Friday, 14 December 2012

Semakin sibuk.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entah bila dia hendak bersama kami, kami tidak tahu. Berikutan, dia hanya sibuk dengan ruang lingkup kerjanya. Berbaloi rasanya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga, mengasuh, membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri.

Kadang-kadang aku jadi kasihan sangat dengan dia, pergi pagi baliknya tengah malam, baliknya disambut dengan dengkuran anak bini, bila dia celik mata untuk keluar bekerja pun anak bini masih lagi berdengkur. Kejam betul bini tu kan? hiks, nak buat guane, waktu aku mula bekerja jam 8.30pagi. Aku masuk tidur jam 1 atau 2 pagi, sebelum anak-anak bangun hendak menyusu ikut turn. Jadi, istilah tidur untuk sihat selama 6-7jam tu memang tidak adalah.

Sejak ada Adli, kita tidak pergi mana-mana pun untuk bercuti, walhal masa ada Auni bercuti sakan sehingga ke Langkawi nun. Bila aku tanya takde cuti ke? dia tanya aku balik, kenapa? Bila aku suarakan orang lain sudah bercuti sampai ke luar negara, kita tidak pergi mana-mana ke? dia diam-diam sahaja. Bila aku kata, banyak sangat ke kes setiap kali yang pergi bertugas orang yang sama je, orang lain buat apa? Jawapan dia, habis kalau dah masing-masing masuk dan balik kerja ikut time, tidak boleh lambat sampai ke rumah, siapa lagi hendak buat kerja. Hrrrmmm... jawapan tu buat aku pula diam berfikir. Habis, dia tidak tahu ke aku pun mengomel setiap hari dek kerana dia balik lambat dan tidak bawa kita ke mana-mana. Tidak adil.

Aku anggap je, memang dia sibuk bekerja. Menjaga amanah negara bukan sesuatu yang enteng, janji keperluan anak bini tidak terabai, tetapi hati aku jadi sakit bila tengok wall FB aku penuh dengan gambar-gambar kawan pergi bercuti, tidak kiralah dalam atau luar Malaysia.

Hati aku jadi sedih bila, hari-hari Auni mengeluh, mencari dan menanya "mana abi?", "Auni rindu abi". Lagi-lagi bila dia tengok gambar dia bermain di taman satu tika dulu "Auni suka taman, Auni nak main" Adeih.. Hati aku jadi pilu bila hari-hari terpaksa memujuk Auni dengan kata-kata manis, hati aku jadi sebak bila tengok dia dengan Adli saling melindungi barang-barang milik dia. Betapa, dorang sayangkan abi dorang. Sobs!!!

Hendak di macam manakan, itu adalah pengorbanan. Makanya, tindakan aku menjadi suri di rumah memang tidak salah dan tindakan bijak. Aku hanya ada Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer sama seperti dia, orang kata tangga gajinya sudah berangka-angka sedangkan aku memilih untuk berada di segenap ceruk ruang rumah. Bagi aku melepaskan tangga gaji yang aku idamkan, apatah lagi memiliki tempat duduk sendiri, komputer sendiri, meja sendiri adalah sesuatu yang perit tetapi bila tengok anak-anak membesar day by day, aku jadi seronok. Dan, aku harap akan ada satu SOHO di rumah ini untuk aku berkubang ;)

Walaupun dia sibuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia, walaupun kadang-kadang pekerjaannya diperlekeh, walaupun setiap kali aku berpesan barang dan tidak singgah kedai aku tetap sayang padanya, walaupun dia tidak seperti suami-suami yang menunjukkan kasih sayang cinta dengan bunga, coklat, pergi bercuti, aku tetap memilihnya. Walaupun sudah tiga kali bersalin, dia tidak ada disisi aku tetap sayang dirinya, sebab dia ada cara sendiri yang lebih ikhlas untuk menyayangi dan mencintai aku. 

Ok, dah jiwang sangat ni. Hahaaa. Sebenarnya, aku nak nyatakan aku ingin hendak pergi bercuti ke Sarawak. Muahahaaa. Kenapa Sarawak? tah!

Penang, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Tiba-tiba ada gambar family, hahaaa... kenangan.

Nota hijau: Dia sibuk cari rezeki, aku sibuk uruskan rumah [ye ke], anak-anak dan diri sendiri. Nak shopping online, bagi lebih sikit boleh? hahaaa.

15 comments:

Nisah Idham said...

sama seperti suami akak, hanya bekerja, tak kira siang atau malam, sebagai isteri haruslah adakalanya akak merajuk, org lain sibuk berkepit, kite ? temenung aje tengok tv. jeles, sakit hati, sedih. semua bercampur. seperti cha, pernah juga akak bertanya, mengapa begitu? tidak sayangkan nan isteri seorang ini. jawabannya : kerana sayang lah abg begini, nak membina hidup bkn sekadar duduk berkepit sahaja, banyak yang perlu di lakukan. nak senang bukan mudah. nak susah paling senang. kalau kate bercuti ? tak pernah rasanye kami bercuti. setakat bercuti balik kampung tu , balik raya, itu biasalah !! akhirnya, akak pasrah. bersabarlah. mungkin ini masa yg perlu akak korbankan, mana tahu yang akan dtg lebih baik hasil dari hal ini .... (^_~)

asyifamustaffa said...

myb skrng x kemana...mna tau 1 hari nnti....sape tau kan...ada hikmahnya tu...

nad said...

Adui..tak terkata..
Kak nad doakan yg terbaik buat cha n kak nisah ni

Masya said...

nak pilihanraya ni sibuklah sikit abi tu... xpe... pikir yg positif jer.. insyaallah...

kt pun teringin nak pg sarawak... sbb hubby dulu belajar kat sana..mesti dia tau mane tempat best ke.. ntah-ntah dia pun dah x hinggat jln sana hahahahaha....

mamaarifakeemaisy said...

Faham...apapun itu pilihan hati kita kan.. :-)

In sha Allah..banyaj berkorban skrg, utk lbh bhagia dan selesa di masa depan.. Amin...

Waaa nak g sarawak..bestnye...nk ole2x..hehe..just joking :P

yantisa said...

faham situasi cha.. sebab tu la abg misai tak nak naik pangkat dan tak nak keluar dari Pulapol ni .. dia sanggup asalkan masa banyak dengan kami . Apapun Cha kena kuat dan bagi sokongan buat cik abang tu .

Jue said...

sedih pulak baca n3 cha nie...
tindakan berhenti kerja memang wajar bagi seorg isteri yang suami tiada masa utk bersama anak2..
kak jue doakan cha akan bahagia selamanya,perit hari ini tapi inn shaa ALLAH hari2 mendatang cha akan tersenyum puas....

sal ya said...

akak pun tak pergi bercuti ke mana2 lepas dpt Anis sebab selama sthn Anis skt doc tak benarkan keluar jln2 jauh. skg ni ddk sama plg jauh keluar beli brg2 dpr bwk anak2. pergi taman kejap. husben langkan masa mcm tu la. tp extra sbb dia ada plan nak bwk keluarga kecik dia ni jln2 tp tak tahu bila. hahaha...

p/s: husben akak pun tak romantik tp menunjukkan rasa sayang dgn cara dia tersendiri. ok la tu kan.

Qaseh Iman said...

tahniah berjaya menjadi suri rumah... akak kalau boleh nk jadi suri rumah..jaga anak2..didik anak2... :-) cha sangat beruntung sebab berjaya jadi suri rumah....

ch@ said...

kakNisah:
like it. kita beruntung sikitla drpd akak, sbb kita ada anak2. cuma bila anak2 yg bertanya,tu yg pening na jawab. mn tau sok anak skolah, mesti dorg ajak gi bercuti masa cuti skolah nnt :)

AsyifaMustaffa, kakJue:
betul.

kakNad:
cemburu sikit dgn kakNad sbb slalu japergi jenjalan.

Yana:
tak juga. pilihanraya tu mmg dh tentu.

kakIeyna:
dulu dia bkn polis, sobs!!!
insyaALLAH kita bertabah.

kakYanti:
betul tu kak, abi ni suka eksplore. tu yg dia nk cuba je pilih mana yg terbaik.

kakSal:
alaaa jenjalan dedekat ja pun xpe. dpt hirup udara luar kota. acceh!

QasehIman:
hiks. syukur sgt2 sbb lahirnya Arrizqi.

puanstoberi said...

tkpe cha...itu pun rezki juga tu cha :)

shiqa said...

Sabar akak... paling pnting dia tetap berada d sisi.. shiqa si dia nun jauh d jb.huhu haru.. mmng kna bnyk bsabar...

Shiqa suka komen aka yg no 1 tu :)


ch@ said...

kekDa:
yups, sdg cuba ikhlas menerimanya.

Shiqa:
suka komen tu, lbh kurang akak je la nasibnya. Hiii.

eija_sweetmama said...

xpe lah cha sekarang ni Abi bertungkus lumus membina kerjaya untuk keluarga jgk, nnti bila dia free mesti dia bawa bercuti punyer..

eija next year confirm kurang dah aktiviti berjln2 ni sbb papa zaquanziqry smbung belajar hujung minggu sekarang ni..huhu

ch@ said...

Eija:
lamanyaaa lagi. sobs!