Wednesday, 3 April 2013

Air tangan emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak, kalau meminta bukan main lagi, boleh tukar perangai, boleh berubah tingkah laku. Kuasa pujukan sangat susah untuk tidak ditunaikan emak. Emak, kalau anak yang meminta memang tidak boleh tidak ditunaikan, jam-jam tu juga kalau boleh hendak diberikan.

Hah! panjang pendahuluan aku. Permintaan anak dara abi, bila tiada abi (kerja) sukalah hendak dera emak, entah macam mana tiba-tiba sahaja buat permintaan hendak kek. Huk aloh! minta yang tidak payah bancuh boleh tak? Kerana mu anak, tidak mengapa emak rela berjuang bersengkang mata melawan kantuk dan mengimun rasa keletihan sepanjang hari.

Auni, minta kek dengan aku. Kek pula tidak mahu yang beli, hendak emak punya. Pilu betul hendak membancuh bila mood hendak buat kek entah ke mana.

"Auni nak kek, boleh tak umi?" tanya tiba-tiba, apahal?

"errr, mana hendak beli? abi tak balik malam ni?" emak memicing pandangan kepadanya yang sedang melentok-lentok possing atas sofa.

"umi buatla, umikan pandai buat kek" pujuk lagi, kali ni bertukar tempat duduk.

"adik ni tak tidur macam mana nak buat kek, tunggu lusala beday acu, ma cu datang bawa kek" emak mikir helah untuk dia tidak kecil hati.

"Auni nak kek umi, nak kek" ok dah tegas kat situ. Kena jugala buatkan.

"Auni tidurla dulu, nanti umi buat. Buat malam ni kena makan esok pagi" emak kalah, bangun pergi dapur menyiapkan bahan.

Haaa, buatnya sekejap je. Tapi, dapur aku...ma'ai, macam hendak terbalik dikerjakan Adli. Siap saja kek simple, bubuh dalam peti siap dengan amaran sekali.

"biar sejuk dulu, jangan curi-curi makan, jangan korek dengan jari" hahaa, aku la tu.

"makan esok pagi ye" Auni menjawab setelah terasa dia yang selalu ajak Adli memprojek peti sejuk. 

 Kek batik Auni.

 Suasana dapur.

Peminat tegar kek batik emak. Bangun awal terus tuju peti, peluk bekas kek.

 Peminat tegar masakan emak, apa saja.

Setakat ini, masih peminat tegar puri emak.

Kek yang buatnya tidak sampai setengah jam pun, cuma bila kemalasan dah menguasai, tu yang jadi liat je nak bergerak. Hahaa, kecoh je kan? kek batik je pun. Uish! selain Auni ada juga yang tertarik dengan kek batik aku ni. Kata kawan aku, air tangan tu yang membuatkan kek tu sedap atau tidak? setuju?

Nota hijau: Demimu anak.  

15 comments:

@e_da said...

seronok masak bila anak2 suka nak makan...

♥cikmOt♥ said...

heehhe, esok tagline blog ni kena tukar, emak dan empat askarnya...alalala

Jue said...

rajin emaknya...

Izan Ishak said...

Wahhh... sedap pulak tgk kek batik yg cha buat ni.

k.izan pun tak rajin, resepi yg kacang pun malas nak buat. tapi demi anak... kena gagahkan juga. kalau tak, laparlah jawabnya.. hikhik

nad said...

Meh nak rase jugak cha :)

eija_sweetmama said...

Setuju, air tgn ibu mmg sedap..

sedapnye tgk kek batik, eija ni dr sehari ke sehari nak try buat kek batik ni x terbuat..huhu

eima said...

uik 4 ???? aku tatau pun ni .. pe kes... ch@ sila jawab ....

aku jugak dah beli milo beli coklat beli biskut meri last2 bancuh milo cicah meri je .. hahhaha terer ngan rajin la ko ch@ wlupun dah penat seharian

JaSSNaNi said...

ok apa.. jadi gak.. yg kita ni dah beli butter, telo segala bahan nak buat kek butter je pun.. tak jadi2.. hahahaha.. lama2 butter tu sapu kat roti wat bekfes nak dtg keje je.. telo lak nanti abis kat anak2 dok wat makanngan nasi..huhhh.. datang lah semangattt.. menyeru ni..

Orked said...

wahhh!! sedapnya dia makan...lapar la perut auntie..

Masya said...

nak rasa jugak hahahaha.... mmglah pg mana pun air tgn mak jugak terbaikkan...

Ibu Lala said...

Dah lama dah tak buat kek batik ni. Sedap gak kan.

mamaarifakeemaisy said...

Setuju... anak2 mmg suka masakan dr air tgn mak... :-)

Cha dh share ke resepi kek ni, nak try jugak..kakakmu ini nk blajar jugak.. msk kek ni mmg mls betul..padahal kalau buat sekejap siap.. nak dgn taknak je..

ch@ said...

kak@eda:
sampai pening nak mikir apa, kena cipta menu2 baru.

cikMot:
harap boleh guna dua tiga thn lg yg ni.

eima:
ye la, btl kata cikMot tu esok tmbh anak lg, tukarla jd emak empat askar. kau nak tau apa? aku preggy? mmg la taktau sbb aku tak preggy pun. cikMot saje tu.

kakJue:
akak pun rajin jgk.

kakIzan:
btl tu, sjk jd emak2 ni, asyikla membelek resipi tapi nak membuatnya blm dan lg, arrizqi asyik nak emak ja.

kakNad, yana:
kakNad ngn yana lg terror. sama je resipi, google kat blog mamaDanishDeena (kak@eda)

eija, ibuLala:
jom buat, sambil masak mkn mlm pun sempat.

jassNani:
hahaa, ada part camtu gak. biskutla selalu habis dulu.

orked:
auni ni susah mkn nasi. so apa2 permintaan dia yg berkaitan dgn mkn mmg tak kompromi, kena sediakan. adli mmg takyah pelawa, dia dtg sendiri.

kakEiyna:
alaaa, nak kena share resipi jgk ek, kat blog kak@eda ada rasanya. dia pun yg bg resipi ni. haha.

sal ya said...

air tgn mak tu yg anak2 suka. tak sedap pun ttp sedap pd dia org.

ch@ said...

KakSal:
Ooo mcm tu ye.