Thursday, 20 June 2013

Lima, empat, tiga, dua, satu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kadang-kadang tidak sempurna itu lebih baik, tidak sempurna itu membuatkan kita sentiasa hidup dalam kesederhanaan, tidak memandang rendah pada orang lain dan tidak riak. Disebalik ketidak sempurnaan itu mempunyai hikmah dan rahmat yang kita tidak ketahui. In shaa Allah.

Lima.

Empat

Tiga.

Dua.

Satu.

Masih juga orang persoalkan lagi, bila sedang menunggu abi, dia sedang membayar atau ke tandas di pusat belibelah meninggalkan aku sendirian bersama anak-anak, 
"ada berapa semuanya?", aku menjawab jujur sahaja, 
"tiga, seorang perempuan dua lelaki". Pertanyaan diteruskan, 
"semuanya anak?", biasanya aku angguk sahaja, senyum. Masih juga belum puas hati, mungkin tidak seperti emak-emak dan pertanyaan ni aju lagi sekali 
"umur berapa?" aku jujur sahaja lagi sekali, 
"29 sama dengan suami". Biasanya, soalan dihabiskan dengan kata-kata 
"muda-muda anak dah ramai, bagusnya" aku senyum lagi, tidak tahu perkataan apa yang sesuai sebagai balasan.

Dalam kereta, aku berfikir. Kenapa? Purata berapa orang anak yang sepatutnya pada umur aku ni? Rezeki tu, kita tidak tahu bila Allah hendak bagi. Pada awal-awal dahulu aku tidak kisah sangat bila orang tanya, lately aku mula berfikir pelik sangatkah aku beranak berderet ni. Muka aku ni, tidak rupa emak-emak ke? tapi bila aku fikir lebih mendalam, aku beruntung sebenarnya. Usia begini aku dikata kakak kepada anak-anak aku. Jauh lebih muda, hahaa.

Nota hijau: Walaupun aku tidak sempurna seperti emak-emak lain, bagai seorang kakak menjaga adik-adiknya, hakikatnya aku yang melahirkan anak-anak abi, aku menjalani kehidupan seperti emak-emak yang lain juga. Peace yo!

20 comments:

syawalsimpsons said...

sokong sgt2 kata2 tu....

Ako Retna said...

sebab awak muda la orang x caya awak dah beranak tiga hehehe...!!

Caya la cha!!
Muda slalu...
Senyum sokmo deh hehehe ;)

nad said...

Huhu...
Kak nad suka perenggan pertama tu
Rase sebak tetibe..

Masya said...

biar pun lima, empat, tiga, dua, satu .. satu yg kita nampak senyuman cha masih sama... nampak gigi .. memang senyuman yg ikhlaskan...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

alhamdulillah..rezeki Allah bagi dlm pelbagai bentuk.rezeki anda dlm bentuk zuriat. =) tp memg sis nmpk muda sgt dgn 3 children =)

eima said...

ko ngan aku sama org tak ckp yg 2 org tua anak aku ...slalu org ckp tu anak buah ai tau .... hihihi

waktu mengandung alisha 8 bln lebih...aku dokong fahim perut mungkin tersorok ngan fahim ... aku dpt duit raya waktu marhaban ...huahuahua mungkin org ingat aku si kakak bw adek nye pi marhaban kot ....

pttnye suami kite ptt bangga kan dpt binik yg awet muda ....hahahaha

ch@ aku slalu anggap kata2 org yg terkejut tu sbb pujian ...positif tau dear ...

Fizah said...

gmbr yg last tu bukan satu tu..empat tu...hihi...btw gmbr berdua plg sweet...;-)

p/s bila nk berenam pulak...wohohoho ;D

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

alhamdulillah cha..kamu murah rezeki...syukur pada Allah.

tk kisah org btanya mcm mn pn kan..kamu mempunyai keistimewaan kerana wajah kamu or fizikal kamu nmpk muda.

akak pula sbaliknya..org btanya.."anak baru sorang" nak buat cm mn kan..rezeki masing2...:)

jaja_NorLiza said...

laaa...dah 29 si cha ni..mmg awet muda la ko ni cha! kalo pakai baju sekolah pon org caye student tau!

anak tu rezeki..nati tambah lagi..moh kita ..tetiba.. :)

:: Mrs.SyahNia :: said...

kak, time muda lah kita nk ada anak dan melahirkan anak..

nanti umur 40 ke atas, anak suma dah beso2 bole jd kwn..ain pun rancang nak ank 4 orang sblm umor 30thn..haha

setiap ank pasti ada rzekinya..dan untung akak masih sprti anak dara walau suda ber3..peaceeeeeee

mamaarifakeemaisy said...

Cha beruntung tau, rezki Allah bgi awal, nnti anak mmbesar, cha msh sihat n muda :-)... akak 29 baru anak sorang..heee...

Cha dr sorang jd 5, masih muka yg sama.. kalau akak ni, dr 1 kepada 4 mmg jauh berbeza..hahaha... cmno, rezki Allah semua tu kan... :-)

ch@ said...

kakNad, Sue:
tq. cipta sendiri.

kakRet:
umur byk, muka je tak berubah.
senyum sokmo deh.

kakYana:
abi pernah jg kata, sekali sekala tutup la mulut tu bila senyum. tapi dia lbh suka wife dia senyum nmpk gg, mcm ada dawai tarik.

Maera:
pengasuh anak2 akak kata, baby face. pertama kali dengar akak gelak, pd hal masa skolah dulu mmg nak sgt muka bb face. hiks.

Eima:
ahaha, aku pun wei. dapat duit raya masa anak dah dua, tapi anak dah tiga ni taktaula. org dh cam.

Fizah:
nnt la dulu. bg aku rest skjp. asyik ngejar anak, tak sempat nak pasang badan.

kakZura:
akak pun x nmpk spt mak2. anak tu rezki. in shaa Allah ada utk akak.

kakJaja:
hahaa, byk kan nombornya? thn dpn 30. aish! tggu akak dulula. baru kita.

Ain:
awak ok la 4 sblm 30. sempat lagi. akak taklah... tak larat wei. fengsan.

kakIeyna:
smg kekal doa akak tu. in shaa Allah. sebab sakit ni kita tak tau bila akan ada. tak boleh hendak kata.
apapun akak pun sudah ada dua org bodyguard kecil yg comel.

Unknown said...

Suka gamabr first tu..
Ropa macam abang n kakak melayan adik2..

shay said...

ok la tu... apa nak kisah orang kata...

ch@ said...

Lynd:
Ahahaaa...abi tu makin anak byk, makin bergaya. Jeles sungguh.

KakShay:
Btl. Ok x fikir dah. Just go on ja.

Izan Ishak said...

umi cha memang awet muda pun. k.izan suka tgk cha senyum. langsung tak berubah.

k.izan pun biasa ditegur gitu. nak2 kalau jumpa org2 tua n chinese. 'anak 5 org? semua lelaki? umur berapa kawen ni?' macam 2 soalan keluar. dan biasanya mmg akhirnya akan ckp...' untung muda2 dah anak ramai...' alhamdulillah... rezki Allah datang dlm pelbagai bentuk kan cha.

# kalau cha umur 29 anak dah 3, k.izan dulu umur baru 27, anak dah 4... hehe :)

ch@ said...

kakIzan:
alaaa kita takde kembar. anak tiga before 30 kira ok la kot.

Bee said...

eh 29 ada 3 anak , sama dengan aku hehe ...

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

salam jengah :)
memang sis sungguh awet muda.
saya pn i'Allah akan bersalin hujung tahun ni.
dan dah 3tahun berturut bersalin.
ramai juga orang cakap.
xpe beranak muda2 senang,susah dulu sekrang ni.
tapi memang rasa penat.
sulung girl
kedua boy
ketiga i'Allah boy.

you're such an inspiring umi <3

ch@ said...

bee:
mmg tak leh lawan ko la mek, laju benor.

mamaTisyaThaqif:
salam perkenalan, lps ni kena tukar nama mama3T ihiks, cute ja. congrates anak tiga.