Tuesday, 25 June 2013

Membesar dengan kemanjaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arrizqi balas dendam. Itula yang aku rasa sekarang ni, menginjak ke usia sembilan bulan, sudah pandai duduk, sudah boleh berdiri dengan sendiri, sudah makan nasi lembik dan lauk orang dewasa, sudah mempunyai dua batang gigi bawah bahagian tengah, sudah pandai mengamuk, sudah pandai mengurat, sudah pandai emo. Huargh!

Buka sahaja mata yang pertama mesti dia lihat ialah aku. Buka sahaja mata tidak kira tidur siang mahupun malam, aku wajib berada dekat dengannya. Sekiranya tiada aku? Nahas, bergemalah tangisan yang bukan calang-calang, tangisan yang berterusan tanpa henti selagi aku sendiri yang mendukungnya. Arrizqi mengambil peluang berganda apabila aku duduk bersamanya. Melihat dia bermain, memerhati dia bergurau senda, memeluk sebaik memek muka berubah, memujuk ketika hendak tidur, mendodoi bila masa tidur. Bila aku bangun sahaja, mula hendak melangkah, dia bagaikan tahu-tahu sahaja emak tiada disisi. Menangis.

Kerja harian akan tertunda apabila matanya celik. Kesemuanya menjadi lambat atau aku tidak akan buat langsung kerana Arrizqi yang akan berkepit sepanjang hari. My oh my! Bertambah rumit dan ruwet apabila jerebu teruk melanda selatan negara beberapa hari yang lepas, Arrizqi turut terkena tempiasnya, demam selama dua hari, natijahnya emaklah yang kena melayannya. Huaaa...

Lepas kebah, naik pula bintik-bintik di badan, membawa ke muka, hai lah campakkah? beritahu abi, dia buat selamba je, masuk hari kedua kurang sikit. Arrizqi pun tidak merengek lelebih. Aktif macam biasa. 

So, hari ni aku bawa mamat ni pergi check up macam biasa. Semoga Arrizqi terus membesar dengan sihat. 

 Jiwa yang sudah pandai duduk.

 Arrizqi, tertidur ketika makan.

Aku kena cas semasa dia hendak tidur. Kebiasaannya memang begini.
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat, selamat dan dipermudahkan.

15 comments:

Masya said...

alllahuakbar .... masa mcm ni kala x sihat mmg meragm jerlah, kdg sendir naik binggung

nad said...

Gmbr tido masa makan tu cute! Haha!
Penat sungguh tu :)

Fizah said...

matanya cantik..semoga sihat2 ye arrizqi - jiwa emak! =)

jaja_NorLiza said...

comel..
moga arrizqi bertambah sihat..

cuaca sekarang buat mak2 cam kita risau kan?? err...

:: Mrs.SyahNia :: said...

anak mak sgguh ni

maybe sbb skang akk fulltime kat umah
,tu yg nak melekat ngan ummi yea,,hihi takpelah arrizqi tido ummi tido lah skali..hikhik

mamaarifakeemaisy said...

Arriqzi.. anak manja mak sbb dr awal, dgn mak jee kan.. untung dia tau :-)

Adoooi arrizqi, boleh pulak tertidur time makan,.huuu...

yantisa said...

takpe cha ... penat yg berbaloi , dapat lihat anak membesar depan mata .

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

ololo comeynyer dier boleh tertido time makan yek...penat sangat tu...

eima said...

bakal mengikut jejak abang kakak die ni ... die comey bolat gitu ....

ch@ said...

KakJaja, KakYana:
Lagi kalo yg sakit tu berderet tiga, mmg pening.

Lizz, KakNad:
Mmg ms tdo tapi nk jgk mkn. Tu la dia.

Fizah:
Sepet sangat.

KakIeyna, Ain:
Kat rmh pun xde la pegang je tapi tu la. Bau emak tu jg yg dicari.

KakYanti:
Redah je kak, hiks.

Eima:
Dia ikut kakak sungguh. Lasak.


eija_sweetmama said...

mesti lah anak manja emak..
untung emak dia dapat jaga sepenuh masa, anak² k.eija nampknye dua² rapat dgn papa dia...

Izan Ishak said...

comel plak tagk dia tertidur masa makan tu. comot tapi tetap comel!

ch@ said...

kakEija:
manja terlebih, sampai abi pun stres dia asyik nak melekat dgn emak. kita ni kalo dia dah lekat, mmg mls dh nak buat kerja lain.

kakIzan:
ikut pangai abg ngn kakak. tidur tgh mkn.

Jue said...

anak manja umi ...
mcm faez jugak..anak manja ibu...

ch@ said...

kakJue:
tu la tu. handbag.