Friday, 25 January 2013

Satu hari yang mencabar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Unplanning, oh! ini bukan cerita pasal mengandungkan Arrizqi akan tetapi cerita fasal kerajinan yang diluar batasan fizikal. Orang sibuk berarak sempena Maulidurrasul, orang sibuk dengan tilam dan bantal sebab bercuti, orang sibuk berehat bersantai bersama keluarga, aku macam biasa tergolong dalam lingkungan yang terakhir tu, bersama keluarga dan macam biasalah.

Di saat abi, Auni, Adli dan Arrizqi tidur dengan tunggang langgangnya, aku berhempas pulas dengan dapur. Banyak benar kerja rasanya, terus je masak tengah hari dan rutin seperti biasa, abi mengajak mencari langsir.   Wiii! ini barang baik-ini barang baik. Suka-suka tapi yang tidak gemar adalah bersiap untuk keluar. Huhuuu.

Bila ada tiga anak yang cekonit-cekonit, yang masing-masing punya rasa tersendiri masa untuk menyiapkan mereka berserta kelengkapannya sekali adalah lebih panjang daripada waktu semasa keluar itu sendiri. Faham?

Emak...kalau kata hendak keluar shopping atau keluar pergi kenduri atau berkelah atau hari keluarga, erti kata ke mana sajalah, kalau boleh seisi rumah hendak dibawanya. Betul tak? Lelebih lagi aku yang suka mementingkan pemakaian warna sedondon, bekalan susu yang lengkap dengan air sejuk panasnya, baju spare untuk anak-anak, tuala jika ter tak sengaja transit di mana-mana, kasut, selipar, bantal, sesemuanyalah. Jika anak seorang kelengkapannya sudah penuh satu kereta, apatah lagi tiga. Hahaaa bayangkan je la cemana. Waja je kot!

Then, semalam kami sekeluarga ke Jln. TAR, ye Masjid India sana, bak kata abi dulu, rumah nombor dua aku, tempat lalulalang pergi balik kerja maunya tidak menyinggah? Orang yang ke sana memang tidak pernah surut melainkan menjelang satu Syawal. Jadi, misinya ialah mencari langsir. Hurey! aku dukung Arrizqi, abi dukung Adli, Auni berpimpin dengan aku. Together-gether gittu. Terus menuju ke Nagoya Textile abi dah tengok dulu kot, cuma tidak pandai memilih.

Harus membuat keputusan cepat dan pantas kerana Auni dan Adli sudah pun bermain sorok-sorok dan babacak antara gulungan-gulungan langsir yang banyaknya itu. Arrizqi boleh tidur tanpa sedar diri, lena betul. Siaplah bahu aku sakit balik karang. Antara tempah dan siap, pilih sahaja ready made, balik tinggal sangkut sahaja. 

Misi lain, mencari novel Setia Hujung Nyawa, tiada dapat dicari naskhah itu. Huhuuu! Hendak memilih novel lain dengan Auni, mencabar sungguh sebab dia berlari ke sana-berlari ke sini, apa depan mata semuanya tidak berkenan, bila sudah pandai memilih. Akula yang kena mengikut rentaknya, abi dah mengawasi Adli yang menyelah, menyelit, menonong dengan tidak padan demoknya. Kedai buku, sempit.

Habis di kedai buku, terus sahaja balik rumah memang tiada apa lagi mahu di cari. Aku bukannya cerewet sangat bila pergi shopping. Janji, apa yang aku mahu tu ada. Dalam kepala, semuanya beli online sahaja, lebih mudah dan tidak perlu bersesak-sesak. Malam tu mama menelefon bertanya khabar, risau melanda fikirannya apabila menonton kisah kanak-kanak hilang masih belum dijumpai.

Ya betul, aku juga sangat bimbang bila keluar shopping dengan anak-anak bersama abi, apatah lagi bila telefon tangannya tidak putus berdering. Bimbang jika terlepas pandang. Aku tidak boleh menjadi begitu cerewet apabila memilih barang, semestinya aku aim atau senarai atau minta google carikan supaya aku boleh mencapai apa yang dikehendaki tanpa meneliti lebih lama.

Balik daripada shopping, sambung lagi mengemas rumah. Mengemas bilik, mengemas ruang tamu, mengemas dapur. Sampailah hendak masuk tidur, itupun masih ada lagi yang tidak dibuat, dasyat betul. Jadi aneh pun ada, bila tetengah malam pegang penyapu menyapu rumah yang bersampahkan origami Auni, belajar pegang gunting gamaknya. Bila sudah baring, hah! Auni dan Adli jadi kerusi Ogawa, mengurut badan dan tulang belikat sebelum semua abi hambat untuk tidur.

Dapat pun snap walaupun tak clear. Lama dah teringin nak possing canni.
Hahahaaa... mujurla muat lagi baju tu kan?

Ok, mencari langsir sudah selesai. Jadi, rakan-rakan yang teringin hendak ke teratak aku bolehla rodger-rodger, sebab asyik menggebang hendak housewarming pun tidak jadi-jadi juga. Tiada pengalaman langsung. Hendak kena belajar daripada yang biasa buat majlis. InsyaALLAH.

Nota hijau: Checklist, wishlist, list, penting untuk rujukan :)

13 comments:

yantisa said...

tepek la gambar langsir .. sure cun punya

@e_da said...

Hahaaa comel budak tingkatan 5 ni...

IMA SALSUZAIMA said...

salam.wah2 panjangnya karangan .hihi

mamaarifakeemaisy said...

Weiiii boleh jengah umah dah ni..hehe..

Aduhai..terbyg2 keadaan cha keluar dgn anak 3, k.eina yg anak 2 ni pun kalut..huuu...

purple_lav said...

hey, apesal muka mcm budak tingktn 4? tak aci!!!!!

kasih said...

novel tu order je kat mphonline. hehe..saya klu masuk sini, siaplah habis beratus. hehe..

nad said...

Bila? Bila? Tk sbr nk terjah ni, hehe

Chaaaa! Awat nmpk mcm budak skolah nak p deting ni??? Hahha

ch@ said...

kakYanti:
blm gantung lg bah, kependekkan. tak sampai.

kak@Eda:
woh, biar betul mata ko kak?

ImaSalsuzaima:
salam, eh? bkn entry hijaucantik mmg pjg mcm ni ke?

kakIeyna:
rodger dulu.
hihiks, org pandang2 je. lagi2 tgk muka kita, konfius emak atau kakak.

purple_lav:
hahaaa, awak yg salah tgk kot.

kasih:
mphonline ye, ok thanks ye.

kakNad:
insyaALLAH.
bahahaaa, bdk skolah mana ada boyfren, mau kena tibai.

Masya said...

shopping dgn anak² yg sdg membesar mmg agak mencabar... kalau ada jual online langsirkan bgs kan.. hahahahaha....

ch@ said...

yana:
ada je online tapi risiko pun besarlah. kat kedai lagi senang, pilih je, bayar. ssh masa hendak pergi je la.

eija_sweetmama said...

Betul2...kalau boleh semua kita nak bawa w/pun keluar cuma setengah hari..hihi..
Pampers n baby wipes ziqry mmg ada je spare dlm handbeg eija..

ch@ said...

eija:
kan? hahaa...mcm la tak boleh beli di kedai.

sal ya said...

baca tp tak komen rupanya. adehh...