Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Syukur rahmat ALLAH, syukur atas yang Allah aturkan,
walaupun perit untuk dilalui namun pasti ada hikmah disebaliknya. Hidup ini
indah, jika tidak sekarang menghargai kehidupan adalah amat sukar dan sentiasa
merungut serta tidak ikhlas untuk hari-hari mendatang. Belajar menerima
walaupun perit.
Auni, Adli dan Arrizqi. Lambang cinta antara aku dan abi,
insyaALLAH jika panjang umur dan ada rezeki mereka bertiga akan beradik lagi,
bukan sekarang. Buat masa ini, biarlah aku belajar menerima seadanya apa yang
aku ada. Menjaga mereka bertiga adalah cabaran paling besar yang mesti aku
tempuh sepanjang 29 tahun ini.
Auni, ku fikirkan baru tiga tahun rupanya dia sudah pun 4
tahun, banyak lagi yang belum berjaya dilaksanakan kepada dia. Ya, aku cemburu
kepada mereka yang berjaya ‘free drypers’ anak-anak seumur 2-3 tahun. Auni,
tidak ber’drypers’ tetapi aku tidak tahu di mana dia membuang, tahu-tahu seluar
bajunya sudah lencun. Nasib-nasib sahaja aku ternampak dia membuang tu.
Ye, aku cemburu juga kepada mereka-mereka yang telah
menghantar anak ke Taska, Tadika untuk perkembangan pelajaran pertama tetapi
Auni? Masih bertemankan adik-adik di rumah. Kadangkala aku rasa sungguh kasihan
kepadanya, yang hendak sangat bermain dengan kawan-kawan, tetapi aku perlu juga
memikirkan adik-adiknya.
Aku berusaha untuk melatih Auni mengenal huruf, nombor dan
alif ba ta. Huruf tu, dia sudah lancar menyanyi A-Z, nombor pun boleh sudah
1-10 walaupun suka tinggalkan nombor 2. Alif ba ta, baru dapat suku sahaja. Dia
lebih suka ABC. Menyanyi, usah di kata...lagu ABC tu setengah hari pun boleh
dia nyanyi tanpa henti. Pening.
My hero, Adli. Sekali tumbuh gigi serentak semua naik.
Alhamdulillah kesihatan dan aktiviti makannya terus berjalan dengan lancar. Adli
tidak gemarkan yang terlalu manis dan lebih suka makan nasi yang berkuah.
Lasaknya Adli kurang sedikit berbanding kakak, Adli lebih soft. Belajar pun
sendiri-sendiri, tahu-tahu Adli sudah boleh buat sesuatu, juga sudah pandai
menerima arahan mudah dan menjerit sesuka hati.
Bayi rezeki, Arrizqi. Tidurnya sudah seperti abang dan
kakak, sekali-sekala sahaja bangun malam untuk menyusu. Suka hendak berborak
dan ketawa besar dan pantang nampak kelibbat aku. Size drypers sudah bertukar kepada M, besar sikit lagi baru
pakaikan Cloth-Diapers pasal aku malas nak adjust butang. Sangat kuat menyusu, juga mula berkongsi baju
dengan abang Adli. Syukur Alhamdulillah.
Looks like twin. Hahaa... perasan.
Melalui fasa kehidupan.
Melewati usia.
My big hero, teman sehidup semati, as always. Stay the same
macam dahulu juga, Cuma rambut sedikit memutih. Semakin berdedikasi dengan
kerja dan semakin tidak banyak bercakap. Lebih gemar dengan handphone dan
komik. Syukurnya, pinta sahaja apa yang aku mahu insyaALLAH ada rezeki, abi
akan tunaikan. Terima kasih cinta.
Nota hijau: Kehidupan menuju fasa keredhaan ALLAH,
insyaALLAH.
10 comments:
syok aku rasa ... semoga semua sentiasa hepi² je ye ....
Anak2 ni mematangkan kita kn..
Pg td anak umi si Aqil Naim buat hal..
Melalak x nak turun kete pegi sekolah..
Sampai ke pagar sekolah dia menangis..
Puncanya x mo pakai baju uniform taekwando dia..
Hari ni 1st time pakai baju tu..
Aiyooooooooooooo!!
Fenin!!! ;)
syukur alhamdulillah... moga cha sentiasa happy dan bergembira melalui kehidupan ....
Alhamdulillah...
eima:
insyaALLAH, thanks kawan.
ibuAqil:
hahaaa, abg takut agaknya hendak pakai baju tu, mcm umi dialah dulu. namanya ahli taekwando tapi tak pnh dtg latihan, takut.
yana, kakNad:
syukur, alhamdulillah.
Alhamdulillah... moga terus diberikan kecekalan dalam menghandle anak2x.. awal2x memang pasti mcm2 perasaan datang kan.. k.eina pun tak terbayang kalau jd suri rumah sepenuh masa, sbb cuti 3 hari baru ni mengadap anak dan kerja rumah tanpa keluar rumah, mcm2 perasaan dtg..hee~ tp kalau dah ditakdirkan suatu hari nnti, kita akan belajar utk redha' dan menghargai seadanya..
Insyaallah, moga usaha cha utk apa2 sahaja membuahkan hasil..Amin........
mereka bertiga nampak serupa ^_^
kakIeyna:
mana tumpah wajah mak dan pak kalau tidak ke anak2. hihik...
insyaALLAH kak.
Alhamdullillah, seronok klau jd surirumah jika penat lelah kita berbls dihargai suami...
eija:
alhamdulillah.
tiga permata hati yg sentiasa menceriakan hati kan...
Post a Comment