Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perut start kejang, baby mengeras-ngeras. Jumaat lepas bleeding, yang berehat di katil tu... so nothing happened, Sabtu dan Ahad boleh berjimba pergi hari keluarga unit abi, siap mandi kolam lagi, boleh maintaian menyelamatkan Auni yang lemas di kolam orang dewasa sambil mendukung Adli. Huih! risiko betul hendak menyelamatkan minah si ratu air tu. Mahu jadi Pandelela Renong barangkali.
Semalaman tidak tidur dek kerana melayan yang dalam perut ni, entah mulas sakit perut, entahkan si baby yang kelaparan. Aku hendak over makan pun tidak larat juga, sebab perut akan jadi lebih sempit dan mulalah sakit ulu hati. Sabar menanti giliran untuk temujanji di PPUM.
Aku rasa, kena sampai awal daripada jam 8 pagila gamaknya. Manakan tidak, aku sampai jam 9pagi ikut waktu dalam kad, jatuh ke angka 66. Ok lagi, yang aku tak paham tu, nombor panggilan tu jatuh ke angka beratus-ratus. Naik ke pelik aku dibuatnya. Aku lantakkan aja, janji tengah hari aku dah boleh balik.
Macam biasa, pemeriksaan rutin. Berat aku turun, hanya 49kg sahaja. Lama gakla aku berdiri atas mesin penimbang. Gelak je nurse yang tukang tulis rekod kesihatan aku tu. Turun 0.2kg ni, katanya. Mesin penimbang tu salah setting berangkali, bisik hati aku.
Keluar daripada tandas lebih dahulu cari kedai, bangunan baru PPUM semua
hampir lengkap disediakan. Paling aku suka kedai buku dan kedai baby. Hihiii... Jalan-jalan cuci mata dan membeli-belah. Kalau boleh setiap jenis buku dalam kedai tu aku hendak beli. Kehkehkeh!
Balik semula ke tempat menanti giliran bertemu doktor, tengah layan baca suratkhabar dengan seorang mummy berbangsa India, nama aku dipanggil. Aphal? hrm... dengar ceramah susu ibu lagi. Dengar sahaja, free je pun menambah ilmu pengetahuan yang hampir sedikit luput.
Tunggu lagi, mujur turn aku tidak lama kemudian. Tetapi ibu-ibu yang menanti giliran bagaikan tidak surut-surut, apatah lagi ditemani suami masing-masing. Hrmmm... Tidaklah bagi abi. Dia hantar dan ambil pun sudah cukup syukur berikutan hendak dapatkan teksi di Klinik Ibu Mengandung yang baru amatlah jenuh. Pernah sekali aku mendapatkan teksi di PPUM tu, jauhnya perjalanan terasa hendak tercabut segala tulang temulang aku.
Kali ni, doktor hanya decided due date aku jatuh pada 10.11.12 insyaALLAH. Jangkaan je tu, aku sudah tidak sabar benar hendak jumpa si Arrizqi ni. Semoga dipermudahkan sebagaimana abang Adli. Persiapan pun, sudah hampir lengkap. Masuk tiga, bukan tidak beria-ia tetapi Adli punya pun masih baru dan elok-elok lagi. Auni juga paling untung. Hiiii...
32w2d with 49kg on 18 September 2012
Nota hijau: Alhamdulillah, syukur. Lagi sebulan sahaja lagi.
15 comments:
Askum cha,
hrp semuanya selamat. tp betul psl no giliran tue, bila set appoitment, kita br masa sendiri, nurse bgtau penuh@ utk 10 org je, tp bila ke klinik, awal pagi smp, no dh berpuluh2 sedangkan kita ikut jam kt buku.
slim je kamu Cha..
kuat ye kamu selamatkan Auni yg lemas dlm kolam...smbil dukung Adli...huhu...
neway..semoga semuanya dpermudahkan..
Sebulan lebih je lg,take care cha.
alahaii comey mak buyung nih..take care ch@
apsal ringan sgt tu? tak de selera makan ke?
lepas ni turn cha, lepas tu baru mekchu.. mekchu doakan semua selamat.. amin...
comel jer cha mengandung ... sy 49kg tu berat x mengandung kikiki.. tp sekarang dah lps raya naik mendadak >50kg kikikikikiki ...
hebatnya kamu dokong adli dan selamatkan auni ... tak terbayang...
slim nye cha 49kg..
wah kalau betul Arrizqi keluar pada tarikh due date tu cantik no nye tu 10.11.12..
Ape pun eija doakan yg terbaik buat cha..moga dipermudahkan segalnya..amin, sebulan tu cepat jerk berlalu..mcm x caya jerk cha nk dpt baby lg ni..
waaa tak lama dah...cantik tarikh tu...kan best baby rizqi kuar ontime..hehe~
hrp dipermudahkan...Amin..t.care awak tu... comel sudah nmpk perut meninggi camtu, terus rasa teringin pulak..ihiks..=P
moga dipermudahkan ye..
berseri2 tau!
jeles ai, haha!
p/s: untung dah guna CD =p
kiter beza dlm 16 hari g2... wahhhh... sm bulan la :)
SitiEbby:
wa'alaikumussalam.
kita tau knp dia sediakan nmbr mcm tu, cuma tu mcm x adil kpd mereka2 yg dtg lbh awalla. bila bygkn, kalau ppum ikut btl2 angka giliran, rasanya satu hari juga baru hbs check-up. tapi, that day mmg ramai betul.
Zura@Ewan, Yana:
uiks, perut dh ke dpn ni, slim lg ke? isk-isk. anak, kena juga slmtkn. abi dia dh sibuk main.
Nazayiena, Noli:
thanks dear. mudah²an.
Mekchu:
uish, pantang nmpk mknn mekchu. mcm vakum, menyedut masuk perut. tahla. agaknya, letih bekejaran ngn 2org lg kot. berat kita mmg cpt turun. lorrr, kita dulu ek.
Eija:
thanks eija. sila percaya. tapi, bila cerita dgr org, mmg melucukan. arrizqi mmg kental.
kakIeyna:
hiii, masa tgk org pregnant hari tu, rasa mcm best je kalau tau-tau baby dh keluar. rupanya, naluri kita tu btl2 jadi. org2 pregnant lak yg terkejut.
kakNad:
thanks kakNad. hihiii. kita stop dulu CD, tak larat nk bilas bila dua2 yak serentak, pening nk ddk lama2 dlm bilik air. nnt bby dh bsr sikit guna smula. best.
eB:
ihiks... sama2 kita eB.
cepat je masa berlalu kan? cha dah nak masuk tiga. mesti montel macam abangnya jugak ni.
kakSal:
hiii, itu kena tunggu je la. caner gaya. biar montel, harus org pelik, mak kurus anak gebu2.
Cantik due datenya cha..
Hik3!!!
Semoga segalanya dipermudahkan..
Aminnnnnnn!!!
ibuAqil:
insyaALLAH.
Post a Comment