Monday, 21 January 2013

Strip wash.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah hendak habis menaip tadi, laptop buat gila tak save then habis hilang semua. Cis! Jadi, ulangtaip semula. Go thru isi entry je terus. Haaa, pengguna Cloth-Diapers (CD) mesti tahu istilah Strip Wash (SW) ni kan? Dilakukan apabila CD sudah mula tidak berkerja seperti biasa, kurang penyerapan dan bocor insertnya juga keras kejung ibarat kepok lekor made in KL banyak tepung daripada isi ikan. Huhuuu.

Baiklah, setelah aku berpoluh-poluh [tipu] melakukan SW secara solo maka hasilnya agak memberangsangkan. Banyak tu nak kena buat seorang tambah dengan kerja lain lagi, berapa banyak pula tenaga dan masa berhabis di situ kan? Ok-ok, cara aku SW guna cara aci redah asal boleh dan mengambil langkah paling mudah senang dan sedikit malas. Hehee.

Mula rendam insert sahaja dalam air panas. Banyak insert banyaklah air panas. Hati-hati ye, kang melecur pula. Buatla stail ala-ala di kedai dobi tu. Apabila air sudah agak-agak suam, masuk pula pocket CD tu. Aku tibai panggil pocket CD, ada orang guna istilah pantz. Boleh saja. Sebab Pocket CD ni, majority aku punya daripada buatan PUL so tidak boleh terus guna air panas gelegak. Ada orang letak cuka sedikit untuk hilangkan kotoran.

Setelah agak-agak puas hati, tuang semua dalam mesin pencuci pakaian, gantikan Soda Bikarbonat di tempat letak sabun untuk mencucinya supaya CD kelihatan putih bersinar. Dan jemur seperti biasa di bawah sinaran mentari pagi. Hasinya, insert dan CD akan kelihatan seperti baru. Jika tidak puas hati dengan cara aku ni, bisa aja gunakan perkhidmatan Google.

Jenuh hendak masukkan insert dalam pocket. Ting-tong kejap.


Auni dan Adli punya bakal diwarisi Arrizqi pula.

"Baru lepas menghantar abi di depan pintu, feeling isteri mithali la kunun. Ok, bangun semua kerja rumah bermula sekarang. Breakfast, mop lantai, lipat baju, gosok baju abi, masak tengah hari, mandi anak-anak, teman anak-anak, mengajar anak-anak dan bla-bla-bla............ semoga hari ini berjalan dengan lancar. Selamat pagi Isnin :)"

Status FB aku pada hari ini, tidak sangka pula ramai yang like dan komen, rupanya ramai juga yang masih tidak tahu jawatan ku pegang sekarang ini. Pengurus rumah tangga gittu. Daripada kerja bos hingga cleaner. Kikiii. 

Nota hijau: Ok selamat berkerja semua ;)

13 comments:

nad said...

Kak nad stripwash cara paling malas
Guna sunlight je, hehe

Meriah cd geram!

@e_da said...

cantik tersusun!

Jue said...

wah rajin betul umi...

eima said...

ni sebab aku jd malas .... tahniah ch@ good work

Rasp said...

guna cd ni memang kena rajin kan sis....
tugas as a SAHM adalah sangat2 penat...
salute lah kat u sis ....

Yatie MS said...

akak ni lagi malas... langsung belum stripwash lagi cd2 tu... ntah bila nak buat pun tak tahu...mmg perasan cd tu senang bocor dah skrg ni.. byknya koleksi cd cha.. geram tgk.. cantik comel tersusun..

ch@ said...

kakNad:
ada juga guna sunlight tu tapi rmh kita tak guna sunlight.

kak@Eda, kakJue:
:)terima kasih (;

eima:
kau rajin part lain eima.

Rasp:
rajin ke kak? biasa je. SAHM tu apa? hihiii. salute? takkanlah!

YatieMS:
StripWash tu sng je kak, tu la bebudak ni dh mnm air mcm2, tu yg lekas bocor.
CD ekonomi, beli masa sale je.

mamaarifakeemaisy said...

Comel..meriah.. tak rugi pelaburan, boleh perturunan ke anak2x lain kan :-)

ch@ said...

kakIeyna:
insyaALLAH :)

eija_sweetmama said...

Alahai cantik tersusun semua CD-CD tu...:-)

ch@ said...

eija:
;)

nad said...

cd ni masih tersimpan lagi ke cha? nak jual murah2 x? hehe..

Nadwa said...

Nice collection! Saya pun guna QQBABY. Murah dan bagus. 👍