Assalamualaikum dan selamat sejahtera 121212 - date yang vouge de vas.
Pening aku mengadap kerenah minah ni, melayan dia bagaikan seorang kawan. She is friendly like her mummy, ye ke? tah...
But, dia memang seorang yang perangai gila-gila. Bila datang mood vengong dia, ada sahaja benda-benda aneh yang dibuatnya, sampai satu part aku memang tak mampu untuk marah. Aku memang suka berbalas kata dengan dia, sebab dia skema. Pengaruh kartun banyak benar.
Yang aku gelihati bila abi pergi kerja, dia bersalam dengan abi, dia hantar abi pergi dengan lambaian tangan sampai kereta abi menghilang. Masuk aja dalam rumah 'Auni rindu abi' adeih, lepas tu setiap jam tanya 'mana abi?', 'mana abi ni, lambatnya', bila abi tu balik, memang dia tidak ingat mak dah. Servis bertukar tangan. Aku suka ambil kesempatan mengadu hal dia dengan Adli bila abi tiada. Ngehehe, kecoh je kan.
Sekali hari tu, di ambilnya tali kasut abi di lilit pada leher teddy bear, dia duduk atas sofa dia goyangkan tali kasut tu, buat ayunan. Bila aku keluar daripada bilik, 'Auni buat apa?' sambil jeling-jeling dia dok terkenyit-kenyit mata dengan muka serabai. 'Tengok umi, bear-bear main buai' OMG, memang terkeluar gelak besar aku.
Buat kerja senyap-senyap je, sedang Adli main dengan kasut abi dia pun menyibuk. Ralit, aku panggil pun dia buat tak tahu aja. Sekali abi hendak pergi kerja, terkial-kial abi hendak buka tali kasut yang dah tersimpul berapa kali simpul. Penyabar pula abi membuka tali kasutnya yang dah kusut, ikut aku tu pakai ajalah kasut lain. Kasut banyak.
Dalam pada, kecerdikkan kepala otak dia tu, dia sudah boleh di harap, menjaga Adli, menjaga Arrizqi, paling best dia sudah pandai kebas tempat tidur, hihiii. Aku tengah dodoi Arrizqi, mengeluh sebab tempat tidur penuh habuk mainan. Semua pun hendak main atas tilam. 'Kebas umi, kebas' tercengang kejap aku dengar. Dan, dia memang boleh buat. Hohooo, anak dara aku sangat boleh diharap. Satu aktiviti, sudah lepas kepada dia.
Auni memang kakak yang bestla. Sendiri request hendak bergambar sama-sama adik katanya.
Pipi sudah berisi sikit.
Suruh senyum ini pula jadinya.
Arrizqi menyampaikan sesuatu.
Ok dah keluar pun sesuatu itu, love this moment so much.
Auni mula nak menyampah.
Ok dah malu, Arrizqi pun dah dapat candu, Adli memang sudah beradu.
Nota hijau: Siapa sangka mereka adalah buah hati emak. Walaupun letih teramat, tapi bila melihat perkembangan mereka aku jadi teruja. Terima kasih Allah.
14 comments:
budak-budak besaq ni memang macam-macam depa nak explore . Cargas Umi cargas !
Best kan... Kakak sulung mmg kena cerdik lebih sikit... Igt senang ker dier nk handle 2 askar bwh dier... Huhuhu... Syabas...
seronok tgk 3 beradik ni bersama
itulah sweet moment sgt tgk anak2 bermesra sesama mereka kan,
sweet sgt tgk pic mereka 3 beradik ni cha, bertuah la cha ada anak dara yg boleh diharap...
ehh Arrizqi isap puting ye...
Sweet =)
hehehe, terbaik la kak auni...dulu dia sorang, tetiba dah jadi 3 orang...yey
kakYanti:
cargas-cargas, baris-baris. hahaa... pengsan.
Change of life:
tu la tu, itu pun tok papa tok mama dia nak bagi lagi cerdik. pening...
Dila, kakNad:
gerak dari kiri bertiga-tiga.
Eija:
ha a, actually smua pun hisap puting, tapi dlm pantang ja. Arrizqi ni taktau la sampai bila.
CikMot:
cam citer katun je rasa, kjp dah tiga.
Menghiburkan... perngai anak2x ni mcm2x..wlu sesekali memningkan kepala..tp pd masa tertentu blh buat kita gelihati dn tersentuh..
Good sister lah auni :-)
kakak yg terbaik la .. nanti dah besar ckit leh tolong umi plak kan kan
wah auni memang kakak yang baik..
tak sabar acik jue nak jumpa kamu..
inn shaa allah bulan 1 nie kami ke sana...
kakIeyna:
ye betul. kalau duduk perhatikan dorg, rasa alaaa dh besar.
Eima:
insyALLAH. boleh dah diharap sikit2.
kakJue:
rodger eh, insyaALLAH.
anak2 akak kalau tanya abah mana mesti ckp kerja. siap ada yg tak abgi pergi kerja lagi. aktiviti pelik dua beradik ni memang sentiasa ada la. pening mak dgn bapaknya. Azfar tukang ikut. belum sampai turn dia lagi. tunggu la besar sikit. tapi dia rang ni yg bagus tu time siang semua anak abah. cuma kalau kena marah dgn nak tidur je la anak ibu. tp turn malam bkn anak abah. anak ibu semuanya. abah pun tak ada malam2. kerja. jarang la boleh tgk kat rumah waktu malam kecuali sakit.
So sweet pic moment mereka bertiga ni
kakSal:
esok lusa Arrizqi baya Azfar, maaakkk tolong!
kak@Eda:
kena bergambar baring je la setakat ni.
Post a Comment