Tuesday, 23 October 2012

Ops, rasa hendak teranla.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wiii, baiklah terus cerita perihal bersalin adik baby. Aku baru je lepas mencedok sepinggan nasi untuk makan tengah hari Auni dan Adli. Baru melangkah tangga yang berpagar untuk ke dapur, plup... ho'o. Aku buat dek ja, baru sahaja angkat tudung saji untuk mengambil lauk dan melangkah burrr... seluar track yang aku pakai basah lencun.

Terus sahaja aku beritau pada mama sedang sibuk mengendalikan Adli. Apalagi, gempar satu rumah. Sudah kelihatan seperti dalam drama gamaknya. Aku tukar seluar kepada kain batik, abi kudail walaupun aku tau dia takkan sempat pulang untuk menguruskan aku. Ketuban terus turun, bukan lagi leaking tetapi memang pecah ketuban. Huiii. Datang dua orang misi klinik kesihatan kampung.

Ok check bukaan, katanya ada satu lubang tetapi jalan belum buka. Huhuuu, bila ketuban dah pecah, memang tiada jalan lain melainkan ke hospital. Papa sudah pun ke pejabat, mujur dia tidak tinggal handphonenya, dengan muka yang tenang tetapi hati rasa gundah dia rela juga hantar anaknya ke Hospital Kota Tinggi. Pengurusnya tidak membenarkan dia menghantar aku berikutan banyak lagi tugasnya yang belum selesai.

Papa sendiri yang mendaftarkan aku di HKT, menolak masuk ke bilik saringan dan check bukaan sekali lagi. Sudah buka 4cm. Sebaik sahaja mereka nampak ada bekas czer, lekas sahaja kesimpulan di buat. Sambil menanti doktor, aku dibiarkan dengan CTG. Di luar sana, abi sudah pun sampai dan bertukar tugas dengan abi. Terima kasih abi, sebab lekas sampai.

Selepas perbincangan dengan doktor, kes aku di tolak ke Hospital Sultan Ismail, JB. Dengan alasan, baby aku bersaiz kecil dan aku ada sejarah czer [bersalin Auni]. HKT memang tidak ambil kes czer. Jadi, seperti juga babak dalam drama, aku dibawa ke HSIJB dengan ambulan. Di kala hujan lebat, terdengar siren ambulan, fuh! memang best. Diekori abi dengan kelisa. Cer bayangkan kejap. Hihiii... Sempat lagi update FB.

Sesampai di destinasi, masuk juga bilik saringan HSIJB. Allahuakbar, sudah buka 4cm pun, masih hendak check bukaan lagi. Itu dah sakit bawah, tambah sakit hati lagi bila yang tukang check asyikla cerita fasal assignment, pasal datuk sana-datuk sini, masih lagi tanya soalan-soalan basic yang jawapannya sudah sedia tertera pada report penghantaran daripada HKT. Aku ni sudah terkedang sakit, tercari-cari dimanakah suamiku. Datang seorang yang merangkap senior, hah hambik semua kena marah. Kenapa masih lagi menunggu untuk ke bilik bersalin.

Aku minta dua bantal untuk keselesaan, oh permintaan tidak dikabulkan. Tidak seperti PPUM dimana persediaan untuk bersalin membuatkan pesakit selesa bagaikan tidak langsung merasa sakitnya. Hah, mulalah aku hendak buat perbandingan. Ok pasrah.

Masih lagi bertanyakan soalan yang sama dibilik saringan sedangkan, segala mak nenek report lengkap sudah berada ditangan yang bertugas. Aku tak paham-aku tak paham. Belum juga lagi membuat keputusan apakah yang akan dilakukan kepada aku berikutan bukaan masih statik 4cm, dan jantung baby mula lemah. Sama macam Auni dahulu.

Endingnya, disaat keputusan dibuat untuk aku ditolak masuk ke OT, untuk czer aku meneran dengan tiba-tiba. Aku sendiri tidak tahu mana datang rasa nak meneran tu, mungkin dalam pada mereka memikir langkah untuk seterusnya mengharap juga keajaiban berlaku. 

Aku feeling hendak membuang je, hendak rasa buang air kecil, tapi paling ketara hendak membuang air besar, masa tu memang tekad je la, apa yang keluar. Oh! rupanya adik baby yang hendak keluar. Salah seorang pegawai perubatan sedang memegang tiub kencing untuk pasang terpaku dan memusingkan badan mengalih pandangan tatkala aku meneran. Aku jadi gelihati dengan tingkahnya. Nampak perasaan tidak sanggup untuk melihat. Hihiii. Manakala yang lain-lain, macam pesta suruh aku lagi puan-teran-sikit lagi-jangan angkat punggung-punggung jangan angkat. Itu je la... 

Sempat juga ada yang membawa tangan aku menyuruh memegang pergelangan kaki yang telah aku terlupa. Hendak buat dagu bertemu leher pun sudah ke laut mana. Aku mikir baby keluar dengan cepat ja. Oh sungguh best dapat pegang adik baby sebaik dia keluar jam 6.52petang. Betulla kata orang, teran ni tidaklah sesakit mana, tiba masa keluar uri, keluar darah beku, korek sana-korek sini, itu yang ngilu. Akhirnya merasa aku berjahit dua jahitan. Walaupun dua, hoiii ngeri jugalah kan tatkala jarum bertemu kulit tu. Maaaakkkk...Hendakkan cik V yang comel, pasrah je la, tadah je la. Alhamdulillah proses selesai.

Terdengar juga salah seorang berinterkom, 
"mak dia steady betulla, kita tengah decided, tengah prepare boleh pula dia teran, alhamdulillah dah selamat" dan terdengar juga apabila, "alaaa tidak sempat panggil suami dia masuk, suami dia pergi daftar tadi" alamak, rugi pula rasanya. Hihiii...meneran sesuka hatikan.

Aku diberi air milo untuk tenaga, apabila aku tidak sempat langsung untuk menjamah makan tengahari. Memang lapar tahap maksima tapi aku gagahkan juga sebab aku sangat rindu untuk melihat abi. Apabila aku ditolak keluar bilik bersalin, sekali lagi air mata tumpah. Rindu terlerai, hati jadi sebak melihat dan mendengar  abi meng'azan'kan adik baby. Macam dalam drama. Serius.

Terus dapat adik baby bersama apabila naik di wad. Wad bersalin kelas dua HSIJB sama seperti PPUM. Empat katil dengan dua bilik air. Ok, dan selesa kurangnya cuma, tidak dibekalkan air masak, kena minta. Pakaian dan semua kelengkapan perlu dari rumah. Sempat juga aku minta pampers baby sebab aku belum sempat hendak sediakan. Tisu basah aku minta sahaja daripada kawan-kawan sebilik sebab aku memang tidak prepare satu apapun kecuali baju untuk aku dan baby pulang ke rumah esok hari.

Alhamdulillah adik baby dapat susu pertama dan dia tiada masalah langsung. Langsung tidak menangis atau merenget membuat aku tidur lena sepanjang malam sebaik sahaja abi menyediakan makan malam aku. hanya roti, biskut, dan air kotak. Cukuplah kerana esok sudah boleh discharge.

Awal pagi esoknya, selesai membersihkan Arrizqi aku menyiapkan diri untuk mengadap doktor, huih hendak check bawah buat kali terakhir. Abi datang dengan Auni apabila aku sudah siap berkemas rapi. Ringkas je. Hihik... "baby sangat comella umi" itulah kali pertama Auni berdepan dengan Arrizqi. Syukur. 


kronologi by facebook. Sumber kekuatan aku.

Perjalanannya mudah sebagaimana Adli. Aku dan abi memilih nama NORERSYAD ARRIZQI bin NORERWANDI membawa maksud cahaya petunjuk rezeki berikutan kewujudannya benar-benar terbit rasa lucu. Keluarnya juga membuat semua pegawai perubatan geleng kepala. Heheee...

Nota hijau: Bodyguard ketiga emak. Bodyguard 1: Norerwandi [Abi] Bodyguard 2: Norerfan Adli. Bodyguard 3: Norersyad Arrizqi. Dan kawan bergaduh mulut setia emak Norerdina Auni :) Terima kasih sebab menjadi penyeri hidup emak.

Terima kasih mamaMikhail dan ibuAqil atas entry kelahiran baby Arrizqi.

12 comments:

Imaan09 said...

wiii..rasa nak tumpang menari2 dgn entry ini.. sebak pon ada..!

nad said...

Alhamdulillah..semuanya.dipermudahkan.. ;)

nad said...

Cha, dok johor.sampai abes pantang ye..?

Rasp said...

merasa u naik ambulance ye sis hehehehe...
suspen jer baca citer u...
tapi syukur semuanya berjalan lancar....tahniah...
dah bertambah ahli keluarga u....
best sangat sangat...

Gieyana said...

Alhamdulillah..tetiba rs touching...:-)

Congrats cha..:-)

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah, srnok baca pengalaman kawan2 bersalin..lebih2 lagi bila dimudahkan utk bersalin, daripda nyaris kena czer akhirnya selamat bersalin normal..2 jahitan jerk.., teringat pulak eija melahirkan Ziqry sgt byk kena jahit..huk2..tp semangat nak bersalin normal tu penting..

dapat bayangkan segala perasaan cha ketika mghadapi saat2 kelahiran dan selaps Arrizqi dilahirkan..mmg sebak kan bila melihat baby yg kita kendong selama 9 bulan dlm rahim selamat keluar di dunia..

Zai Zamree said...

Tahniah....nmpk mcm sng je kan?
lucu pon ada :)

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

seronok plak dgr story Cha bersalin nie....mmg keajaiban...

mamaarifakeemaisy said...

sebak~

alhamdulillah..memang Allah sangat permudahkan urusan ch@..bertuah.. mmg anak rezki betul ni.. ^_^

Masya said...

tahniah cha.. suke nama norersyad arrizqi tu.... (^___^)

alhamdulillah dipermudah.... sedih nak gelak pun ade baca entry ni...

sal ya said...

betul tu. kalau nak meneran bukan blh tahan2 kan? hehehe... selamat datang ye arrizqi.

p/s: mahu menuntut ilmu dgn akak ke? adehhh...

ch@ said...

Lea:
menari? suka bnr awak Lea.

kakNad:
syukur sgt2. terima kasih ats doa kwn2. insyaALLAH sampai habis pantang.

Rasp:
feeling dlm drama gittu. barula rasakan. saspen ke? hihiii. bertambah dlm sekejapan.

Gieyana:
t/kasih gie. insyaALLAH ur turn will be coming ;)

Eija:
bila dh mcm ni buat kita terfikir, apapun boleh terjadi bila waktu meruncing. hihiii.

ZaiZamree:
lucu? ye yg ke3 ni mmg lucu drpd dia dlm kandungan lagi.

Zura@Iwan:
kuasa Allah. Syukur.

kakIeyna:
harap2 rezeki bertambah murah dgn kehadirannya. syukur pd Allah.

Yana:
t/kasih Yana sumber kekuatan. suka? yes i like too. berperang dgn abi mahukan nama tu.

kakSal:
betul tu. teran je la. ha'a menuntut ilmu alam rmh tangga.