Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancang sebaik keluarga aku tiba daripada Kulai,Johor selepas solat Jumaat, aku menyiapkan bagasi dan terus bertolak ke Kulim, Kedah. Wah! kebas segalanya, kejang tangan dan kaki walaupun bukan aku yang memandu. So far, agak lega jugalah sebab Auni dan Adli bergilir naik kereta baru tokPapa yang dipandu Acu.
Sampai di Kulim, terus di ajak makan malam. Pergh! memang terbaiklah makan malam tu. Semua pakat menjaga askar den yang tigo ni dan aku? makan dengan tenang kerana melayan ulser di mulut, habis juga kepala ikan sepinggan yang dimasak kari. Bukan takat kari kepala ikan, ayam goreng seketul, udang masak sambal, nasi dua pinggan dan sirap bandung 2 cawan. Habis diet. Hahaa. [macamla berdietkan?]
Masing-masing bertenang ketika makanan di hidang, sebaik sahaja emak memulakan suapan keributan segera berlaku, Adli hendak turun, Auni buat perangai, Arrizqi hendak dukung, namun kesemuanya berjaya di atasi sehingga emak selesai makan. Hari semakin malam, badan pun sudah minta bantal dan tilam, homestay yang disediakan cukup buat kami tidur hingga tidak sedar diri. Selesa.
Sibuk sungguh si Arrizqi tu. Auni sudah letih, Adli sedang teruja tengok orang lalu lalang.
Majlis hari Sabtu, 14 Jun 2013 dimulakan pada waktu tengah hari, aku memang tidak masuk campur sangat apa yang dibincangkan. Sendiri-sendiri sahaja, tapi bila tiba harinya nanti aku sudah ada hadiah untuk mereka berdua, aku kakak yang spoting ;) Apa yang penting, aku sambung makan lagi, nasi dua pinggan, daging kambing seketui dan ayam seketui serta sedikit acar. Air, sirap bandung dua cawan. Orang lain dah bangun bersilih ganti, aku masih setia dengan makan. Lengkap dengan kuih muihnya sekali. Yummy!
Siap untuk memetik bunga. Where is Adli? dia sedang layan peminatnya.
Dari Johor ke Kedah.
Azlina, inila bunga yang telah dipetik.
In shaa Allah, semoga ceria dan bahagia hingga ke jinjang pelamin. Acu dan makcu kesayangan tiga askar ini.
Semoga ikatan ini kekal hingga ke gerbang perkahwinan. Menjaga tatasusila, menjaga nama baik keluarga, sabar dengan dugaan dan cabaran yang mendatang, tiba-tiba aku sebak. Ihiks.
Macam biasa daripada kami sekeluarga.
My family 2013 :)
Love this picture so much.
Nota hijau: Bertambah lagi ahli keluarga, in shaa Allah. Macam biasalah, orang tidak percaya anak aku sudah tiga. Percayala, percayala, percayala... - ihiks.
12 comments:
klu tak kenamemang tak caya...
tapi bila dah kenal baru percaya...
ibu muda anak tiga...
jalan sakan no depa . Lain kali boleh la singgah ke Pt Buntaq .
Alhamdulillah
Selamat semuanya..
Cantek bunga :)
Pandai acu pilih :)
Alhamdulillah... :-)... tahniah, n moga cepat2 naik pelamin, boleh 3 askar dpt sepupu cepat..heee..
Ha a gambar family yg lengkap n cukup smpurna.. alhamdulillah.. :-)
jauh benar berjalan tu..mmmm...pic last mmg cun
sempat tak mkn2 mknan utara ni ... aku suka blk kg ..sbb mknan sana semua best bg aku
tahniah utk adik kamu...
betui la...tk pcaya kamu dh anak 3..
sbb kamu tu nmpk muda..hehe
jauh pjlanan utara selatan..
teringat balik time kita tunang2 dulu..hikhik
kalo bjln p mana nanti org ingt 3 askar tu adik2 akak..untunglah dear awet muda..hehe
alhamdulillah bila langsungnya tu ... insyallah moga hingga kejinjang pelamin...
saya percaya .. saya percaya ... kamu sudah punya anak 3
pic family tu pasal en hubby senyom ke yg suke sgt tuh..hehe..
byk makan cha, badan menten kuruih..apa rahsia? ;)
ohh ni maksudnya berjalan2 sambil memetik..:)
suka jgk tgk pic family cha ni :))
kakJue:
dah mcm pantun akak ni.
Eima, kakYanti:
habis majlis terus blk. tak menyempat nak bersior nya. yg demamlah, yg letihla.
kakNad:
kenalan sama belajar.
kakIeyna:
in shaa Allah. dpt sepupu mmg hbs la rmh tokMama.
Sue:
payah sungguh nak snap, nasib adik yg amek so dia snap byk2 pilih satu yg terbaik.
Zura@Iwan:
akak pun sama. nmpk mcm student ja lg.
Ain:
hahaa, adik2 kan. walhal?
ain pun sama, mcm bbdk je.
kakYana:
ihiks. yeay, bgs2.
Fizah:
ahahha, mmg suka mkn. mkn byk tapi pipi je naik. muahahaa.
tgh gelakkan adli buat peace x jadi2.
kakEija:
hehe, memetik bunga di taman.
tq kakEija.
Post a Comment