ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA.
ALHAMDULILLAH syukur. Walaupun dalam keadaan weng-weng [jam 7pg baru dapat tidur] gagah juga aku bangun untuk bersiap. Temujanji Arrizqi berusia 30 hari untuk pemeriksaan tumbesaran dirinya yang sedia comel. Berharap sangat agar beratnya naik lagi.
KALI ini ke Klinik Desa Sg. Sibol sahaja. Selesai aku bersiap dan kebetulan sedang warmkan susu perah, papa balik. Dia yang akan hantar aku ke klinik. Auni dan Adli sudah sedia berebut pintu, dorang memang pantang dengar bunyi motor dan kereta tok papa.
Saya tak sabar nak besar.
SUSU perah sudah suam dipacking, awalnya aku pening juga macam mana nak bawa susu perah ni pi klinik. Hendak direct memang Arrizqi menolak awal-awal. Tolakkan tu bisa tergolek daripada pangku. Ada jalan rupanya sampai di klinik terus sahaja sua botol susu perah. Habis sebotol dia tidur. Tehehehee...
SEPANJANG pemeriksaan dia hanya tidur sahaja. Sonang koje makcik. Beratnya naik kepada 4.2kg. Syukur [lahir 2.3kg, 10hari 2.5kg, 20hari 3kg]. Aku juga dikenakan urine test. Test hb darah ngam-ngam bacaan 10. Check tinggi rahim dan berat yang back to normal 46.9kg. Selesai semua perkara panggil papa di pejabatnya untuk balik ke rumah. Baru aku ingat, masa Adli hari tu aku tidak buat pun pemeriksaan sebulan sebab aku injek di swasta.
Hiksss...gedik.
BALIK rumah sambung tidur lagi selepas menyusu. Arrizqi sebulan, perangai pun berubah mengikut jejak langkah Auni yang suka berjaga malam. Pakej pula tu dengan meneran, jeluak susu, sedu, bersin dan yak. Cukup semuanya baru dia sambung tidur hingga tidak sedar diri. Serius, badan aku memang tidak dapat bertahan. Waktu jadi terbalik.
SUDAH sebulan, tengah usha line hendak balik hujung minggu ini, tahla...sabarlah lagi hanya beberapa hari untuk merdeka. Hoye-hoye. Pastu main perang-perang dengan dorang bertiga.
NOTA HIJAU: Kagum dengan kakIZAN, ibu beranak 5 dan kakNANI si mama kembar tiga. Fuhhh....
8 comments:
Alhamdullillah Arrizqi mmbesar dgn sihat.
aduihai jeles tgk cha pnyer berat bdan 46kg, itu berat masa eija bujang dah kawin beranak pinak ni nak cecah 55 pun susah ni..
itulah kan kagum dgn mereka yg beranak ramai ni n yg penting dpt handle anak2 yg ramai dgn baik, eija dua heroes ni pun dah pening kepala,tp bila sehari x jmpe..rindu sgt2..
suka tajuk entry awak ni. semoga diberi kekuatan membesar kan anak2. dan dipermudahkan segalanya. nak tunggu anak 3 ni tak leh kata ready ke tak, kalau dah ada tu, kita redah je. cakap pasal diri sendiri sebenarnye.. takut nak menambah takut tak terhandle. take care :)
Weeii DAH SEBULAN??SEKEJAP JE MASA BERLALU..
Rizqi pakai baju yg cik na kasi eh..kasi tuk abg ..hehe..
Tak lama dah tu cha, sabar sket lg..tp dh blk sana nnti harus lebihkan kesabaran.. hehe..
Tcre.
cepatnya masa berlalu....
wahhh 46 kg jer.. sgt² jeles.. tu berat masa bujang dulu... sebelum kawin huhuhuhuhu .....
cian cha, itulah dugaan pd ibu beranak 3 kan..
hebat ko ni dear ,... rizqi pun hebat sbb cepat membesar cam abg die
eija:
betulla eija, abi bawa dorg keluar skjp pun, dah rasa sunyi sgt2.
allyani:
hiks, mcm 40 hari mencari cinta ye dak. tau takpe, ni kes terrr'ada' la ni makanya kena redah je, redha je.
kakIeyna:
ye btl bj akak bg utk adli. dia muat sudah. baju2 yg btl2 fixs kat bdn dia tiga helai aja. hahaaa, lain2 mmg bj pinjam.
yana:
hahaaa berat time bujang pun lebih 46kg, hahaa. kena mkn byk gini ni.
eima:
hebat? tiap2 mlm aku mikir strategi utk mengharungi hari esok ko tau tak? maklumla masing2 kecik, dgn pangai tersendiri.
akak dulu anis je l yang enis berjaga malam. lepas habis je tempoh dua bulan masuk icu. adehhh... dugaan betul.
kakSal:
sbb tu dia special. hihiks... pengalaman kan kak?
Post a Comment