Monday, 22 April 2013

Kali yang pertama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, sudah lama berkurung sahaja di rumah-tipu, bukan ke baru pergi belanja barang dapur? Eheks, itu rutin sekali sebulan, restock barang dapur, biasala tu kan. Jadi, tiada apa yang menarik sangat melainkan aku betul-betul tinggalkan dunia yang berkaitan dengan telefon. Iya, telefon tangan makcik yang ala Korea tu rosak, jadi abi suruh guna telefon Nokia E66 dia, letih praktis jari pasal dah terbiasa sentuh skrin. Babai la kepada wassap dan wechat tu, bebas kejap rasa.

Satu hari sebelum pergi belanja, dengan abi yang belum balik out-station tiba-tiba terasa hendak buat cookies yang coklat cip tu. Gigih tidurkan Arrizqi, udahlah tiada alat pemutar tu, lenguh keti memukul mentega dan bahan-bahan lain. Cari pun resipi yang mudah, maklumlah kali pertama hendak merasmikan oven hadiah perkahwinan. Kali pertama buat cookies sepanjang kehidupan, mau tak teruja.

Round pertama bakar, gagal. Rentung bahagian bawah biskut. Round kedua, gagal bahagian atas pula rentung, round ketiga baru cun. Practice make perfect. Aku pun salahkan diri sendiri je, sebab hilangkan manual book oven tu, pastu kali pertama hidupkan oven sendiri, selalu hanya jadi penonton mama, gila punya gigil. Pening kepala abi bila aku asyik tanya je, tak terbakar ke biar bakar biskut di tempat asal duduk oven tu. 


Jadi, bila round ketiga sudah jadi, apalagi kan, kita santai sajalah biskut Coklat Cip tanpa telur. Hahaa. 

Cabaran membuat biskut, tu jangan katalah. Yang berakla, yang hendak mandilah, yang tiba-tiba bangun daripada tidur, adoiii getir rasa hendak habiskan satu adunan tu. Struggle. Bila tengok Adli dan Auni curi makan, legala rasanya. Kira jadila tu. 

Bila sekali sudah menjadi, makanya akan menjadi-jadila penggunaan oven yang hidup kesepian selepas ini, hahaa.

Hah, ginila gaya syurga bila emak sibuk. Karam.

Nota hijau: Resipi tu, aku google sahaja. Terus keluar. 

16 comments:

Masya said...

good job umi, good job ....
pada² umi bz sempat jugak baju anak² sedondon...
nnt cuba resepi pizza pulak tau hihihihihi......

nad said...

Wahwah! Salute la!
Gud job my fren! :)

Fizah said...

somelnyaaa baju anak3 cha!

cookies ni mmg kuih-wajib-ada setiap aidilfitri..blh cuba buat hari biasa ek..

=)

Jue said...

gigih...buat biskut...
huhuhuhu memang mencabarkan...

Rasp said...

wahhhhh syabas syabas...
lepas nie lebih banyak cookies lah sis...
resepi2 lak semuanya dah dihujung jari kannnn..

JaSSNaNi said...

karam pun karam lah... janji anak2 semua gembira.. hehehe.. sama je keadaannya di rumah sesapa yg ada anak kecil2 ni.. heheheh

eima said...

wahh tahun ni boleh la buat kuih raya sendrik....hee

eija_sweetmama said...

hehe, paham sgt perasaan keterujaan menggunakan oven yg selama ni bertapa sbb eija pun dah rasa, mmg lepas tu asik la menggunakan oven sampaikan semangat buat biskut raya sendiri. tahun ni mesti cha semangat buat biskut raya..

yantisa said...

bestnya dapat buat cookies ... akak ni nak masak pun tak sempat .

ch@ said...

Yana:
seragam tu mesti.

kakNad:
aja-aja fighty ;)

Fizah:
bila tekak teringin, buat saja Fizah.

kakJue, kakYanti:
mcm hendak tercabut kaki, ulangalik ruang anak2 dgn dapur. hendak dudukkan di dapur, panas.

Rasp:
btl2, cuma rajin ngan tak je la kak. hehee.

JassNani, Eija:
kan...?

Eima:
insyaAllah, yg simple2 tu kan.

Salina@IbuAqil said...

Cayalah cha..
Entry2 msk cha buat akak lebih semangat nak cuba buat mcm mu buat ni dik..
:D
Karam pun karam lah..
Janji mak ttp bahagia kau.. ;D

ch@ said...

ibuAqil:
okok, nnt share tau bila jadi.

mamaarifakeemaisy said...

Waaa best best.. cayalah cha.. good job tuuu... :-) nnti resepi lelain pulak ye..

ch@ said...

kakIeyna:
gigih tau ni.

sal ya said...

biasa buat kek je sebab mixer tak ada. hari tu nak beli tp ckp kat husben tak apa la. tak penting. adehhh...

ch@ said...

kakSal:
kita dah request pun, hahaa. dptnya taktaula bila.