Sy pn jenis subur.
Itulah yg sebaiknya buat kamu .. :-)
Akak nak tmbh lg sorang ni, tp lum ada rezki :-)
cha jual jamu ek...mcm bes je jamu tu..
aku merancang sendiri je ... tak brani nk mkn sebarang2 skrg ni .. takut ....aku tak de amik ape2 pun ubat utk merancang hanya sendri2 je ... nasib2 la tu ....
aku suka khasiat no. 6 .... tu ade perubahan tak ko ch@ .... klu makin mantap aku pun nk try la
saya dah mkn MAB ni cha. so far alhamdulillah.period teratur.makin bertenaga. membuang hari2 pun bagus. alhamdulillah serasi la.
..hmm perlukah kucuba?
SisYana:
Kwn kita mkn Biodex, kalo x silapla. Dia siap buat rawatan kesuburan mcm kekDa tu. Anak 1st.
Salhah Suhot, Orked, Eima:
In shaa Allah boleh cuba nnt. Kita mmg x bolehla kaedah 'merancang sendiri'. Kena alternatif lain. Cucuk, rasa x yakin. Pil biasa, tkt plak bdn naik (hehe), IUD lagila ngeri.
Utk bg bdn bertenaga pun ya juga. Bestla.
KakIeyna:
Boleh jg mkn MAB ni kak...ambil 3kali x silap (nnt kita search blk) utk bersihkan rahim...pastu in shaa Allah.
Riena:
Kan kan kan? Setuju!
Fizah:
Tepuk dada tanya diri. Aku mmg blm larat nk jaga bb lg wei. Nk psg bdn gittu...
wah bangus nie...
akak makan pil hospital..nak cari keadah lain pulak..mals nak pi hospital...
salam,
kalau tak nak merancang, tp nak benefit lain dr jamu ni..boleh ke makan ek..hehe
Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html
thanks!
ofismate lya pon ramai ypakai maajun ni.. mmg x diakui kberkesanannya.. tp lya mmg xbrani la nak guna..tkut effect dgn kesihatan lya..
kakJue:
kita cadangkan ambil MAB je la kak, dpt kelebihan kecantikan dalaman.
Nana Aris:
boleh, MAB bagus utk kesihatan dalaman.
Lya:
tak diakui keberkesanannya? errr, apakah maksudnya tu? Lya kan ada special kes, kenala merujuk yg lg pakar.
opismate k.eija pun ramai yg amik MAB ni, mmg bagus, tp k.eija masih bertahan utk planning sendiri je..hehe..
kak eija:
wohooo, cayalah kak eija. kita dh kurang yakin dgn planning sendiri. arrizqi tu planning sendirila ;)
Pm sis..
MAB ni ada jual x..kat kedai2 jamu..ke macam mana..
Post a Comment