Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Nadia Irwani Hamidi atau mamaZN, nama yang tidak asing daripada arena blogging, shopping, facebooking, instagram, holiday, resipi. Hah! apo laie, seorang yang kelakar, sporting, sempoi. Tidak lupa seorang yang rajin, kami pernah bertemu sekali. Sekali sahaja namun, ikatan persahabatan terus bersambung hingga kini.
Bersungguh kakNad tidak bagi aku pergi jenjalan hari semalam. Mulanya, dia hendak buat kejutan tidak langsung memberitahu aku namun biasalah perkara yang tidak dirancang ni kebiasaannya sukar hendak berjaya. Manalah tahu, hari semalam aku keluar bawa Arrizqi pergi checkup ke kan...mana tahu. Melepas aku sebiji kek.
Biasanya pos laju akan sampai petang, jadi awal-awal pagi memang aku sibuk menguruskan hal-hal rumah, tiba-tiba sahaja ada orang tekan loceng, ting-tong. Terpinga-pinga kejap. Auni yang lebih dahulu berlari keluar pintu, aku masih lagi melayan Arrizqi dan Adli. Boleh pula encik abang tu tanya Auni, "Syasya Ab Latib, ada di sini ke?" hahaa, habis kantoi satu kejiranan.
Serius aku tidak perasan bunyi lori tu, sama dengan bunyi kereta jiran depan so aku tidak pedulila, hiks. Terus bukala apalagas (kakNad punya trademark). Wow! Wow! Wow! tergamam. Serius tergamam sekejap. Tergamam, terharu, terkedu, ter-ter-ter. Aduhai, terima kasih kakNad. Terima kasih sangat-sangat-sangat.
Kata kawan-kawan aku S untuk Syasya, Super mom!!! terharu. Inila kek paling istimewa sempena ulangtahun kelahiran aku ke-29. Suka sangat. Jom menjamu selera :)
Tengah aku duduk rilekskan, melayankan Arrizqi aku pun conteng diari macam biasa. Membuat penyenaraian kerja yang aku lakukan setiap hari.
Aku seorang pengurus rumah tangga. Peace yaw.
cinta, hati dan jiwa.
Yummy, habis pada budak bertiga. Arrizqi makan laju betul.
Ketenangan yang dicari, belum ku temui.
12 comments:
terbaik arr wei..nak sikit..kikikiki...
suprise supermom syasa ... hahahaha kan...
ni kalau amir nampak mahu lah meleleh air liur si bujang tu.. sudahlah sejak akhir² ni minat superman... mahu dia mintak kek macam ni bulan depan.
huyoooooooooooooooooo...
terbaiklah.....
nak sikit boleh
Takde ingatan dpt kak nad kasi sbg tanda persabahatan... Ni jek la pun.. Harap sudi terima... Saje je pun buat suka2 utk budak2 tu ngan mak budak skali :)
perghhhh.. terbaik lah... :)
wah tumpang terharu jgk, mmg seorang sahabat yg baik nad ni..
cantik kek pilihan nad buat supurmom cha..
bagusnya cha buat senarai tugas di rumah pun cantik n kemas
wahhh nad mmg cam tu ..suka buat surprise ...aku je belum terbalas surprise dr korg ...hmmmm
salam kenal..
teruja dengan contengan diari benertuk mnd map tu. suri rumah yang hebat dan terpelajar :)
cha..bestnyaa kek..!!
nad, birthday saya 7eleven...ahaha ;D mimpi le ko! kikiki
cha..emel jadual tugas pengurus rumahtangga tu blh...?
i is adore...like seriously!!!!! puhleeesseeeee...
kakJue, Sue:
lambat, habis!
kakYana:
jgn buka bloghijau dpn amir.
kakNad:
sangat berterima kasih yg tidak terhingga, bergenang air mata nak ambil gambar kek, apatah lg nk motongnya. suami pun tak buat canni.
Eima, JassNani:
thumbs up!
kakEija:
oih, biar btl kak, kita conteng je buku tu. tak muat.
Aziyana:
pengurus rumah tangga :), terpelajar? diploma saja la.
Fizah:
tak nak la, malu ja. buat kerja rumah pun nak kecoh masuk blog. hahaa. malula canni.
Waaaah terbaeek la nad kasik kejutan :-).. pasti2nyelah buat empunya penerima teruja plus terharu .. nad mmg baekhati :-)
KakIeyna:
Tu la kakNad. Terkezut i tau.
Post a Comment