Tuesday, 12 February 2013

Perkembangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hurey!!! tahniah Arrizqi. Entry lepas masih gigih berusaha, selepas beberapa hari tiada lagi tangan tersepit, Arrizqi berjaya meniarap, hehe. Perkembangan yang betul-betul memberangsangkan. Cepat dan pantas. Impresif.

Bila sudah meniarap, sesi seterusnya ialah menjadi kombat. Sudah mula dengan pusing 360 darjah dengan kepala dapat disokong kukuh. Alhamdulillah, bayi rezeki ini sangat mudah dijaga dan berdikari dan suka berusaha.

Terlungkup.

 Turning around.

Dua bulan lagi, aku akan mula sibuk dengan memuri. Macam biasalah, aku akan sejukbekukan puri sebagaimana abang Adli dahulu walaupun aku surirumah sepenuh masa. Malaskan. Apa yang pasti, memuri kali ini akan menjadi dua kali ganda, disebabkan abang Adli mahu kenduri bersama. Sudah terbayang di mata. Dan, sedikit hari lagi, Arrizqi akan menggantikan kakak Auni memakai Cloth Diapers [CD]. Kakak Auni sudah mula belajar menggunakan tandas.

Sedikit hari lagi, Arrizqi akan sesaiz dengan abang Adli, tidak sabar sangat hendak tengok dua orang tu bergandingan. Adli pun nampaknya tidak sabar untuk mengajak Arrizqi bermain. Oleh kerana Auni sudah pun terpikat dengan merah jambu, makanya Adli dan Arrizqi boleh disedondonkan. Hehee, bodyguard kakak.

Sekarang pun, Arrizqi sudah memakai kesemua baju Adli, share. Mana baju Auni yang sama dengan Adli dahulu, Adli yang pakai, baju Adli turunkan pada Arrizqi. Untung lagila Auni, dapat baju baru warna merah jambu, princess, now nak kena carikan spender Mickey Mouse pula. Ayooo. Request mahukan spender Mickey Mouse.

Merenung.

Reading story.

Sleeping together. 

Kissing.

Adli sangat sayangkan Arrizqi, dia jarang buli Arrizqi. Walaupun ada sedikit cemburu, tapi Adli akan mengalah. Adli seorang pendiam, pemalu dan tidak seagresif Auni.

Sikit hari lagi, aku kena mop lantai hari-hari. Auni semakin bijak membuka peti ais, ambil mangkuk, sudu dan sebagainya. Adli semakin aktif dan kuat makan, apa kakak makan dia mahu juga, apa kakak buat dia mahu juga, kakak cepuk dia cepuk balik. Arrizqi, akan mula berkombat. Siaplah, aku pun bersilat.

Nota hijau: Rindu hendak ber art sudah tidak terbedung lagi, sobs!!!

8 comments:

yantisa said...

so cute ... hero dua ni sikit hari lagi akan nampak macam kembar .

Unknown said...

dua2 comel...hihi..abang bacakan buku untuk adik yer =)

mamaarifakeemaisy said...

Aturan Allah adalah yg terrbaek! :-)

Syukur...anak2 mcm kembar, boleh blajr n membesar bersama..untung kakak auni, ada 2 bodyguard nntinya..

Issh..teringin plak nk tambh ahli :P

eija_sweetmama said...

sweet sgt tgk aksi 2 heroes cha ni, nmpk sgt adli sygkan adiknya tu..comey2..geram tgk..:)

Tahniah Arrizqi :))

eima said...

sweet je adli kan ... die paham yg die dah jd abg ... wlu pun ade riqki adli kena manjakan die jugak tau ch@ ...kesian die ...

ch@ said...

kakYanti:
ha'a kak, tunggu Arrizqi pandai duduk karang, dah samalah.

mamaIla:
mujur dia tak baling buku tu atas adik dia.

kakIeyna:
jom-jom, perempuan pula kak.

eija:
ihiks...time sepakat mmg best, time gaduh tu. aduhai...

eima:
ye, aku mmg mnja kan dia pun sbb dia je byk iras aku. hahaa.

sal ya said...

sama macam Anis dgn Azfar. sgt rapat.

ch@ said...

kakSal:
jangan ada benci.